Mendapat jolokan ‘Primadona’ Malaysia, pemilik nama penuh Fazira Wan Chek atau lebih mesra disapa sebagai Erra Fazira yang juga merupakan bekas Ratu Cantik (Miss Malaysia World) 1992 sebelum akhirnya mencapai puncak populariti sebagai penyanyi dan pelakon tanah air.
Namun, siapa sangka aktress jelita ini sudah pun berada di usia 50-an pada tanggal 9 Februari lalu. Meski, wajah dan kelangsingan tubuh badan yang dimiliki oleh ibu kepada Ungku Aleesya itu tidak mencerminkan selayaknya kerana Erra tampak muda berbanding usia. Tidak dinafikan aura dan pesona Erra Fazira masih utuh dan mampu memikat pandangan ramai hingga ke hari ini.
Pesona Jelita Erra Fazira Di Usia 50-an, Kekal Terserlah!
Ini membuktikan bahawa Erra bijak menjaga penampilan diri dan kecantikan. Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan pun Erra kekal aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan.
Walau usia semakin meningkat, ia nyata tidak menjadi penghalang buat pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular tersebut untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan.
Misalnya, pemilik nama Fazira Wan Chek ini berkesempatan meluangkan masa bermain bola jaring bersama kelab peminat setianya. Bukan saja popular dan cantik, Erra juga ramah dan menghargai para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.
Aktres filem Maria Mariana ini juga dilihat gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.
Jika Tidak Bergelar Selebriti, Erra Fazira Bakal Ceburi Bidang Perniagaan
Ads
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias cover Nona Oktober 2018, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.
“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”
Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.
“Jangan menghempas diri.. Kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Ads
“Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat,” ujar primadona Malaysia itu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meraih perhatian ramai apabila menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu buat ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di akaun media sosialnya.
“Met my mama at the workplace, on Mother’s Day. Love you, mama @drwanazizah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nurul Izzah turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu buat seluruh kaum wanita yang bergelar ibu.
“Selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu. Sebagai mana beban yang ditanggung selaku tempat berteduh, tempat berlindung, tempat mengeluh.
“Kasih itu berterusan berbekal keikhlasan dan pengorbanan, tidak semestinya menerusi ikatan DNA semata-mata.”
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen di Instagram, rata-rata para pengikutnya memuji kehebatan dalam kepimpinan kedua-dua ibu dan anak ini.
Mereka turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu buat Nurul Izzah dan Dr Wan Azizah.
“Two great mothers of our country… I’m lucky to witness both of you in my generation.”
“Mother Love is Everything .. Happy Mother’s Day YB Nurul Izzah and Mom.”
“Dr Seri Wan Azizah ibunda patriot reformasi minda millennium ke arah negara maju rakyat makmur tak terbaik mantan YB Nurul.’
Semoga semangat perjuangan ibu dan anak ini menjadi inspirasi khususnya buat seluruh wanita.
Kredit Foto: Instagram Nurul Izzah Anwar
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masha-Allah manisnya Daiyan Trisha. Wajah bersih tanpa secalit solekan, berjubah dan bertudung labuh rona senada, alahai sejuknya mata memandang.
Alhamdulillah rezeki Daiyan sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pada bulan Ramadan tahun ini.
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tersayang. Terserlah kebahagiaan pada raut wajah penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun ini.
Daiyan berkongsi berita gembira ini di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
“Daiyan sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah.
“Selari dengan niat untuk menunaikan umrah setiap Ramadaan. Syukur Alhamdulillah tahun ini Daiyan dijempu sekali lagi untuk berada di sini buat kali kedua.”
Dalam pada itu, pelakon Project High Council ini turut memohon agar perjalanan umrahnya bersama ahli keluarga berjalan lancar serta dipermudahkan.
“Daiyan pohon doa dan ampun dari kalian atas salah dan silap, dan Daiyan harap semua boleh doakan perjalanan pergi balik Daiyan dan mummy, berserta semua jemaah-jemaah yang lain.
“Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur.
“Tak sabar nak jumpa cinta hati, beberapa hari saja lagi,” ujarnya.
Menerusi hantaran terkini, Daiyan memaklumkan dia turut berpeluang mengunjungi tamaan syurga Raudhah.
“Assalamualaikum Ya Rasulullah. Syukur alhamdulillah Daiyan diberi peluang untuk mengunjungi taman syurga Raudhah pada bulan Ramadan untuk kali kedua.”
Perkongsian itu telah mendapat perhatian para pengikutnya termasuk rakan-rakan artis yang rata-rata mendoakan keselamatan serta kesejahteraan Daiyan Trisha di sana.
Kredit Foto: Instagram Daiyan Trisha
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 10 Disember 2019 telah mencipta sejarah dalam hidup wanita yang diberi Sanna Marin ini apabila telah diberi tanggungjawab oleh rakyat Finland untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan. Wanita ini telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu menggantikan Antti Rinne yang telah meletakkan jawatan.
Wanita kelahiran Finland ini turut mencatat sejarah dunia apabila menjadi Perdana Menteri Termuda Di Dunia. Berusia 34 tahun, Sanna Marin berjaya mendapat kepercayaan rakyat Finland yang mempunyai populasi penduduk seramai 5.5 million.
Perlantikan Sanna Marin ini secara tidak langsung telah merampas kedudukan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, 39 tahun, yang sebelum ini memegang status sebagai Perdana Menteri Termuda Dunia.
Wanita yang mempunyai pendidikan Sarjana Sains Pentadbiran dari University of Tampere ini mula menceburkan diri dalam politik Finland pada tahun 2006 menerusi Parti Demokratik Sosial dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pengangkutan & Komunikasi pada Jun lalu.
Mungkin sudah tertulis rezekinya, 6 hari sebelum menyambut hari jadi ke-34, wanita ini telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Mungkin perlantikan ini merupakan hadiah terindah buat isteri kepada Markus Räikkönen ini.
Sebagai mewakili ahli politik generasi muda, Sanna Marin juga tidak terkecuali mempunyai akaun di media sosial. Mempunyai jumlah pengikut seramai 115 ribu orang Sanna Marin sering berkongsi aktiviti sosialnya di laman Instagram.
Ibu kepada Emma Amalia Marin ini telah berkongsi perjalanan proses kehamilannya termasuk berkongsi foto sewaktu menyusukan anak. Mungkin ahli politik generasi muda ini mahu menunjukkan bahawa sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu tidak perlu ‘kalah’ dengan tanggungjawab di rumah. Setiap wanita mempunyai peluang untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Selain itu Perdana Menteri Finland ini juga turut berkongsi dengan umum percutian romantiknya bersama suami di Itali serta makan makanan kegemarannya seperti ais krim dan gula kapas.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.