
Perbezaan suasana bandar-bandar metropolitan menjadi inspirasi utama kepada koleksi musim luruh/sejuk 2017 yang digelar Urban Fantasy ini. Jika koleksi musim lalu menyaksikan Swarovski memilih untuk menyerlahkan aura seni bina dan geometri bandar Paris serta gaya glamor bersahaja Los Angeles, kali ini lain pula ceritanya. Pengarah kreatif, Natalie Collin menggariskan satu satu kemungkinan aura Urban Fantasy yang membawa wanita melalui satu perjalanan di bawah gemerlapan pelbagai bandar yang berbeza.


Menurutnya, “Dari pagi hingga ke malam, 24 jam sehari. Getaran dan nafas setiap bandar yang memberikan kehidupan yang kreatif adalah satu inspirasi yang diterjemahkan ke dalam rekaan perhiasan kemas Swarovski. Koleksi ini mewakili visi kreatif saya kepada jenama ini di samping menghormati dan menjaga warisan Swarovski sekaligus menjadikannya relevan dengan wanita moden lantas membawa teknik kristal yang unik ke masa hadapan. Swarovski adalah segalanya tentang moden glamor.”

Dari pandangan penulis, perhiasan kemas Swaroski yang baru ini sememangnya satu rekaan yang patut dimiliki oleh wanita-wanita yang suka bergaya. Lihat sahaja rekaan-rekaan istimewa ini setiap satu memiliki aura gaya glamor yang berbeza dalam nafas gaya yang berlainan. Ada yang kelihatan mewah bersepuh, ada pula yang tampil funky dan chic dan ada yang nampak sungguh elegan. Jadi yang mana satu pilihan anda?
Tampil Dengan Rekaan Bold Dan Moden, SETH & LUNA Ada ‘Class’ Tersendiri

Seth & Luna kian menempa nama dalam industri fesyen tanah air dengan garapan kreatif mentafsirkan karya agung buat setiap helaian yang dihasilkan. Walaupun masih hijau dalam industri fesyen tanah air, jenama yang diungguli oleh dua anak muda Irie Mohamad dan Jimiey Whang seringkali digayakan oleh selebriti terkenal tanah air termasuklah Erra Fazira, Nabila Huda, Stacy, Marsha, Amy Mastura dan ramai lagi. Label fesyen yang ditubuhkan sejak tahun 2015 ini kian meniti gerbang kejayaan dan semakin dikenali dek kerana sentuhan magis yang dihasilkan sebaris dengan pereka handalan tempatan.
Terkenal dengan rekaan bold dan moden, jenama ini sentiasa mengadaptasi rekaan tradisional melayu ke dalam setiap rekaan. Ilham segar dan fresh dapat dilihat dengan penerapan elemen-elemen tradisional dan sesuai digayakan di abad ini. Tidak hairanlah, setiap helaian yang dihasilkan cukup relevan untuk disarungkan dan mendapat tempat buat penggemar jenama Seth & Luna. Apa yang pasti, sebagai pereka baharu, mereka sentiasa melihat setiap peluang sebagai rezeki dan setiap pesaing sebagai “benchmark” untuk mereka tandingi.
APAKAH TREND FESYEN 2018?
Trend Fesyen bagi tahun 2018 menurut kami adalah ‘freedom of fashion’ iaitu kebebasan untuk mengekspresikan diri melalui fesyen. Apa sahaja busana yang digayakan, ianya dipadankan dengan gaya individualiti yang tersendiri. Selain itu, aliran fesyen di zaman 80-an dan 90-an juga mendominasi pentas peragaan.
FESYEN HANGAT BUAT LEBARAN TAHUN INI?
Bercakap mengenai fesyen lebaran 2018, kita terbiasa dengan helaian yang seakan-akan sama bagi setiap jenama. Kami faham sebagai pereka kita perlu mengikut kehendak pelanggan. Namun pada tahun ini, trend india & klasik rata-rata menjadi inspirasi setiap rekaan. ‘We need more options’!
UNTUK KOLEKSI LEBARAN TAHUN INI, APAKAH REKAAN YANG DIPERTARUHKAN OLEH JENAMA ANDA?
Untuk lebaran 2018, kami hanya fokus kepada tempahan ‘by appointment’ dari pelanggan rapat kami disebabkan jadual kami yang cukup padat hingga bulan Syawal. Walaubagaimanapun, kami akan menghasilkan beberapa helaian ‘ikonik’bagi meraikan bulan Syawal dan kami akan memuat naik foto busana tersebut ke laman instagram kami dalam masa terdekat.
APAKAH PERSEDIAAN UTAMA DALAM MENCARI BUSANA LEBARAN?
Pastikan anda membeli busana untuk digayakan di hari lebaran lebih awal. Ini amat penting sekiranya ia memerlukan ‘alterations’ maka anda mempunyai masa untuk melakukannya. Begitu juga sekiranya anda membeli busana menerusi talian. Pastikan ia dibeli awal dan setelah itu anda boleh fokus kepada aksesori yang boleh dipadankan bersama busana raya anda.
KONGSIKAN TIP PENTING MEMILIH BUSANA LEBARAN
Untuk hari lebaran, pastikan helaian anda selesa, sopan, dan juga penuh glamor saat dipakai. Tidak kiralah anda menyambut lebaran di desa atau di kota, bulan Syawal merupakan bulan kemenangan islam, dan kita seharusnya menyambutnya dalam helaian yang cantik dan istimewa.
ANDA ADA MENYERTAI PROGRAM REALITI TV YANG BERNAMA GEN F. CERITAKAN SEDIKIT PENGALAMAN ANDA MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT
Gen F merupakan satu pengalaman yang paling berharga buat mana-mana pereka muda. Jika difikirkan, di mana lagi kami boleh mendapat guru fesyen yang hebat seperti Faizal Hamid dan juga Kak Zai dalam menimba ilmu dan mendapat tunjuk ajar mereka yang boleh dikira sebagai orang kuat fesyen di Malaysia. Ditambah pula dengan kehadiran Datuk Rizalman Ibrahim dan Datin Vivy Yusof sebagai juri yang “merahmati” dan memberi komen tentang rekaan kami. Ianya merupakan pengalaman paling berharga kami sebagai pereka fesyen lazimnya.
APAKAH CABARAN TERBESAR SEMASA BERTANDING DIDALAM PROGRAM TERSEBUT?
Cabaran terbesar di Gen F adalah untuk sentiasa memuaskan hati semua pihak. Mengambil kira kritikan mentor, mengambil kira citarasa juri dan juga kekal dengan DNA jenama Seth & Luna itu sendiri. Namun Alhamdulillah, sehingga ke episod final kami berjaya mengharungi kesemuanya dengan bermaruah.
PENGALAMAN YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN SEMASA MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT?
Pengalaman yang tidak Akan kami lupakan semasa kami berada di Gen F semestinya ketika kami berada di bengkel fesyen bersama peserta yang lain, bertungkus lumus menyiapkan busana dalam tempoh 30 jam. Ada yang tidak sempat untuk keluar makan, potong kain di lantai, dan “mengkritik” busana pereka yang lain. kenangan pahit dan manis di dalam bengkel itu amat sukar untuk kami lupakan dan sentiasa menjadi kenangan manis buat kami.
PENDAPAT ANDA MENGENAI LAMBAKAN PEREKA FESYEN MASA KINI DAN PERANAN ANDA SEBAGAI PELAPIS MUDA?
Lambakan pereka fesyen merupakan satu pesaingan yang sihat bagi industry fesyen itu sendiri. Namun sebagai pemerhati dan pembeli, anda seharusnya bijak menilai yang mana kaca dan juga permata. Bagi kami di Seth & Luna, kami sentiasa memberikan sehabis baik dan di akhirnya kami serahkan segalanya kepada yang maha Esa. Busana hanya kekal sebagai busana, namun ilham, rezeki dan kejayaan semuanya ketentuan Allah.
APAKAH PERANCANGAN ANDA UNTUK MENGEKALKAN JENAMA ANDA AGAR TERUS RELEVAN UNTUK MASA AKAN DATANG?
Sebagai pereka Fesyen, kami sentiasa belajar. Belajar merupakan proses yang tiada tanda noktahnya, dan dari situ kami bisa menghidangkan rekaan yang sentiasa segar dan menghairahkan buat penggemar fesyen. ‘And that itself is our key to stay relevant in the industry’.
SIAPAKAH IKON FESYEN PILIHAN ANDA DALAM DAN LUAR NEGARA?
Ikon Fesyen di malaysia buat Seth & Luna sudah semestinya primadona Noor Kumalasari. Beliau merupakan ‘a true fashion icon’ dan tidak ada pengganti sehingga kini. Namun dalam pada masa yang sama, kami juga obses dengan kejelitaan Scha Alyahya. Beliau bukan sahaja cantik malah cukup bijak. Untuk Ikon fesyen antarabangsa, kami mencintai Michelle Lamy iaitu isteri kepada pereka terkenal Rick Owens. Beliau mempunyai citarasa Fesyen yang begitu eksotik dan tersendiri. ‘We would love to dress her, Insyaallah’.
Fesyen ‘Lapar Perhatian’ Hukumnya Haram, Teguran Padu DR KAMILIN JAMILIN Buat Ramai Tersentak!

Menyarung pakaian pelik yang mengundang perhatian ramai tidak dibenarkan sama sekali dalam agama Islam. Itu teguran padu Dr Kamilin Jamilin pada sesetengah artis yang berpakaian menonjol dan lari dari kebiasaaan walaupun tertutup auratnya.
Nasihat Dr Kamilin Jamilin itu disampaikan berikutan terdapat segelintir selebriti wanita yang tampil dengan gaya unik dan di luar kotak pada acara-acara anugerah, kononnya atas niat seni tidak sewajarnya terjadi, malah boleh mendedahkan mereka kepada perbuatan yang mendatangkan dosa.
Dr Kamilin Jamilin yang merupakan seorang pendakwah serta pensyarah di Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah USIM berkongsikan pendapatnya di laman sosialnya memberitahu, pakaian sedemikian dilarang dalam Islam kerana ia boleh mendatangkan sifat riyak perasaan lebih hebat dari orang lain.
@drkamilinjamilin 🔥 Ancaman Buat Pemakai Pakaian “Syuhrah” (Menonjol Yang Mencuri Tumpuan) #Muhasabah #AmaranNabi ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin
“Pemakaian begini salah dan dilarang dalam Islam walaupun tidak mendedahkan aurat namun ia termasuk dalam kategori Libas Al Syurah iaitu pelik dan mengundang perhatian, malah ia boleh jadi pembaziran,” jelasnya.
Tambah Dr Kamilin, apabila seseorang itu terbiasa berpakaian demi undang perhatian, lebih susah untuk menjaga hati. Dalam pada itu, Kamilin meminta selebriti wanita dan umum berhati-hati kerana tindakan itu mampu memberi impak besar kepada seseorang termasuk menghalang mereka daripada masuk ke dalam syurga.
Sementara itu, menjengah ke ruang komen video tersebut, penyanyi Aina Abdul dikaitkan memandangkan pada malam Jumaat lalu penyanyi berkenaan muncul dengan gaya luar fesyen ‘blazer gergasi’ pada acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, pendakwah Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Salman juga pernah membuat teguran tentang isu artis berpakaian dan berfesyen pelik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.
Perkara itu ada dinyatakan secara jelas dalam hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian yang pelik mengundang perhatian ramai (viral), pada hari kiamat ALLAH akan dipakaikan dia dengan pakaian yang sama, kemudian dimarakkan api neraka padanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud – sanad hasan)
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Mewah Dan Classy, Ini 7 Busana Perkahwinan Keluarga Diraja Paling Mega!

Jika disebut mengenai royal wedding, pasti kita terbayangkan perkahwinan Kate Middleton atau Meghan Markle. Sebenarnya ada lagi beberapa perkahwinan diraja di negara-negara yang lain. Menarik lagi kalau busana pengantin diraja lain daripada gaun putih semata-mata.Mari lihat beberapa pakaian pengantin diraja pilihan Nona. Mana tahu jika boleh dijadikan inspirasi untuk merealisasikan perkahwinan impian anda!
1. Jepun
Puteri Ayako Moriya dan Kei Moriya
Ayako Moriya kini kehilangan status ‘puteri’ setelah sah berkahwin dengan Kei Moriya iaitu seorang rakyat marhaen. Walaupunbegitu, ia jalan paling bahagia yang beliau pilih. Baca: Rasmi Bertunang, Puteri Ayako Dari Jepun Kini Milik Jejaka Marhaen.
2. Bhutan
Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Ratu Jetsun Pema
Pasangan menjadi sensasi kerana Ratu Jetsun Pema merupakan rakyat biasa dan hanya berumur 21 tahun ketika berkahwin. Ratu Jetsun Pema dan Raja Jigme mempunyai 10 tahun jarak usia.
3. England
Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank
Cucu kepada Ratu Elizabeth ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan beliau pada 12 Oktober yang lalu. Beliau juga memilih pasangan dari rakyat marhaen.
4. Jordan
Puteri Iman bint Al Hussein dan Zaid Azmi Mirza
Mereka berkahwin pada 22 Mac 2013, namun kemudiannya bercerai pada tahun 2017 lalu.
5. Brunei Darussalam
Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Muhammad Ruzaini
Macam biasa lah kalau ada perkahwinan dari kerabat diraja Brunei pasti jadi viral! Dengar cerita Puteri Hajah Hafizah Sururul antara puteri terkaya di dunia.
6. Maghribi
Raja Mohammed VI dan Puteri Lalla Salma
Mereka berdua memecah tradisi diraja apabila Raja Mohammed VI mengambil keputusan untuk memperlihatkan isterinya kepada khayalak ramai. Jika dahulunya isteri-isteri raja dilarang untuk muncul ditempat awam.
7. Indonesia
Putera Notonegoro dan Puteri Hayu
Jangan tidak tahu, di Indonesia masih ada lagi kerabat diraja yang aktif cumanya kurang didengari. Pasangan ini ialah dari keluarga diraja Yogjakarta iaitu Sultan Hamengkubuwono X.