Kekal temasya Aidilfitri disambut meriah dengan pilihan baju kurung. Warisan ini masih kekal menjadi busana tradisi ke rumah terbuka bagi kebanyakan wanita. Kata Allahyarhamah Azah Aziz, Budayawan Negara, “Sebolehnya kalau nak berbaju kurung, pakailah betul-betul. Pelihara tertib dan martabatnya. Apa yang kita nak banggakan jika keindahan itu dicemari?

IKLAN

Kalau dahulu orang bangga pakai baju kurung kerana kehalusan seni buatannya, jahitan tulang belut dan sembat yang halus. Kini apa yang tinggal? Bak kata orang dulu-dulu, baju dah reput tetapi tulang belut di leher tetap kuku.” Begitulah betapa tingginya keindahan baju kurung. Sejauh mana sekalipun kemodenan dunia, sebaiknya kita harus menghargai dan pelihara ciptaannya.

TIP BERBAJU KURUNG

  • Gayakan bersama selendang agar lebih anggun. Jika di pejabat mungkin penyaman udara terlalu sejuk, jangan mengenakan jaket atau kot di luar sebaliknya baluti dengan sehelai shawl.
  • Labuh baju lebih kurang paling sesuai ialah dua jari atas lutut. Boleh juga hanya di paras lutut atau dua jari bawah paras lutut.
  • Panjang kain dua jari bawah buku lali
  • Panjang lengan lebih kurang paras pergelangan tangan.
  • Jika baju terlalu labuh, membuatkan si pemakai kelihatan lebih pendek.

Pesona BAJU KURUNG TRADISI Di Rumah Terbuka, Tetap Jadi Pilihan Wanita Sekarang!

IKLAN
  • Kain susun tepi paling sesuai untuk rekaan baju kurung tradisi. Rekaan selisih tutup atau belah juga boleh digayakan bagi memperoleh kesan lebih kucup di bahagian kain.
  • Lengan baju kurung jangan terlalu senteng, nanti kelihatannya seperti anda baru selesai cuci pinggang di dapur.
  • Memakai kancing setiap masa ketika berada di majlis rasmi.
  • Jangan sesekali menyingsing lengan baju kerana nampak tidak manis.
  • Pilihan bunga kecil untuk rekaan baju kurung akan memberi kesan lebih manis dan lembut dipandang. Corak bunga besar akan menampakkan kain terbut lebih murah dan tidak sesuai buat mereka yang bertubuh gempal.
  • Jahitan sulaman di bahagian leher dan tangan akan menyerikan lagi penampilan berbaju kurung. Tetapi pastikan sulaman sederhana sekiranya baju kurung anda berbunga, jika polos boleh sarat dengan sulaman renda bagi impak lebih glam.
  • Penggunaan perhiasan yang menarik antara elemen menambah gaya. Andai berbaju kurung labuh, kenakan rantai labuh dan hiaskan kerongsang di bahagian dada baju.
  • Elak membeli baju kurung siap tanpa mencubanya terlebih dahulu. Kiranya baju tersebut besar, ia akan membuatkan gaya anda nampak murah dan tidak kemas terletak.
  • Gabungan dua fabrik kain boleh membuatkan penampilan anda berbaju kurung kelihatan mewah. Contohnya menggabungkan baju kurung kain cita dan kain tenun.
  • Gunakan kebijaksanaan anda untuk menggabungkan rona lembut dan garang. Permainan rona ini selalunya lebih menarik dari satu nada yang sama.

Tampil bergaya di Hari Raya ini dengan koleksi Raya daripada UMMA. Klik sini untuk lihat koleksi.

IKLAN

Keistimewaan Baju Kurung:

  • Sesuai dipakai oleh setiap peringkat masyarakat,  tanpa darjat atau bangsa.
  • Penampilan kelihatan manis, sopan dan anggun.
  • Boleh disarungkan, tidak kira bentuk fizikal anda pendek, kurus atau gemuk. Bagi wanita yang tidak mempunyai bentuk tubuh menarik, baju kurung adalah penyelamat untuk menutup kekurangan.
  • Digayakan ke mana sahaja, apa jua majlis yang dihadiri.
  • Nampak lebih elegan kala dipadankan bersama tumit tinggi, lebih ringkas dan santai jika disarungkan bersama sandal nipis.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI