Buat peminat jenama Topshop, ini mungkin berita yang tidak mahu didengari. Jenama ini mungkin tidak akan lagi dapat dijumpai di gedung beli belah ekoran pemiliknya menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi perniagaannya. Peruncit pakaian Britain, Arcadia yang merupakan pemilik rangkaian fesyen terkemuka Topshop terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.
Foto: Facebook TopshopFoto: Facebook Topshop
Selain Topshop, jenama yang berada di bawah satu bumbung dengannya, Topman, Dorothy Perkins, Burton, Miss Selfridge, Evans dan Wallis turut menerima tempias yang sama. Selain penularan pandemik ini, faktor yang menjadikan Arcadia hampir muflis adalah kerana persaingan sengit dalam talian.
Kegagalan mempertahankan peruncit berprofil tinggi memberi tamparan hebat kepada ketua Arcadia, Philip Green. Seperti yang dilaporkan oleh British Broadcasting Corporation (BBC), situasi ini bukan sahaja boleh menjatuhkan reputasi Philip Green sebagai ketua malah turut menjejaskan kira-kira 13,000 pekerjaan.
Ads
Foto: Facebook WallisFoto: Facebook Miss Selfridge
Walau bagaimanapun mungkin ada sinar untuk mempertahankan peruncit berprofil tinggi ini daripada muflis apabila hartawan pakaian sukan Fraser Group menawarkan pinjaman sebanyak £50 juta. Mike Ashley yang merupakan pemilik Fraser Group ini turut memiliki kelab bola sepak Newcastle United.
Ads
Tak yah bersesak-sesak nak beli barang keperluan harian, klik sini jer. 12.12 banyak offer tau!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini 1 Ramadan merupakan permulaan bagi seluruh umat Islam menyambut bulan penuh keberkatan. Pastinya suasana Ramadan kali ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana tiada solat terawih berjemaah di masjid-masjid, tiada bazar menjual makanan, tiada aktiviti tadarus beramai-ramai dan hanya menyambutnya secara sederhana di samping keluarga di rumah kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 yang melanda negara.
Biarpun sedih dengan suasana ‘suram’ ini namun apa yang paling menyedihkan ialah ketiadaan insan tersayang di sisi sepanjang Ramadan selepas mereka dijemput pulang bertemu ilahi. Itulah yang dirasai model muslimah dan pelakon cantik yang sedang meningkat naik ketika ini, Nur Alya Iman Azmil Mustapha. Pemergian bapa tersayang yang merupakan pelakon popular era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha pada tanggal 14 Februari 2018 benar-benar dirasai Alya sampai sekarang.
Walau sudah dua tahun bapa tersayang ‘pergi’ menghadap Yang Maha Esa tetapi kenangan menjalani rukun Islam ketiga ini bersamanya masih segar di ingatan gadis berusia 19 tahun tersebut. Kongsinya, “Hari ni emotional sikit teringat dekat Babah and missing my family, my brother and my sisters. Ramadan after Babah’s passing sangat berbeza, kalau dia ada, dia la yang semangat kejut sahur, ikut terawih, pergi bazar beli juice mangga dia dan beli ikan bakar dia, always meriah kalau puasa dia ada.
Puasa masa babah tak ada, Alya masih bersyukur dapat sahur dan buka with my siblings. Tetapi tahun ni lagi sedih, tak ada bazar, tak boleh pergi terawih, yang jauh dengan keluarga tak boleh buka puasa sama. Macam Alya tahun ni, I’m far from my siblings. To those yang dapat bersama keluarga ucap syukur alhamdulillah hug your family that you still have your family around you.”
Ketika dihubungi, Alya tanpa berselindung meluah isi hati. “Tahun ini puasa ketiga arwah tak ada. Kenangan paling rindu bila dah nak raya, dia yang sediakan semua. Start beli baju raya, kuih raya, dia yang excited kemas rumah. Sekarang tak ada dah. Raya pun tak feel raya dah.”
Ditanya rutin hariannya terutama menjelang Ramadan ini semasa pelaksanaan PKP, Alya berkata walau ada ketika dia turut tidak terkecuali membeli makanan online tapi lebih selesa menyediakan masakan sendiri di rumah. “Ada jugalah masak di rumah sebab nak order selalu pun takut jugakkan sebab makan dari luar. Sekali sekala bolehlah,” ujarnya yang gemarkan juadah murtabak, tepung pelita dan sagu gula melaka setiap kali Ramadan tiba.
Bercerita tentang perkembangan terbaru, anak bongsu daripada lima beradik ini berkata “Alhamdulilah takat ni Alya dah masuk 2 drama, 4 tele movie. Ada tawaran tapi semuanya ditangguhkan. Harap-harap PKP habis dengan cepat sebab rindu nak shooting dan sebagai model pun rindu nak photoshoot, sebab Alya jenis workaholic, sentiasa nak kerja tak boleh duduk diam. Memang terasa jugalah PKP ni. Tak sabar nak kerja keras dan achieve semua goals.”
Tambahnya, di kesempatan bulan yang mulia ini Alya turut menyusun jari memohon kemaafan dan berharap agar Ramadan kali ini memberi seribu satu makna buat semua “Mohon maaf kepada semua jika ada yang salah silap, sengaja atau tidak sengaja. Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan keberkatan untuk kita semua. Semoga Allah SWT jauhkan kita dari Wabak Covid-19.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keseronokan menyambut musim perayaan, majlis keraian dan sebagainya barangkali tidak wujud dalam kamus penghidap gout. Sakitnya tidak terperi, menyucuk dan menikam sehingga seluruh jiwa tertekan. Bermula dengan kesakitan teruk di bahagian ibu jari kaki, serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba diikuti rasa panas dan membengkak. Kata mereka yang menderitainya, bukan saja sukar berjalan, malah geseran dengan selimut pun sudah amat menyeksakan!
Tercatat sebagai salah satu di antara penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia, gout tercetus akibat asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik ini merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Jika lazimnya tubuh kita menyingkirkan bahan kumuhan ini melalui air kencing, tetapi bagi penghidap gout, asid itu tidak dibuang tetapi berkumpul di dalam sendi.
Laporan kes gout mendapati ia jarang sekali dialami oleh kaum wanita sebelum menopaus. Sebaliknya, gout sering menyerang kaum lelaki dalam lingkungan usia 30 ke 60 tahun. Antara tanda-tandanya:
PUNCA
Timbunan sisa asid urik berlebihan dalam darah (hyperuricemia) atau jika buah pinggang gagal menghapuskannya dalam kuantiti yang besar boleh membentuk kristal yang berkumpul di dalam sendi, buah pinggang, kulit dan tisu lembut yang lain. Sesetengah makanan berprotein tinggi dan minuman seperti teh, kopi dan koko juga boleh menghasilkan asid urik berlebihan, selain perubahan mendadak dalam diet atau penurunan berat badan secara drastik akan meningkatkan risiko gout.
Penghidap gout juga sering menghidapi masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes. Selain modifikasi diet, rawatan di bawah boleh dilakukan untuk menyembuhkan gout.
RAWATAN JANGKA PANJANG
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik. Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
PENCEGAHAN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berusaha dan berikhtiar untuk mengejar kejayaan dunia memang satu kewajipan. Tapi sebagai manusia dan hamba-Nya, kita juga perlu mempunyai sasaran ibadah setiap hari agar setingkat demi setingkat lebih bertakwa dari sebelumnya.
Sebagai wanita berkerjaya dan pengurus rumah tangga, agak sukar untuk mencari masa untuk membaca Al-Quran. Kalau cuba menyelit ruang masa yang ada, terasa penat pula. Jadi, apakah cara yang baik agar kita dapat khatam dengan baik?
(1) Bawa Al-Quran kecil ke mana sahaja
Sediakan senaskhah Al-Quran comel yang boleh dimuatkan dalam beg tangan. Bila-bila masa berkelapangan, buka dan bacalah.
(2) Satu halaman selepas solat
Jika tak cukup waktu, anda boleh membaca satu halaman selepas solat wajib. Misalnya, satu halaman selepas solat Subuh dan satu halaman selepas solat Zohor.
(3) Baca dengan perlahan, tapi konsisten
Ramai terasa perjalanan menghabiskan Al-Quran seperti sangat jauh lagi, tapi jangan khuatir. Bacalah saja dengan perlahan.
(4) Jangan pernah menghitung halaman
Kadang-kadang sambil melurus-luruskan kaki tu, tambah lagi halaman Al-Quran untuk dikhatam. Tak perlu dikira sudah baca tadi atau belum. Lama-kelamaan khatamlah Al-Quran tanpa kita sedari!
Untuk wanita yang sibuk, cuba praktikkan 4 cara di atas. InsyaAllah, niatkan dengan ikhlas untuk khatam Al-Quran. Berusahalah untuk mengejar akhirat, nescaya dunia akan berlumba-lumba mengejar kita!
Sempena Hari Kemerdekaan ke-60 ini bersamaan tanggal 31 Ogos 2017, Nona ingin mengajak semua wanita yang membaca artikel ini agar bersama-sama menjayakan kempen World #QuranHour pada jam 11.30am – 1.00 petang.
Satu jam, satu kitab suci, kita baca sama-sama dengan seluruh umat Islam di seluruh dunia! Boleh buat di mana saja, dalam kereta, di rumah atau di kampung masing-masing. Jom Nonarians! #worldquranhour Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MasyaAllah, lunak suara Afiqah Jalil yang merupakan anak kepada selebriti veteran iaitu Jalil Hamid. Ternyata Afiqah atau lebih dikenali sebagai Iqa bertuah kerana mewarisi bakat ayahanda tersayang dalam bidang muzik. Dah namanya anak kepada penyanyi, pasti darah seni mengalir deras dalam diri wanita ini.