Ruang maya kini berseri dengan kelahiran platform digital buat wanita moden, laman SyurgaWanita.com janjikan sebuah pengalaman membeli-belah online tanpa batasan.
Bayangkan sebuah platform khusus untuk wanita, tempat membeli-belah, berkomuniti, berkongsi gaya hidup serta ruang anda dihargai dan disayangi di bawah satu bumbung.
Iya, itulah kelebihan laman SyurgaWanita.com, sebuah portal e-dagang baharu yang dilancarkan secara rasminya pada 9 September lalu.
Dilancarkan dengan tagline ‘Wanita Bergaya, Hidup Bahagia’, platform ini menyasarkan pasaran wanita moden di Malaysia.
Ia bukan sekadar laman membeli-belah, bahkan dibina dengan visi besar iaitu mewujudkan satu juta pelanggan aktif dalam masa terdekat.
Berbeza daripada platform lain, SyurgaWanita.com menggabungkan beberapa kategori yang dekat di hati iaitu fesyen, kecantikan, gaya hidup sihat, aksesori dan produk makanan.
Ads
Turut serta, barisan selebriti yang turut bergelar usahawan SME seperti Rozita Che Wan, Adira Suhaimi, Dato’ Red, Dato’ Seri Alha Alfa serta ramai lagi memeriahkan platform SyurgaWanita.com.
Jenama-jenama terkenal seperti Appecut, Luqfa Skincare dan Elegant Skincare juga antara sebahagian himpunan jenama yang dipasarkan di sini.
Wanita Bergaya 2025
Tidak cukup dengan seleksi produk, SyurgaWanita.com turut menganjurkan peraduan Wanita Bergaya 2025 bermula 15 hingga 30 September 2025.
Para peserta hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah yang disediakan oleh pihak penganjur. Pendaftaran adalah percuma dan terbuka khas buat wanita Malaysia berusia 18 hingga 45 tahun. Inilah masanya untuk anda menonjolkan gaya, keyakinan serta kreativiti di pentas digital.
Cara Penyertaan:
Layari SyurgaWanita.com dan isi borang penyertaan lengkap dengan butiran peribadi (nama, IC, nombor telefon, e-mel, alamat serta pautan IG/TikTok).
Muat naik foto atau video bergaya di Instagram atau TikTok dengan menggunakan tanda pagar rasmi: #WanitaBergaya2025 dan #Syurgawanita.
Serahkan pautan IG/TikTok anda di laman web penganjur untuk pengesahan penyertaan.
Sebaik pautan profil disahkan, anda boleh kongsi link undian kepada rakan-rakan untuk mengumpul sokongan.
Menariknya, peserta akan dinilai berdasarkan gabungan kreativiti, penampilan serta keyakinan, selain sokongan undian yang menyumbang peratusan terbesar. Top 25 akan disenarai pendek dan pemenang bakal dipilih berdasarkan markah juri serta populariti. Malah, 10 peserta lain yang tersenarai juga tetap menerima hadiah saguhati sebagai penghargaan.
Bayangkan dari sekeping foto atau video yang anda muat naik, anda berpotensi meraih perhatian jutaan mata, dihargai dengan hadiah bernilai tinggi, malah diiktiraf sebagai ikon gaya SyurgaWanita 2025.
Ads
Antara hadiah-hadiah lumayan yang menanti adalah wang tunai RM3,000 dan barangan LV (Tempat Pertama), wang tunai RM2,000 (Tempat Kedua), RM1,000 (Tempat Ketiga) serta RM500 untuk 10 pemenang saguhati.
Jangan biarkan momen ini berlalu. Dunia maya sudah menanti pesona anda dan pentas digital SyurgaWanita.com adalah runway terhebat untuk membuktikan bahawa setiap wanita mampu menjadi inspirasi.
Bersama juri-juri terkenal seperti Shanell Harun, Adira Suhaimi, Dato’ Seri Alha Alfa, Teh Firdaus dan Asyalliee, tibalah giliran anda untuk menjadi bintang yang paling bersinar.
Rebut peluang anda untuk menyerlahkan aura sebenar seorang wanita bergaya. Bukan sekadar fesyen, tetapi juga karisma dan keyakinan yang memancar dari dalam.
Kecantikan wajah ibarat muka depan sebuah buku yang mencerminkan siapa anda sebenarnya. Ia menjadi petunjuk kepada gaya hidup dan kesihatan diri secara luaran. Kemudaan juga dikaitkan dengan kecantikan dan kecantikan pula dikaitkan dengan kejayaan serta kehidupan yang lebih baik. Justeru penjagaan wajah yang tepat mampu menyembunyikan tanda-tanda penuaan, antaranya menerusi rawatan EMFACE yang dibawa khas oleh BTL Aesthetics untuk mengekalkan kemudaan tanpa jarum suntikan.
Sepetang bersama pakar perubatan aestetik dari Clique Clinic dan team BTL Aesthetics, pelbagai ilmu awet muda dikongsikan dengan Majalah Nona. Kalau dulu wanita terpaksa menahan sakit untuk cantik, kini segalanya lebih menyenangkan, cepat dan selesa.
TANDA PENUAAN
Di antara usia 30 ke 40 tahun, massa tubuh tanpa lemak akan mula menurun. Tanpa penjagaan wajah yang betul, dehidrasi, kesan UV dan sebagainya, kulit akan cepat menunjukkan tanda penuaan seperti nampak kendur, berkedut, menipis, mata cengkung, pigmentasi dan garis-garis halus.
Ditambah lagi faktor genetik, tabiat diet serta gaya hidup tidak sihat, kulit akan lebih cepat menua sebelum waktunya.
Rawatan wajah EMFACE kekalkan kemudaan
Kemajuan teknologi kecantikan melahirkan satu prosedur tidak invasif tanpa sebarang kesan downtime. Menerusi sesi EMFACE selama 20 minit, anda bakal menikmati pengalaman kecantikan yang luar biasa.
Selepas sesi konsultasi dengan pakar perubatan aestetik, wajah akan dibelai oleh juruterapi bertauliah. Bahagian kulit yang bermasalah di dahi dan pipi akan ditandakan dengan teliti sebelum EMFACE dimulakan.
EMFACE menggabungkan kebaikan radiofrekuensi dan tenaga HIFES bertujuan untuk merangsang kolagen serta elastin.
Pancaran HIFES menghasilkan getaran untuk menegangkan semula otot wajah sekaligus menghilangkan kedutan serta menjadikan kulit wajah semakin tegang dan anjal, malah menaikkan semula bahagian yang kendur di sekitar pipi.
Gabungan radiofrekuensi dan tenaga HIFES ke atas kulit
Rawatan EMFACE mampu menegangkan dan menganjalkan kulit, serta menaikkan semula bahagian yang kendur
Mesin berteknologi tinggi EMFACE
Selesanya rawatan EMFACE buat ramai yang nyenyak terlena. Dengan sesi ulangan sebanyak enam kali, banyak perubahan drastik berlaku, antaranya kulit makin anjal dan tegang seperti 10 tahun lebih muda.
Meskipun lebih sesuai untuk golongan berusia 40-an dan 50-an, ia sebenarnya selamat untuk pelbagai lapisan umur. “Penuaan menyebabkan otot muka lemah dan isi kendur ke bawah (tarikan graviti). Jadi rawatan EMFACE ini sangat membantu untuk menguatkan otot-otot tersebut, menghaluskan pori-pori dan menjadikan wajah lebih muda secara natural tanpa melibatkan jarum suntikan,” kata Dr Ong Kuok Tjun.
Jika anda orang yang obsess dengan kecantikan dan kesihatan, anda tentu biasa mendengar blue light, sejenis cahaya gelombang biru yang dikaitkan dengan elektronik seperti komputer dan telefon bimbit. Kebanyakkan kajian yang dijalankan ke atas blue light dikaitkan dengan kesan kepada ritma tubuh badan serta gangguan ke atas kitaran waktu tidur sehingga menyebabkan anda tidak bermaya dan mengantuk.
**media[177537]**
Memetik kata-kata daripada Pengasas jenama penjagaan kecantikan mewah de Mamiel iaitu Annee de Mamiel, dia mengatakan pencemaran udara, sinar UV dan radiasi elektromagnetik mengelilingi kita hampir setiap masa. Kehadiran blue light yang kuat daripada telefon bimbit dan tablet adalah antara yang boleh menyebabkan kulit menjadi rosak kerana ia mampu menembusi epidermis kulit. Kemudian terjadilah inflamasi kulit, kulit sensitif dan dehidrasi.
**media[177533]**
Apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan masalah kulit ini daripada terjadi?
REGIM HARIAN
Minum banyak air
Jadikan minum air putih satu tabiat, seeloknya lapan gelas air sehari. Ini bukan nasihat typical yang sering kita dengar kerana air sangat penting untuk menjadi pelincir dalam tubuh badan. tubuh kita akan berlakunya kehilangan cecair disebabkan penyejatan dan peluh serta pembuangan air kecil. jadi, dengan pengambilan lapan gelas air sehari boleh mengimbangi semula pengaliran sistem dalam tubuh. Jangan lupa, air juga boleh membantu mengurangkan berat badan.
**media[177532]**
Tidur secukupnya
Kurang tidur boleh menyebabkan kulit muka tidak sihat serta wajah kelihatan kusam serta tidak bermaya. Jangan mengetepikan beauty sleep anda kerana ia menyebabkan saluran darah mengembung dan menyebabkan lingkaran gelap bawah mata.
Kulit akan membaiki, menyembuhkan dan mengimbangi semula ketika anda tidur. Pada waktu ini ia bekerja untuk membuang sel kulit lama dan menggantikannya dengan sel kulit baru. Kekurangan waktu tidur akan mengganggu kebanyakan proses yang berlaku untuk kulit.
**media[177535]**
Senaman
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Jika anda mengalami masalah kulit seperti jerawat atau psoriasis, ambil langkah berjaga-jaga sebelum bersenam. Jangan biarkan masalah kulit memperlahankan atau menghalang aktiviti anda. Pakar kulit mengatakan senaman membantu meningkatkan aliran darah dalam badan dan memelihara kesihatan kulit.
Setiap kali anda bersenam, darah membawa oksigen dan nutrien kepada sel termasuk sel kulit dan menjadikannya lebih sihat. Senaman juga membantu untuk menghilangkan serpihan selular dan radikal bebas daripada badan dan membersihkan ia dari dalam.
**media[177534]**
TIP KECANTIKAN DARI RUMAH
Sebagai ratu sehari, kulit yang cerah tanpa cela adalah matlamat utama. Untuk mendapatkan kulit yang cerah, apa kata anda gunakan tip di bawah.
Pek air teh dan madu
Jika anda suka haruman dari teh, tentunya anda juga suka ia menjadi bahan untuk kecantikan anda. Gunakan air teh untuk mandian dan rendamkan tubuh di dalamnya. Anda juga boleh mengisi botol semburan dengan air the dan semburkan pada wajah untuk menyegarkan kulit.
Gunakan teh biasa, teh hijau atau teh herba seperti chamomile, lavender dan pudina. Sama seperti anda menikmatinya untuk menenangkan tekanan, ia juga membantu memberi kesegaran dan kenyamanan pada kulit. Antioksidan dalam teh membantu menyingkirkan radikal bebas dan toksin dari kulit manakala madu pula membantu melindungi kulit dari bakteria dan mengekalkan kelembapan.
Apa yang anda perlukan?
1 cawan air teh (suam)
2 sudu besar tepung beras
½ sudu besar madu
Tepung beras bertindak sebagai skrub terbaik dan madu pula melembapkan kulit.
Kaedah:
Campurkan kesemua bahan dan sapu pada kulit. Biarkan seketika sehingga topeng atau mask menjadi kering selama 20 minit. Sebelum dicuci, pastikan anda urut seperti gerakan bulat untuk menanggalkan sel kulit mati serta menjadikannya lembut dan halus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, sempena kedatangan 8.8 ini, ayuh belanja sakan dengan diskaun sehingga 70% di 8.8 Festival Shopee Live, berbaloi-baloi dan menjimatkan!
Kalau selalu beli baju, barangan rumah, produk skincare atau keperluan anak-anak yang baharu di platform online, ini masanya untuk rebut tawaran harga terendah sambil claim penghantaran percuma.
Shopee melancarkan 8.8 Festival Shopee Live bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2024. Nak tahu lagi apa yang Nona suka?
Jika anda berubah fikiran dengan produk yang dibeli, Shopee ada menawarkan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma. Maksudnya, anda boleh mengembalikan item dengan mudah tanpa soal* termasuk disebabkan ‘Ubah Fikiran’.
Shopee juga menawarkan baucar RM5 kalau pesanan anda tiba lewat melalui program Jaminan Tepat Waktu Shopee. Hah, barulah senang hati nak belanja sakan tanpa risau barang lambat sampai dengan servis perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai.
Banyak sebab untuk belanja sakan di 8.8 Festival Shopee Live, antaranya:
Kos penghantaran adalah percuma untuk semua pembelian setiap hari. Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ogos, anda boleh menikmati pembelian produk Fesyen & Kecantikan dengan baucar Penghantaran Percuma yang diperbaharui setiap hari pada jam 12 tengah hari. Tanpa berbelanja minimum, hanya tebus baucar dan membeli-belah sepuas hati!
Nikmati diskaun sehingga 70% untuk pembelian melalui Shopee Live. Jimat besar sambil nikmati strim langsung yang menghiburkan. Malah pada 8 Ogos ini, anda boleh menikmati lebih banyak baucar yang ditawarkan ya!
Ini masanya untuk beli barangan idaman dengan tawaran ansuran menerusi SPayLater. Setiap pembelian menggunakan kemudahan SPayLater tidak dikenakan caj sehingga tiga bulan.
Beli sekarang dan bayar kemudian. Pengguna baharu boleh mendapatkan diskaun RM20 tanpa perbelanjaan minimum, sementara pengguna sedia ada boleh menikmati diskaun RM20 dengan perbelanjaan minimum RM130. Baucar SPayLater khas ini hanya tersedia pada 8.8, jadi anda boleh membeli lebih tanpa risau!
Diskaun Terbesar
Nikmati diskaun besar sehingga 80% untuk barangan kegemaran anda dari 26 Julai hingga 11 Ogos. Mulakan dengan 8.8 Kick-Off Deals dan dapatkan penjimatan tambahan dengan Baucar Sepanjang Hari dari 26 Julai hingga 7 Ogos.
Dari 1-8 Ogos, nikmati tawaran hebat di Shopee Live dengan harga terendah dan barangan edisi terhad bermula pada pukul 8 malam pada 7 Ogos. Dapatkan Tawaran Knockout dengan diskaun terbesar pada harga RM8 dan RM88 sahaja. Maksimumkan penjimatan anda dengan menggunakan Baucar 8.8 dan menggabungkannya dengan baucar penghantaran percuma.
Dari 9-11 Ogos pula, tandakan kalendar anda untuk After-Party 8.8 dan nikmati diskaun lanjutan.
Lebih Seronok dengan Shopee Video
Nikmati video pendek yang menarik daripada pencipta kandungan di Shopee Video. Tonton video, tebus Shopee Coins, dan nikmati baucar diskaun 80% tanpa perbelanjaan minimum untuk pembelian melalui Shopee Video.
Usah lepaskan peluang untuk sertai Daily Shopeelympics dan rebut pelbagai tawaran serta nikmat hiburan tanpa henti. Cabar kemahiran anda dengan aktiviti Shopee Live MEOW-Lympics, strim langsung tiga hari untuk pencinta kucing dan peminat sukan, Shopee Shake yang menawarkan sehingga 888,888 Shopee Coins serta Shopeelympics Trivia untuk menguji pengetahuan sukan anda setiap malam jam 8PM!
Shopeehttps://shopee.com.my/m/8-8
Sememangnya 8.8. Festival Shopee Live menawarkan tawaran yang tiada tandingan, penghantaran percuma untuk semua pesanan, dan ciri menarik seperti SPayLater tanpa caj sehingga 3 bulan.
So tunggu apa lagi? Sertai keseronokan dengan 8.8 Shopee Live BATTLE, Daily Shopeelympics, dan banyak lagi. Beli dengan yakin dan nikmati penjimatan hebat dari sekarang hingga 11 Ogos di Shopee Live!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.