Membesar sebagai keluarga diraja apatah lagi bergelar pewaris takhta diraja mungkin menyebabkan Puteri Catharina-Amalia boleh hidup serba mewah dalam istananya. Walaupun baharu sahaja berusia 17 tahun namun, puteri sulung kepada Raja Belanda iaitu Raja Willem-Alexander dan Ratu Maxima ini ternyata lebih matang daripada usia sebenarnya.

IKLAN
Pewaris Takhta Diraja BELANDA & Bakal RATU, Aura Pemimpin Puteri Catharina-Amalia Terserlah 
Foto: Instagram @koninklijkhuis

Terserlah ciri seorang pemimpin negara apabila puteri kesayangan rakyat Belanda ini menyatakan hasrat enggan menerima elaun tahunan berjumlah RM8.82 juta. Bayaran elaun ini merupakan elaun kerajaan buat Puteri Catharina-Amalia sebelum menjalankan tugas rasmi sebagai Ratu Kerajaan Belanda.

Pewaris Takhta Diraja BELANDA & Bakal RATU, Aura Pemimpin Puteri Catharina-Amalia Terserlah 
Foto: Instagram @koninklijkhuis
Pewaris Takhta Diraja BELANDA & Bakal RATU, Aura Pemimpin Puteri Catharina-Amalia Terserlah 
Foto: Instagram @koninklijkhuis

Penolakan elaun diraja ini telah dinyatakan melalui surat tulisan tangan yang dihantar kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte. “Saya bakal berusia 18 tahun pada 7 Disember ini dan akan menerima elaun mengikut undang-undang. Saya berasa tidak selesa untuk menerimanya selagi tidak melakukan apa-apa tugas ketika penuntut lain berdepan tempoh lebih sukar terutamanya ketika pandemik COVID-19 ini,” tulis Puteri Catharina-Amalia yang mempunyai dua orang adik perempuan.

Pewaris Takhta Diraja BELANDA & Bakal RATU, Aura Pemimpin Puteri Catharina-Amalia Terserlah 
Foto: Instagram @koninklijkhuis
Pewaris Takhta Diraja BELANDA & Bakal RATU, Aura Pemimpin Puteri Catharina-Amalia Terserlah 
Foto: Instagram @koninklijkhuis

Puteri diraja yang bergelar Princess of Orange ini baharu sahaja lulus peperiksaan akhirnya dan menamatkan pengajian di Christian Gymnasium Sorghvliet di The Hague seperti yang dilaporkan oleh vanityfair.com. Akaun Instagram rasmi keluarga diraja Belanda ini juga turut berkongsi berita gembira ini dengan memperlihatkan Puteri Catharina-Amalia mengibarkan bendera Belanda di perkarangan istana.

IKLAN
Pewaris Takhta Diraja BELANDA & Bakal RATU, Aura Pemimpin Puteri Catharina-Amalia Terserlah 
Foto: Instagram @koninklijkhuis
Pewaris Takhta Diraja BELANDA & Bakal RATU, Aura Pemimpin Puteri Catharina-Amalia Terserlah 
Foto: Instagram @koninklijkhuis

Setelah tamat pengajian sepatutnya Puteri Catharina-Amalia perlu menyambung pelajaran di peringkat siswazah, namun puteri ini telah meminta izin untuk menangguhkan pengajian selama setahun. Demi mencapai hasratnya, Puteri Catharina-Amalia sanggup membayar hampir RM1.66 juta bayaran yuran pengajiannya yang ditangguhkan itu.

IKLAN
Pewaris Takhta Diraja BELANDA & Bakal RATU, Aura Pemimpin Puteri Catharina-Amalia Terserlah 
Foto: Instagram @koninklijkhuis
Pewaris Takhta Diraja BELANDA & Bakal RATU, Aura Pemimpin Puteri Catharina-Amalia Terserlah 
Foto: Instagram @koninklijkhuis

Ayahanda Puteri Catharina-Amalia, Raja Willem-Alexander pernah mencipta sejarah apabila bergelar Raja Termuda di Eropah apabila dilantik menjadi ketua negara di usia 46 tahun. Ini kerana bondanya, Puteri Beatrix turun takhta sebagai Ratu ketika itu. Tidak mempunyai anak lelaki maka secara tidak langsung Puteri Catharina-Amalia sebagai anak sulung bakal menaiki takhta kerajaan Belanda kelak.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI