Jisoo Blackpink baru saja genap usianya yang ke-30 pada 3 Januari 2025. Walaupun sudah berusia tiga dekad, penampilannya masih menawan dan kelihatan seperti seorang remaja.
Keanggunan dan keremajaannya membuatkan ramai peminat tertanya-tanya rahsia di sebalik penampilannya yang sentiasa memukau.
Sebagai ahli paling lama dalam kumpulan Blackpink, Jisoo terkenal dengan gaya anggun serta wajahnya yang sentiasa kelihatan segar.
Bukan sahaja ketika membuat persembahan di pentas malah dalam aktiviti hariannya Jisoo juga sering memikat perhatian dengan pesona semula jadinya. Penampilan sebegini menjadikan dia sebagai role model dalam dunia kecantikan.
Selain daya tarikan yang luar biasa, Jisoo juga terus memberi inspirasi melalui perjalanan kerjaya dan pencapaiannya yang mengagumkan. Daripada penampilan sulungnya bersama Blackpink hingga menceburi bidang lakonan dan fesyen, Jisoo membuktikan usia bukan halangan untuk berjaya.
Perjalanan Kerjaya
Jisoo memulakan perjalanan kerjayanya dalam industri hiburan Korea Selatan apabila dia menyertai YG Entertainment sebagai pelatih pada usia 16 tahun. Sebelum membuat penampilan sulung, dia muncul dalam beberapa iklan dan video muzik.
Ads
Pada 2016, Jisoo secara rasmi melancarkan debutnya dengan kumpulan Blackpink dan serta-merta berjaya menarik perhatian ramai. Sejak itu, kumpulan itu telah memenangi pelbagai anugerah berprestij dan berjaya membuat persembahan di pelbagai peringkat antarabangsa termasuk acara utama seperti Coachella.
Dinobat ‘Wanita Tercantik Di Dunia’
Jisoo dikenali sebagai antara wanita paling cantik di dunia. Pada 2024, dia menerima anugerah ‘Wanita Tercantik’ daripada Majalah Nubia, dan berjaya mengekalkan gelaran ini selama tiga tahun berturut-turut.
Kejayaan ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai lambang kecantikan di peringkat global. Ramai terpesona dengan wajah dan penampilan semula jadinya yang sentiasa menunjukkan daya tarikan awet muda.
Rahsia Kekal Glowing
Jisoo Blackpink sentiasa cuba mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit melalui penjagaan yang kerap. Dia secara konsisten menggunakan pelembap dan sheet mask bagi memastikan kulitnya kekal lembap. Jisoo juga mengamalkan teknik double cleansing agar wajah bersih sepenuhnya.
Jisoo sangat mengambil berat tentang pemakanannya. Dia memilih untuk mengambil makanan berkhasiat dan minuman detoks seperti jus bagi mengekalkan kesegaran dan kecerahan kulit.
Pesona Pada Usia 30 Tahun, Tetap Memukau!
Pada usia 30 tahun, Jisoo Blackpink masih mampu menarik perhatian umum dengan penampilannya yang seperti remaja. Ramai yang tidak percaya bahawa dia sudah berusia tiga dekad.
Memiliki kulit yang berseri dan sentiasa mengukir senyuman, Jisoo sering mendapat pujian kerana aura muda yang masih melekat pada dirinya. Daya tarikan yang abadi adalah salah satu sebab mengapa dia kekal relevan dan disayangi dalam industri hiburan.
Ikon Fesyen & Duta Global
Jisoo yang terkenal sebagai ikon fesyen sering dijemput menghadiri acara berprestij seperti Paris dan New York Fashion Week. Dengan gaya yang sentiasa elegan dan moden, dia berjaya menarik perhatian bukan sahaja media malah peminatnya.
Ads
Selain itu, Jisoo juga memainkan peranan aktif sebagai duta global untuk jenama mewah seperti Dior. Penglibatan dalam industri fesyen mengukuhkan lagi statusnya sebagai antara selebriti paling berpengaruh dalam dunia fesyen.
Terima Banyak Anugerah Bertaraf Antarabangsa
Jisoo dan kumpulan muzik Blackpink berjaya memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.
Selain itu, mereka juga pernah membuat persembahan di festival muzik Coachella yang berprestij dan berjaya menduduki tempat di carta Billboard.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik ibu dan anak ini. Ternyata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Titian Cinta, Farah Nabilah mewarisi kejelitaan ibu tersayang iaitu Datin Haslina Ismail. Sejak mendirikan rumah tangga, agak jarang nampak kelibat aktres ini di majlis-majlis hiburan.
Apatah lagi, Farah selamat bersalin anak kedua pada Julai lepas. Pastinya dia sibuk menggalas tugas sebagai isteri dan fokus membesarkan cahaya mata.
Meskipun tidak lagi aktif dalam industri seni namun pelakon berusia 31 tahun ini gemar berkongsi aktiviti dan momen di samping keluarga di media sosial.
Selain menguruskan keluarga, Farah turut berkongsi pelbagai video masakan buat tatapan followers setia. Kata Farah, memasak merupakan terapi bagi dirinya.
Pada 26 Julai lalu, Farah Nabilah berkongsi nama putera kedua yang iaitu Yusuf Gibran Mohamed Amirul. Bagaimana pun, dia dan suami, Mohamed Amirul belum bersedia berkongsi wajah anak kedua kepada umum.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi ini ialah anak sulung daripada enam beradik kepada pasangan Datuk Saipuddin Ahmad dan Datin Haslina Ismail.
Melihat wajah ibunya, jelas terserlah pelakon wanita berkenaan mewarisi kejelitaan Datin Haslina.
Lebih istimewa, Datin Haslina yang juga ibu enam anak tersebut sudah pun berusia 56 tahun pada 1 Januari lepas namun kelihatan awet muda!
Farah berkahwin dengan juruterbang iaitu Mohamed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Andre Omar berusia tiga tahun dan Yusuf Gibran.
Melihat penampilan Puteri Diraja Brunei, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah ini pasti khalayak terus teringat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim! Tak dinafikan makin menginjak dewasa, makin terserlah persamaan Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dengan ibunda tersayang.
Ini diakui sendiri oleh Azrinaz yang melahirkan rasa teruja dan gembira melihat anakanda tersayang kian meningkat usia remaja serta menjadi gadis penuh elegan.
Lebih istimewa, ibu jelita berusia 44 tahun tersebut memuat naik video yang memaparkan kelibat Puteri Ameerah sewaktu menghadiri sebuah majlis dalam persalinan kasual serba hitam.
Akui Azrinaz, “MasyaAllah that’s how I look like when I was younger. You have my physique and cara jalan pun sebiji. Ini bukan self claim tau. Miss you everyday and love you lots.”
Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi followers kesayangan Azrinaz dan rata-rata mereka turut memuji keanggunan anakanda puteri kesayangan Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Memiliki rambut hitam panjang mengurai dan keperibadian Puteri Ameerah yang tak lekang dengan senyuman membuatkan sesiapa saja terpikat dengan anakanda bekas personaliti televisyen tersebut.
Pada 28 Januari lepas, YTM Puteri Ameerah genap berusia 15 tahun. Menatap wajah terbaharunya, gadis ini saling tak tumpah mewarisi rupa paras ibunda tersayang.
Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei iaitu YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah kini menginjak usia remaja.
Bagi mereka yang lahir pada tahun 80an ke 90an, pasti mengenali aktres Hong Kong ini terutama penggemar filem-filem kung fu lakonan Stephen Chow.
Sharla Cheung, salah seorang aktres wanita terkenal era 90-an yang memulakan karier lakonannya sejak tahun 80an. Namanya kemudian melantun selepas digandingkan dengan Stephen Chow pada tahun 90an.
Beberapa filem yang pernah dilakonkan oleh mereka berdua ialah trilogi Fight Back to School, Hail the Judge, dan Royal Tramp.
Manakala filem yang dilakonkan oleh Sharla sendiri antaranya ialah The Dragon Chronicles – The Maidens, Holy Weapon, dan Kung Fu Cult Master.
Memetik perkongsian AsiaOne, Sharla smeninggalkan dunia seni sejak 20 tahun lalu.
Setelah sekian lama tidak muncul dalam dunia hiburan, Sharla baru-baru ini kembali mencuri tumpuan orang ramai apabila menghadiri satu majlis amal di China.
Ternyata, penampilan terkini Sharla masih cantik walaupun usianya kini sudah mencecah 55 tahun.
Turut tular di media sosial, foto Sharla yang memiliki kulit yang masih tegang, berseri dan awet muda.
Tidak dinafikan, sejak dahulu lagi Sharla dikenali sebagai salah seorang selebriti Hong Kong yang memiliki wajah cantik
Nona kongsikan transformasi gaya Sharla Cheung dari era 90an sehingga kini: –
Kredit Foto: Instagram @hk80s90s
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.