Meskipun tidak lagi bergelar Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun Nurul Izzah Anwar tetap menghulurkan bantuan untuk penduduk kawasan tersebut yang meminta pertolongan daripadanya.
Menerusi perkongsiannya di Facebooknya, 15 penduduk di Flat Tuna Seberang Jaya mengalami kesukaran melakukan kerja harian setelah motorsikal mereka hangus dalam kebakaran baru-baru ini. Justeru, anak kepada Perdana Menteri ke 10 ini prihatin untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Beberapa hari lepas, saya menerima mesej daripada seorang penduduk Seberang Jaya meminta bantuan. Katanya, 15 penduduk di Flat Tuna Seberang Jaya jatuh terduduk apabila motosikal yang mereka miliki hangus dalam suatu kebakaran. Katanya lagi, itu sajalah mod pengangkutan yang ada untuk pergi kerja, menghantar anak ke sekolah, membawa ahli keluarga sakit ke hospital, dan macam-macam lagi. 😔
Penduduk yang terjejas ni semuanya dari keluarga berpendapatan rendah, justeru sukar dan tidak mampu membeli ‘kuda’ baru.
“Ya, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun ramai penduduk yang datang memohon bantuan daripada saya. Mereka juga ada bertemu wakil rakyat kawasan, tetapi mereka datang kepada saya dengan permohonan ini kerana masih menantikan penyelesaian,” ujar Nurul Izzah dalam posting di media sosial miliknya.
Nurul Izzah telah bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, YB Lee Khai Loon dan menerima sumbangan ikhlas dari individu-individu yang prihatin dengan permasalahan rakyat. Mereka berjaya mengumpul wang sebanyak RM30,000 untuk membantu meringakan beban rakyat yang terdiri dari golongan B40 itu.
“Alhamdulillah,berkat sumbangan pihak yang prihatin, kami mampu meraih wang sebanyak RM30,000 untuk membantu meringankan beban mereka. Urusan membeli motor Modenas Kriss MR3 yang berharga RM4,000 setiap satu juga dipermudahkan apabila tuan kedai memberikan diskaun.
Ads
Selain proses pembelian motorsikal, Nurul Izzah dan YB Lee Khai Loon dan barisan sukarelawan, turut membantu menguruskan proses lesen, cukai jalan dan insuran kenderaan tersebut. Malah setiap motorsikal diisi dengan petrol tangki penuh untuk melancarkan perjalanan sebaik menerima pemberian tersebut.
Tampil dengan gaya baju kurung bersama sepasang sneakers, Nurul Izzah tidak kekok menyantuni pihak yang memerlukan bantuan meskipun dirinya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Ads
“Saya sedar, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, tapi Permatang Pauh sentiasa di hati saya, selama-lamanya,” ujar Nurul Izzah yang sebati dengan kerja-kerja kebajikan demi membantu rakyat yang sedang dalam kesempitan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Semoga pertolongan kecil sukarelawan ini mampu memberi manfaat dan kehidupan yang lebih baik buat para penerima bantuan!
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak yang dilahirkan. Doa dan didikannya sentiasa mengalir, seperti yang terlihat dalam foto kandid Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan puteri bongsunya, Izzana Salleh baru-baru ini.
“When your mom comes in to check on your work,” tulis Izzana Salleh atau Wan Izzana Fatimah Zabedah usai berakhirnya forum digital RISE 2021 yang dianjurkan bersama YB Senator Jaziri Alkaf pada Sabtu lepas.
Tidak menduga Uminya tiba-tiba datang memberi sokongan, Izzana yang merupakan lulusan Universiti Harvard itu jelas kelihatan ceria.
Kedatangan Uminya memberi semangat kepada team Izzana
Izzana dan YB Senator Jaziri Alkaf
Forum digital RISE 2021 berjaya meraih penyertaan hampir 5,000 orang
RISE 2021
Dibesarkan oleh seorang wanita besi, tidak hairanlah mengapa Izzana kini aktif dalam program-program pemerkasaan wanita. Beliau merupakan Presiden badan NGO antarabangsa, Project Girls For Girls serta ahli Lembaga Penasihat Lean In Malaysia.
Terbaharu, Izzana turut menjadi salah seorang penganjur utama forum digital RISE 2021: Future Female Leaders bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia minggu lalu.
Dalam forum maraton 8 jam tanpa henti itu, RISE 2021 berjaya mengumpulkan hampir 5,000 penyertaan terdiri golongan wanita dan anak muda dari merata tempat.
Telekom Malaysia turut menjadi Rakan Telekomunikasi Rasmi untuk RISE 2021
Forum digital RISE 2021 dipancarkan dari Menara TM Kuala Lumpur
Gabungan Girls for Girls International dan MyProdigy Global yang diterajui YB Senator Jaziri Alkaf tersebut berjaya mengumpulkan ramai speakers hebat antaranya Presiden Green Ribbon Group iaitu YAM Tengku Puteri Iman dan Penerima Hadiah Nobel Keamanan iaitu Profesor Dr Muhammad Yunus.
Turut menyertai persidangan ini adalah Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Datuk Nicol Ann David, Dr Amalina Che Bakri, Puan Sri Tiara Jacquelina serta ramai lagi.
SOKONGAN KERAJAAN
Ucapan pembukaan bertajuk ‘Women, The Key To A Brighter Future’ telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhiyiddin Yassin.
Sementara ucapan penutup yang bertajuk ‘Women and GIrls at the Center of Rebuilding Country Economies In A Post COVID-19 Era’ pula telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun.
Forum digital RISE 2021: Future Female Leaders yang berlangsung pada 13 Mac dianjurkan bagi memberi dorongan dan inspirasi kepada golongan pemimpin wanita dan anak muda di seluruh dunia.
Topik-topik persidangan telah dipilih dengan teliti agar dapat memaksimumkan kemahiran kepimpinan serta menjadi penggerak perubahan yang baik.
BEAUTY WITH BRAINS
Izzana Salleh
Kecantikan ‘Anak Mami’ terserlah pada wajah ibu dan anak ini
Foto: Facebook Izzana Salleh
Izzana seorang yang cantik, pintar dan berani
Sebagai satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga, tidak sukar membayangkan Izzana bakal mengikut jejak langkah ibunya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil memimpin negara.
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bukan saja merupakan tokoh politik wanita paling berpengaruh di Malaysia, malah beliau adalah mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga (2004). Beliau juga adalah bekas majistret dan pernah berkhidmat sebagai peguambela & peguamcara di beberapa firma guaman.
Merupakan ibu kepada tiga cahaya mata, Izzana boleh dikatakan ‘Anak Mami’ kesayangan ibu bapanya iaitu Tan Sri Shahrizat Jalil dan Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail. Selain berwajah cantik rupawan, beliau bertuah kerana mewarisi pelbagai nilai-nilai kepimpinan, kebijaksanaan dan sifat mahu menegakkan kebenaran yang ditunjukkan oleh orang tuanya.
Selari dengan tema Hari Wanita 2021 iaitu ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, usaha pelapis muda seperti Izzana Salleh diharapkan akan berterusan, sekaligus meningkatkan integriti kaum wanita Malaysia yang sedikit terjejas akibat pandemik COVID-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari.” Itu komen netizen yang ditujukan kepada usahawan yang juga penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Eriyca Baiduri di aplikasi TikTok hingga tular. Eriyca, 33, atau mesra disapa Madammu berkata, ketika berkahwin pada 2015, suaminya, Azri, 44, hanya lelaki biasa dan bukan kaya raya.
“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.
“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik. Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.
“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan netizen itu,” katanya.
Menurut Eriyca, dia dan suami bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain dapat membina empayar perniagaan jenama Noir Health & Beauty (Noir).
“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Sata faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.
“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya.
Terdahulu, Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.
Hantaran video itu mencecah lebih 1.1 juta tontonan, mendapat lebih 51,000 tanda suka, lebih 1200 komen dan lebih 600 perkongsian semula.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan anak muda ini mengemudi perniagaan memang wajar dijadikan inspirasi. Mana tidaknya, baru berusia 26 tahun tapi sudah memiliki pelbagai cabang bisnes yang bernilai hampir jutaan ringgit. Apatah lagi, pemilik nama Nur Hazreen Mohd Ramzi ini bukanlah dilahirkan dalam kalangan keluarga berada. Bapanya pernah bekerja sebagai pemandu lori sementara ibu pula suri rumah. Namun kebajikan setiap anak khususnya dalam mendapat pendidikan yang sempurna sentiasa menjadi keutamaan.
Mesra disapa sebagai Reen, pengasas Produklega Supplies Sdn Bhd ini meluahkan rasa syukur kerana minat berniaga sejak kecil akhirnya mendatangkan pulangan lumayan. Lebih-lebih lagi, rezeki tersebut dapat dikongsi bersama kaum suri rumah yang lain. Tidak malu mendedahkan kehidupan silam, Reen berkata dia terbuka untuk berkongsi pengalaman demi mencetus semangat dan inspirasi kepada masyarakat.
Ujarnya, “Saya lahir daripada keluarga sederhana. Ayah pemandu lori, pembekal pasir dan ibu pula suri rumah. Kami berasal dari kampung dan pernah menetap di Hulu Kelantan, Jeli dan Pasir Mas. Walau bukan orang senang tapi kedua-dua ibu ayah saya bekalkan kami adik-beradik dengan ilmu. Alhamdulillah, saya berjaya masuk ke sekolah Sains kemudian diterima ke Matrik dan melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Kaunseling minor Psikologi di Universiti Malaya.
Saya mula berniaga secara tidak langsung sejak usia enam tahun. Perniagaan pertama saya waktu tu ialah menjual belon dan pin tudung. Belon yang siap ditiup dan dipasang batangnya dijual pada harga 30 sen. Selain itu, saya juga pernah jual pin tudung. Ceritanya, bila ibu beli berkotak pin tudung tapi saya curi-curi bawa dan jual di sekolah. Masa saya darjah satu, ibu belikan pin tudung khas untuk saya dan dijadikan modal untuk berniaga.”
Sambil tertawa mengenang kembali zaman berniaga waktu kecil, Reen yang juga usahawan Produklega Import & Export, Nasi Kukus Tonggek di Aeon Kota Bahru dan Shah Alam serta pemilik Nuborn Material Enterprise mengakui mahu bergelar usahawan berjaya dan dalam masa sama menjadi suri rumah yang ada pendapatan di samping mempunyai masa mengurus keluarga dan anak-anak.
Di samping bapa tersayangReen bersama keluarga
Namun semua yang diraih Reen hari ini tidak semudah yang disangka. Jelas ibu kepada seorang anak ini, bermacam-macam pergorbanan telah dilalui sepanjang berkecimpung dalam bidang perniagaan. “Saya mula serius berniaga dan mendaftarkan perniagaan pada tahun 2016. Saya berkahwin dalam usia muda iaitu 20 tahun. Tapi perkahwinan saya tak kekal lama hanya bertahan selama tiga tahun.
Oleh kerana kahwin terlalu awal dan status kewangan tak stabil, saya nekad tubuhkan Nuborn Material Enterprise iaitu menjual barangan kosmetik jenama sendiri. Kerana terlalu fokus dengan bisnes, saya banyak habiskan tenaga dan masa sampai mengabaikan yang sepatutnya. Saya bercerai pada tahun 2018. Usia 22 tahun, saya dah beli rumah tapi demi kelangsungan hidup dan komitmen waktu itu saya terpaksa menjual aset untuk bina syarikat Produklega Trading.
Mengambil insiatif dari susahnya untuk dapatkan supplier murah, saya mula mengimport bekas kosmetik dari China dan raw material dari Korea. Dari situ saya bina Produklega Supplies Sdn Bhd khas untuk pengasas yang inginkan produk jenama dari luar negara yang pembuatan dari top factory in the world dan produk berkelas dunia,” ungkap Reen yang pernah import produk pertamanya, paper wax dan hasil jualan dijadikan modal untuk import lesen yang kini berjumlah 38,000 setahun.
Tambahnya lagi, “Di Produklega Supplies kami menawarkan perkhidmatan A to Z, maksudnya dari brainstorming sampai packaging, design dan marketing. Selain itu, klien juga dibenarkan memilih kilang-kilang yang kami sediakan iaitu 8 kilang dari lima negara. China ada empat kilang, Korea, Jepun, Thailand dan Indonesia masing-masing ada satu kilang. Semua kilang ini mencapai standard GMP & ISO dan setiap produk dibekalkan pensijilan FDA dan lab test di Malaysia.
Saya juga dalam proses menyewa hab di USA untuk Produklega Export. Kini, kami dah ada klien dari Nigeria, Ohio, California, New York. Kesemua klien kami mengeluarkan produk jenama sendiri melalui kami tetapi tidak melalui Malaysia. Produk yang dihasilkan di China misalnya akan dihantar terus ke sana melalui platform kami di Amazon, Ebay & Alibaba.”
Langit tidak selalunya cerah, pada awal tahun 2020 Reen terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit. “Ketika itu saya masih baru dalam kontrak S&P (Sales and Purchase). Kami terima tempahan 150 ribu bekas kosmetik bernilai RM278,643.20. Setiap angka itu saya ingat sampai sekarang.
Disebabkan founder tidak menyatakan produk yang dimasukkan ke dalam bekas ialah temperature sensitive, ini menyebabkan bekas tersebut pecah dan kilang enggan bertanggungjawab. Jadi, saya terpaksa tanggung separuh kerugian dan bakinya ditanggung syarikat.”
Di sebalik mengalami kerugian dalam perniagaan, Allah hadirkan sinar bahagia buat Reen apabila dia sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Muhammad Afiq Faisal. Memandangkan tahun 2020 negara dilanda pandemik Covid-19, pendapatan suami turut terjejas. Enggan berputus asa, pasangan suami isteri ini sepakat membuka satu cabang bisnes baharu iaitu Produklega F&B dengan membeli 2 cawangan Nasi Kukus Tonggek.
“Untuk Produklega F&B, ini adalah investment kami paling tinggi setakat ini iaitu hampir setengah juta. Bercerita tentang pendapatan, ada sesetengah bulan boleh mencecah sehingga 50 ke 60 ribu ringgit sebulan. Ada pasang dan surut bergantung kepada situasi ekonomi dan perayaan.
Walau apa pun, yang paling bernilai bagi saya adalah apabila saya dapat luangkan masa bersama suami dan anak tanpa sekatan waktu bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang,” akhirinya yang berhasrat memiliki hab Produklega di China dan Timur Tengah.
Kredit foto: Instagram Reen Ramzi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.