Bulan Januari selalu menjanjikan harapan baru. Peluang untuk setingkat lebih maju dan tampil lebih hebat daripada tahun lalu. Malahan, Januari juga merupakan detik terbaik untuk memulakan azam kecantikan dan kesihatan kulit yang diimpikan.

Sebagai Editor Online, saya terdedah dengan pelbagai tekanan umpamanya ekspektasi digital yang bergerak laju, isu kreativiti dan deadlines yang suntuk.

IKLAN

Itu belum lagi bahana duduk berjam-jam di depan komputer serta pelbagai lagi faktor ekstrinsik yang menghambat masalah penuaan pramatang, kekeringan kulit serta lingkaran gelap di bawah mata. Pening pula memikirkan.

Jemputan untuk mencuba perawatan baru AsterSpring iaitu The Awakening Skin Therapy tiba pada saat yang tepat. Apa salahnya mencuba? Lagipun setiap sesi rawatan di sana sentiasa memuaskan, pendek kata benar-benar efektif untuk menyelesaikan pelbagai masalah kulit yang dihadapi.

Bertempat di pusat kecantikan AsterSpring The Starling, Damansara, saya sekali lagi membawa diri bertemu Claire. Skincare therapist ini menerangkan bahawa The Awakening Skin Therapy adalah sinergi produk Dermalogica dan teknologi LPG Endermologie untuk memastikan kulit sentiasa pada tahap terbaik.

Seperti Terjaga Dari Lena, Ini Rahsianya Kulit Wajah Lesu KEMBALI BERTENAGA Dalam Masa 1 Jam!
Kamar rawatan yang kemas dan menenangkan

Sambil memeriksa kulit, Claire mereka rawatan secara custom untuk memberikan hasil terbaik. seterusnya rawatan pun dimulakan dengan ritual membersihkan kulit. Dua jenis pembersih digunakan agar kulit muka benar-benar bersih dan bersedia untuk proses seterusnya.

Seperti rawatan yang ‘menjagakan’ kulit, The Awakening Skin Therapy mengaplikasi konsep 3E.

Seperti Terjaga Dari Lena, Ini Rahsianya Kulit Wajah Lesu KEMBALI BERTENAGA Dalam Masa 1 Jam!

(a) Eliminate (menyingkirkan)

Langkah pertama mengaktifkan sel kulit dengan mesin LPG Endermologie iaitu sebuah teknologi anti-penuaan gred perubatan terkini dari Perancis. Eksfoliasi dilakukan bagi membuang sel kulit mati dan meninggalkan lapisan asas yang sihat.

Seperti Terjaga Dari Lena, Ini Rahsianya Kulit Wajah Lesu KEMBALI BERTENAGA Dalam Masa 1 Jam!
Boleh terlena dibuatnya bila Claire buat rawatan dengan LPG Endermologie ni

(b) Establish (memantapkan)

IKLAN

Selepas proses eksfoliasi, kulit dipersiapkan untuk proses rejuvenasi. Menggunakan masker Dermalogica UltraCalming Clinical Oatmeal Masque, wajah pun direhatkan untuk proses seterusnya. Sambil itu, tubuh diurut bagi melegakan tekanan di sekitar tengkuk dan bahu.

Seperti Terjaga Dari Lena, Ini Rahsianya Kulit Wajah Lesu KEMBALI BERTENAGA Dalam Masa 1 Jam!

(c) Enduring (pertahanan)

IKLAN

Bagi merangsang sistem pertahanan kulit, rawatan disusuli dengan masker bernutrien tinggi untuk melembap, menenangkan dan melindungi kulit daripada ancaman stres. Rawatan disudahi dengan pemakaian penyegar, krim pelembap dan tabir suria.

Selepas 1 jam merawat kulit, saya bangun dengan kulit wajah yang ketara lembut dan selesa. Nah, nampak segar serta-merta! Bahagian kulit yang kusam juga kembali bermaya bagai dilahirkan semula.

Kalau dilihat gambar sebelum dan selepas ni, tekstur kulit saya sebenarnya jauh lebih lembut dengan pori-pori yang lebih kecil dan halus. Gambar sebelum ada pakai foundation dan loose powder tapi gambar selepas, suci tanpa bedak. Eh tak jauh beza, kan?

Seperti Terjaga Dari Lena, Ini Rahsianya Kulit Wajah Lesu KEMBALI BERTENAGA Dalam Masa 1 Jam!

Rawatan The Awakening Skin Therapy kini boleh didapati di semua pusat kecantikan AsterSpring dan AsterSpring Signature Centres. Norzalina Mohd Alias

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI