Serba klasik, laksana berbuka puasa di istana, ayuh nikmati hidangan warisan diraja di JPteres Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Menjelang Ramadan tahun ini, para tetamu berpeluang menikmati kesenian tradisi kulinari diraja Malaysia dengan Sajian Istana di JPteres, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Nikmati pelbagai pilihan hidangan diraja yang disusun rapi oleh barisan chef yang berbakat melalui masakan istana yang mewah dan menyelerakan.
Dengan latar dekorasi yang elegan dan berinspirasikan istana diraja, pengalaman berbuka puasa ini akan disertai oleh alunan muzik Gamelan yang mempesonakan serta aktiviti cabutan bertuah pada setiap hari.
SAJIAN ISTANA
Menariknya, tema bufet Ramadan pada tahun ini diilhamkan daripada masakan warisan diraja Malaysia iaitu khazanah kulinari yang berharga seperti hidangan traditional, kaedah dan cara masakan yang diwarisi turun-temurun.
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Masakan istana yang tersohor ini mencerminkan pengaruh budaya, sejarah dari negeri-negeri di Malaysia yang sering menampilkan resepi yang unik, di mana ia menggunakan bahan-bahan yang jarang ditemui, serta rasa enak yang dahulunya hanya dapat dinikmati oleh golongan diraja dan bangsawan.
Melangkah masuk ke JPteres, para tetamu akan disambut oleh dua hulubalang yang lengkap berpakaian tradisional Melayu klasik, menciptakan suasana dan pengalaman seperti menjejakkan kaki ke dalam istana.
Ads
Memang best dan sedap-sedap juadahnya, jom tengok sendiri pengalaman Nona bertamu ke sana baru-baru ini…
Dekorasi di sekitar JPteres, sama ada di bahagian dalam ataupun luar, memancarkan suasana yang mewah. Para tetamu boleh menikmati juadah berbuka puasa yang memikat rasa seperti Urap Kangkung Pucuk Paku, Urap Pegaga Ikan Rebus, Popiah Basah, Rojak dan pelbagai jenis acar.
Bufet Ramadan diteruskan dengan hidangan dari bahagian Charcoal Grilled, termasuk Kepak Ayam Bakar, Sate, Otak Otak, Sata Ikan, Udang Bakar Percik, Ketam, Kerang Bakar dan banyak lagi.
Bahagian Specialty JPteres dan Hidangan Lokal pula menyajikan hidangan ikonik yang wajib ada pada bulan Ramadan seperti Bubur Lambuk, Kambing Bakar, Gearbox Soup, Murtabak Kambing, Ambur Mutton Briyani, Lemang dan Rendang.
Bagi melengkapkan pengalaman berbuka puasa, pelbagai hidangan pencuci mulut moden dan klasik turut disediakan bagi memberikan pengalaman gastonomi yang benar-benar tidak dapat dilupakan.
Chef de Cuisine JPteres, Chef Ayub Hassan berkata, “Pada bulan Ramadan ini kami membawakan hidangan klasik yang diilhamkan oleh tradisi kulinari warisan diraja Malaysia, yang kaya dengan rasa unik. Para tetamu berpeluang menikmati hidangan Istimewa seperti Pesamah Daging, Opor Ayam Kacang, Ketupat Sotong dan banyak lagi.”
Antara juadah istimewa dalam Sajian Istana ialah Pesamah Daging yang empuk dan aromatik, sesuai dinikmati bersama nasi minyak atau roti, serta Ketupat Sotong, juadah istimewa dari Pantai Timur dimana sotong yang disumbat dengan pulut dan dimasak dalam kuah santan yang pekat.
Para tetamu juga boleh menikmati Opor Ayam Kacang, hidangan tradisi diraja yang diilhamkan oleh Tengku Ampuan Pahang, serta Udang Galah Sambal Lado, hidangan udang galah dalam sambal pedas gaya Minang. Menu buffet Ramadan ini turut menyajikan Botok-Botok, hidangan yang popular dari negeri Johor yang, serta Nasi Ayam Claypot.
Pada bulan Ramadan ini, Grand Hyatt Kuala Lumpur menjemput anda untuk berbuka puasa sambil menikmati juadah tradisi kulinari diraja bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila emel ke restaurant.kuagh@hyatt.com atau hubungi JPteres di 012-6219869 / 03-22039188.
Tarikh: 3–30 Mac2025
Tempat: JPteres, Ground Floor – Grand Hyatt Kuala Lumpur
Masa: 6:30 PM–10:30 PM
Harga Istimewa (3-7 & 28-30 Mac)
Dewasa: MYR 198 nett | Kanak-kanak: MYR 124 nett *First-come, first served seating (indoor dan outdoor)
Harga Biasa (8.27 Mac 2025)
– Indoor Seating: Dewasa – MYR 248 nett | Kanak-kanak – MYR 124 nett
– Outdoor Seating: Dewasa – MYR 228 nett | Kanak-kanak – MYR 124 nett* *Kanak-kanak berusia 7-12 tahun
Group Booking
– Indoor Seating: MYR 228 nett per adult
– Outdoor Seating: MYR 208 nett per adult * Tempahan minimum 10 dewasa
Ruang Private Diraja
– JP1: Pembelian minimum MYR 2,500 untuk 10 tetamu
– JP2: Pembelian minimum MYR 2,000 untuk 8 tetamu
Setelah sekian lama tak pulang beraya, akhirnya tahun ini dapat juga balik kampung dan sambut Aidilfitri bersama-sama. Ramai dah terbayang suasana pagi Syawal yang meriah… Oh, kali ni kalau berkumpul tentu nak tengok muka siapa yang berubah! Makin nampak muda atau sebaliknya?
Wanita mana tak bangga bila dipuji makin cantik dan awet muda. Tapi untuk mengekalkan kulit yang sihat, banyak perkara yang mesti diambil berat. Antaranya soal diet dan produk penjagaan wajah yang bagus.
Sebenarnya satu lagi penyebab kulit kusam pada zaman moden ini adalah pancaran blue light daripada skrin gadget yang biasa kita gunakan. Ditambah lagi faktor dehidrasi dan sinar UV, muka lebih cepat kusam dan bercela.
Sebab itu, regim menggunakan Hada Labo Premium Whitening Set sangat membantu menyerlahkan wajah yang lebih berseri. Ia mencegah kekusaman, memudarkan bintik gelap dan parut jerawat dengan sangat berkesan.
Hada Labo Premium Whitening Set
Terdiri daripada tiga produk utama, Hada Labo Premium Whitening Set mengandungi rumusan Triple Brightening iaitu Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C. Gabungan tiga bahan ini berkuasa untuk mencerahkan kulit yang kusam.
Nak guna pun mudah dan paling penting set ni bebas pewangi, pewarna, alkohol dan minyak mineral yang memudaratkan.
Wajah terserlah lebih cerah dan bercahaya dari dalam
CARA-CARA PENGGUNAAN
Langkah 1: Cuci muka dengan Premium Whitening Face Wash
Mengandungi 3 jenis asid hyaluronik untuk lembapan mendalam.
Tidak mengeringkan kulit selepas cucian.
Kulit terasa lebih bersih dan lembut.
Langkah 2: Oleskan Premium Whitening Lotion selepas cucian
Mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat dengan efektif.
Mengecilkan pori-pori, melembap dan mencerahkan kulit.
Membantu daya serapan produk dengan lebih baik ke atas kulit.
Langkah 3: Sapukan Premium Whitening Water Gel
Mempunyai tekstur gel ringan, mudah meresap, tidak melekit namun sangat melembapkan.
Sesuai digunakan sebelum memakai mask.
Menyamaratakan tona kulit dan mencerahkan.
Nah, bayangkan dengan penggunaan yang konsisten sekurang-kurangnya 14 hari, 95% pengguna mengakui bintik gelap dan parut mereka semakin pudar!*
(Berdasarkan kajian terhadap 150 wanita Malaysia pada 23 Nov 2021 – 9 Jan 2022)
BERTINDAK SEKARANG
Maknanya kalau nak balik raya dengan wajah flawless, kenalah mulakan regim dengan Hada Labo Premium Whitening Set ni sekarang. Tak pakai mekap pun tetap berseri-seri, maklumlah kulit dah sihat dari dalam!
Boleh didapati di farmasi utama seperti Watsons (klik sini) serta secara online di Lazada dan Shopee, Hada Labo Premium Whitening Set sangat sesuai digunakan oleh wanita berusia 18 – 35 tahun.
Layari lebih banyak info tentang produk magis ni di Hada Labo Malaysia (klik sini) atau Facebook MY Hada Labo (klik sini).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khasiatnya yang kaya dengan antioksidan dan flavonoid turut berfungsi sebagai antikanser, selain diakui baik untuk meneutralkan radikal bebas yang bermaharajalela. Tetapi tahukah anda cara pengambilannya yang disyorkan?
Sejak zaman dahulu lagi buah-buahan sitrus sering digunakan untuk tujuan perubatan, khasnya dalam mengatasi mabuk laut dan merawat penyakit usus. Kandungan antioksidannya yang tinggi turut membuatkan ia sinonim untuk mengekalkan kecantikan wanita dan melambatkan penuaan.
3.
Bahkan kajian ke atas 69,000 orang wanita juga turut mendapati risiko strok dapat dikurangkan sehingga 10% bagi mereka yang mengamalkannya setiap hari.
Jus oren dan limau gedang kerap kali diambil bersama sarapan pagi. Manakala jus lemon dan limau nipis yang kaya dengan asid sitrik pula lazimnya dibancuh ke dalam minuman atau makanan untuk memberikan rasa masam semula jadi. Ia juga boleh diperah ke atas ikan mentah untuk menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan.
4.
5 KHASIAT KESIHATAN
Pengambilan buah-buahan sitrus dan vitamin C tidak dapat mencegah demam, namun dos vitamin C yang tinggi (sekitar 400-500mg) dapat mengurangkan simptom atau mempercepatkan proses penyembuhan.
Buah oren, limau gedang, limau nipis dan lemon amat tinggi dengan kandungan flavonoid seperti ‘hesperidin’. Ia dapat meningkatkan kolesterol HDL yang baik dan merendahkan kolesterol LDL yang jahat serta trigliserida.
Kaya dengan kandungan air dan serat semula jadi, buah-buahan sitrus dapat membantu mengenyangkan perut. Malah kajian oleh Journal of Medicinal Food Study 2006 juga menunjukkan bahawa amalan memakan setengah biji limau gedang segar sebelum makan dapat mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan yang dilakukan.
Buah sitrus dan garam sama-sama berfungsi untuk menambah perisa. Justeru, elakkan menabur garam tetapi perahkan jus sitrus untuk menjadikan hidangan anda lebih sihat dan lazat.
Limonoids merupakan sejenis antioksidan di dalam buah sitrus yang dapat membantu menentang ancaman kanser maut.
5.
INFUSI AIR LEMON
Pernahkah anda berkunjung ke restoran Itali yang menghidangkan air sejuk berlemon kepada pengunjung? Sebenarnya, infusi air lemon ini mengandungi khasiat tersendiri. Idea ini juga sebenarnya telah pun diamalkan dalam ilmu perubatan Ayurveda sejak lima ribu tahun yang lampau. Berikut di antara kebaikan minum air lemon pada waktu pagi.
Air lemon dapat membantu penghadaman. Khasiat air suam yang baik untuk merangsang pergerakan usus (bowel movement) dengan beberapa keping hirisan lemon dapat mengaktifkan serta membersihkan organ hati.
Amalan ini juga dapat mengalkalikan tubuh. Tubuh kita boleh menjadi terlampau berasid jika mengamalkan pemakanan atau gaya hidup yang tidak sihat. Lemon bersifat asid, mampu membantu mengalkalikan tubuh dan darah apabila diambil. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH yang sihat.
Sifatnya yang diuretik secara semula jadi dapat membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta penghasilan enzim untuk detoksifikasi.
Paling baik, kandungan vitamin C pada lemon dapat mengekalkan kesihatan kulit serta bertindak sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Ia juga dapat menghasilkan kolagen untuk keanjalan kulit.
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisien. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar untuk pengurusan berat badan.
2.
Cara membuat: Tuangkan air suam pada suhu bilik ke dalam gelas. Basuh sebiji lemon dan potong separuh. Buangkan bijinya dan perahkan jus daripada sebelah lemon tadi ke dalam gelas. Kacau dan minum. Anda juga memasukkan beberapa hirisan timun ke dalam gelas tadi untuk membantu proses penyingkiran toksin dalam badan.
6.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita dicipta dengan perasaan sukakan kecantikan. Lebih-lebih lagi kecantikan muka. Bayangkan kulit wajah halus, lembut dan berseri-seri… tentu rasa lebih yakin bukan? Lebih istimewa kalau dapat jumpa selebriti kesayangan yang terkenal dengan kecantikannya, tentu banyak rahsia cantik yang boleh dikongsi secara eksklusif.
Kini anda boleh rebut pengalaman sekali seumur hidup ini dengan produk penjagaan wajah terkenal dari Jepun, Hada Labo. Sertai contest mudah dan anda mungkin salah seorang daripada 30 pemenang yang bakal menikmati makan malam Omakase di Nobu, KL secara eksklusif dengan personaliti pilihan masing-masing pada tarikh 28 Julai 2022 (jam 6.30 petang – 10.00 malam).
CARA PENYERTAAN
1. Beli produk Hada Labo H.A Supreme Booster Serum.
2. Muat naik video atau foto anda bersama produk di Instagram Story dan tag @hadalabomalaysia serta hashtag #HLBoostYourSkin. Pastikan akaun dalam tetapan Public.
3. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dalam tempoh peraduan tapi hanya boleh memenangi satu (1) hadiah termasuk membawa hanya seorang teman untuk sesi makan malam dengan personaliti yang dipilih.
4. Pemenang boleh memilih untuk makan malam bersama seorang personaliti kesukaan daripada senarai yang diberikan oleh penganjur.
5. Bukti pembelian mesti disimpan dan dikemukakan jika peserta terpilih sebagai pemenang.
Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari Instagram (klik sini) atau Facebook Hada Labo (klik sini). Semak terma dan syarat peraduan dengan melayari link ini.***
PERSEDIAAN AWAL
Belum terlambat untuk kembali merawat dan mencantikkan semula kulit wajah anda dari sekarang. Ayuh bersedia dari awal agar penampilan anda sempena makan malam dengan selebriti kesayangan ini tambah bermakna!
Apabila kulit kering dan kusam, masalah yang akan muncul adalah kedutan, garis halus dan pori-pori besar. Jadi penawarnya tentulah penghidratan sempurna dengan formula asid hyaluronik. Pilihan Nona adalah set Hada Labo Hydrating.
Wanita dalam lingkungan 18-35 tahun biasanya masih dalam fasa dihambat kesibukan. Kehidupan sebenar baru bermula, rutin harian terikat dengan kerjaya dan tugas sebagai isteri dan ibu muda. Penting sekali amalkan rutin penjagaan wajah secara konsisten dalam usia ini.
Jika nampak tanda-tanda kulit kering dan kekusaman, harus segera dirawat supaya tidak melarat. Ayuh ucapkan selamat tinggal kulit kusam dengan rangkaian Hada Labo Hydrating!
Langkah 1: Gunakan Hydrating Lotion selepas mencuci muka untuk mempercepatkan penyerapan produk seterusnya. Dengan 4 jenis asid hyaluronik, ceramide dan asid amino, kulit dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan memperkuat lapisan perlindungan kulit bagi kelembapan berpanjangan.
Langkah 2:Tingkatkan hidrasi mendalam dengan H.A Supreme Cera Booster. Teksturnya yang ringan senang untuk diserap kulit. Juga mengandungi 4 jenis asid hyaluronik untuk memberi kelembapan 24 jam dan merawat lapisan perlindungan kulit.
Langkah 3: Kuncikan segala kelembapan dengan menggunakan Hada Labo Hydrating Light Cream. Tekstur ringan memudahkan penyerapan ke seluruh muka. Ia mengandungi kebaikan asid hyaluronik, ekstrak sakura dan minyak botanikal untuk kulit lembut berseri.
Rahsia set Hada Labo Hydrating terletak pada ramuan utamanya iaitu asid hyaluronik. Kebaikan asid hyaluronik ialah meningkatkan kelembapan dan menjadikan wajah terhidrat. Memang bagus terutama sekali untuk anda yang bekerja di bawah penghawa dingin.
Miliki kulit lembap, sihat berseri dengan rangkaian penjagaan kulit Hada Labo yang oleh didapati di farmasi terkemuka juga secara online di Shopee dan Lazada.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu persatu kejayaan program Permata Negara menampakkan hasil, terkini Datin Seri Rosmah Mansor terharu apabila gadis genius Matematik ini masuk universiti No. 1 dunia!