Wulan Guritno antara aktres Indonesia berketurunan Jawa-Inggeris yang terkenal dengan kecantikannya.
Kini, pada usia 42 tahun Wulan bukan hanya kelihatan awet muda bahkan berjaya mengekalkan bentuk badan yang langsing dan cergas.
Wulan Guritno di usia 42 tahun.Wulan Guritno bersama ibunya ketika kecil. Patutlah cantik!
Bukan setakat bersukan, antara rahsia awet muda Wulan ialah berhenti mengambil gula. Dia juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan rehat yang cukup dan mengekalkan kesihatan mental.
Menurut beberapa sumber, berikut adalah tip untuk kelihatan muda, sihat dan cergas cara Wulan Guritno yang boleh memberi inspirasi:
1. BERSENAM
Wulan mengamalkan gaya hidup sihat ini sejak remaja lagi. Menerusi laman Instagramnya, aktres jelita ini sering berkongsi rutinnya melakukan pelbagai jenis sukan seperti berbasikal, yoga, menunggang kuda, mengangkat berat serta menembak.
Wulan bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Dia juga mengakui senaman adalah salah satu rahsia untuk kelihatan lebih muda. Tak hairanlah, Wulan masih kelihatan memukau dengan badan yang kencang dan perut six pack.
2. TAK MAKAN GULA
Satu lagi rahsia awet mudanya ialah tidak makan gula. Ibu tiga anak ini mengakui sudah berhenti mengambil gula sejak berusia 35 tahun. Menurutnya, pengambilan gula boleh mempercepatkan proses penuaan.
Ads
Pun begitu, Wulan tetap mengambil makanan dan minuman manis menggunakan pemanis alternatif yang lebih sihat.
3. TIDUR YANG CUKUP
Wulan mengakui tidur yang berkualiti adalah gaya hidup sihat yang tak kurang pentingnya daripada diet dan senaman.
Ads
Satu kajian mendedahkan, satu malam kurang tidur boleh menjadikan sel dewasa lebih cepat menua.
4. RAWATAN WAJAH
Bagi memastikan kulit wajah sentiasa tegang, Wulan turut melakukan pelbagai rawatan wajah melalui rawatan khas dan penggunaan penjagaan kulit.
Ads
Wulan biasanya melakukan rawatan platelet rich plasma (PRP) setiap dua minggu di samping rawatan skin booster dan laser bagi mengekalkan kulit yang sihat.
Wulan turut konsisten dengan rutin penjagaan kulit iaitu menggunakan krim muka mengikut keperluan termasuk pelindung matahari sebelum melakukan aktiviti.
5. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Wulan juga mementingkan kesihatan mental. Menurutnya, kesihatan dan kecantikan bermula dari dalam.
Tambahnya, menjadi diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif adalah kunci untuk menjalani kehidupan yang sihat serta awet muda.
Kredit Foto: Instagram Wulan Guritno
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik ibu dan anak ini. Ternyata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Titian Cinta, Farah Nabilah mewarisi kejelitaan ibu tersayang iaitu Datin Haslina Ismail. Sejak mendirikan rumah tangga, agak jarang nampak kelibat aktres ini di majlis-majlis hiburan.
Apatah lagi, Farah selamat bersalin anak kedua pada Julai lepas. Pastinya dia sibuk menggalas tugas sebagai isteri dan fokus membesarkan cahaya mata.
Meskipun tidak lagi aktif dalam industri seni namun pelakon berusia 31 tahun ini gemar berkongsi aktiviti dan momen di samping keluarga di media sosial.
Selain menguruskan keluarga, Farah turut berkongsi pelbagai video masakan buat tatapan followers setia. Kata Farah, memasak merupakan terapi bagi dirinya.
Pada 26 Julai lalu, Farah Nabilah berkongsi nama putera kedua yang iaitu Yusuf Gibran Mohamed Amirul. Bagaimana pun, dia dan suami, Mohamed Amirul belum bersedia berkongsi wajah anak kedua kepada umum.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi ini ialah anak sulung daripada enam beradik kepada pasangan Datuk Saipuddin Ahmad dan Datin Haslina Ismail.
Melihat wajah ibunya, jelas terserlah pelakon wanita berkenaan mewarisi kejelitaan Datin Haslina.
Lebih istimewa, Datin Haslina yang juga ibu enam anak tersebut sudah pun berusia 56 tahun pada 1 Januari lepas namun kelihatan awet muda!
Farah berkahwin dengan juruterbang iaitu Mohamed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Andre Omar berusia tiga tahun dan Yusuf Gibran.
Baru-baru ini selebriti genit, Eyka Farhana genap mencecah usia 29 tahun. Berkongsi gambar terkini sempena ulang tahun kelahiran di media sosial, hantaran foto pelakon filem Polis Evo 3 ini memeluk sejambak bunga ros merah jambu menarik perhatian peminat dan meraih puluhan ribu reaksi.
Malah ruangan komen dibanjiri dengan ucapan hari lahir daripada followers kesayangan.
Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi ini dilaporkan mula menceburi industri seni sejak berusia 15 tahun lagi.
Anak kedua daripada empat beradik ini merupakan pelakon, pengacara, model dan duta produk.
“Happy 29th EF, I have laughed, I have cried, I have stumbled, and I have soared. Through it all, I have learned to trust in the process, to embrace the unknown, and to believe in my own strength.
Thank you everyone for all your support and loved. Thank you for the lovely wishes.”
Eyka turut diraikan oleh kenalan rapat dan rakan-rakan artis di sebuah majlis. Dalam acara itu, figura berkenaan anggun mengenakan persalinan gaun biru.
Menerusi perkongsian di media sosial juga kelihatan Eyka ketika ini sedang menikmati percutian di sebuah destinasi pelancongan popular.
Malah, dia turut menikmati momen makan malam eksklusif di pantai.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal Liza Soberano mungkin tidak asing di bumi Filipina. Manakan tidak, Liza yang merupakan selebriti wanita berkacukan Filipina-Amerika ini cukup berbakat besar selepas muncul dalam siri Forevermore. Selepas itu, populariti Liza dilihat semakin menyerlah apatah lagi dikurniakan penampilan dan raut wajah yang sangat jelita.
Wajahnya juga sudah beberapa kali tersenarai dalam senarai “The 100 Most Beautiful Faces”. Liza mengungguli senarai tersebut pada tahun 2017, dan juga tahun-tahun seterusnya. Selain itu, aura dan personaliti Liza Soberano kian menjadi dambaan kempen jenama kecantikan seperti Maybelline dan lain-lain.
Jadi apa rahsia kecantikan dan keanggunannya? Menurut Cosmo Filipina, ini dia tip kecantikan Liza Soberano yang boleh anda aplikasikan.
Hidrasi itu penting!
“Saya mempunyai kulit yang kering sejak kecil dan salah satu petua kecantikan terbaik yang saya amalkan adalah untuk sentiasa memastikan kulit saya lembap.”
Biarkan kulit mengelupas dengan sendirinya.
Kanak-kanak perempuan dengan kulit kering, sila ambil perhatian: “Saya sering menggosok dan menggaru kulit saya bila ia mengelupas. Lama kelamaan saya menyedari ianya tidak baik untuk kulit dan hanya akan menjadikannya semakin kering. Apa yang saya buat. Saya akan membiarkan kulit saya mengelupas dengan sendirinya.”
Tanggalkan solekan secepat mungkin.
Disebabkan kesibukan sesi penggambaran dan rakaman, Liza mengakui kulitnya perlu dan selalu disolek. “Bila kulit anda terdedah dengan bahan alat solek untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kusam dan kering. Jadi, saya pasti akan mencuci muka dan menanggalkan solekan sebaik sahaja kamera berhenti merakam”.
Elak mekap jika boleh
“Saya sebenarnya lebih suka keluar rumah dengan gaya natural tanpa solekan. Saya hanya akan memakai balsem bibir”, jelas Liza. Memandangkan kulitnya terdedah kepada banyak tekanan, inilah cara dia memastikan kulitnya tidak berjerawat atau mengelupas.
Liza bersama dengan teman lelakinya, yang juga seorang pelakon popular, Enrique Gill
Kulit anda juga perlukan bantuan
Apabila bercakap tentang penjagaan kulit, Liza juga turut mendapatkan rawatan menerusi Program Kualiti Kulit yang disesuaikan daripada Dr. Vicki Belo. Salah satu rawatan kegemarann Liza dari Belo Medical Group ialah Angel Whitening, yang membantu menjadikan kulitnya “lebih ringan, lebih cerah dan kelihatan segar selepas itu.”
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.