Buat julung kalinya, majalah Nona terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd menganjurkan sebuah program realiti digital pertama pencarian makeup artist iaitu Nona Fabulous MUA 2019 dengan kolaborasi jenama kosmetik FCC (Farmasi Color Cosmetics).  Sesi ujibakat Nona Fabulous MUA 2019 telah berlangsung selama dua hari di Performing Arts Theatre, MSU Shah Alam bermula jam 10.00 pagi – 5.00 petang  ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peserta bagi mencungkil pelapis makeup artist dan mengangkat bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.

IKLAN

Program REALITI DIGITAL PERTAMA Pencarian MAKEUP ARTIST MALAYSIA NONA FABULOUS Kini Bermula!

Sepanjang dua hari sesi ujibakat dijalankan, ia telah berjaya menarik perhatian pelapis make up artist bukan sahaja dari ibukota Kuala Lumpur, malah ada juga peserta yang hadir dari negeri di Pantaii Timur, Selatan, Utara dan Pantai Barat Malaysia.

Program REALITI DIGITAL PERTAMA Pencarian MAKEUP ARTIST MALAYSIA NONA FABULOUS Kini Bermula!

Setiap peserta telah menjalani dua saringan ujibakat di mana peringkat pertama telah diadili oleh Editor majalah NONA, Norzalina Mohd Alias, Ketua Pegawai Eksekutif FCC (Farmasi Color Cosmetics), Amin Fauzi dan jurusolek professional jemputan iaitu Ayang Kamell, Kelrina dan Bee Ramza.  Manakala pada saringan kedua pulak, peserta telah diadili oleh Editor Pengurusan majalah NONA, Kiffy Razak, Pengarah Urusan FCC (Farmasi Color Cosmetics) Puan Ili Zawani Ismail dan jurusolek professional yang disegani iaitu Nurul Shukor, Sheila Mohamad dan Emma Mustafa.

Program REALITI DIGITAL PERTAMA Pencarian MAKEUP ARTIST MALAYSIA NONA FABULOUS Kini Bermula!

Sesi ujibakat selama dua hari juga menyaksikan pelbagai gelagat dan bakat para peserta yang kreatif tatkala berhadapan dengan barisan juri professional yang bukan sahaja mencari pelapis jurusolek yang mampu menampilkan hasil solekan yang kreatif, cantik dan menawan, malah pakej lengkap jurusolek yang bijak dalam komunikasi, berbakat dan sebagainya memandangkan ia merupakan sebuah rancangan realiti yang menampilkan pelbagai elemen kejutan yang mencabar mental serta keupayaan para peserta berhadapan dengan pelbagai situasi.

IKLAN

Program REALITI DIGITAL PERTAMA Pencarian MAKEUP ARTIST MALAYSIA NONA FABULOUS Kini Bermula!

Ia sekaligus menepis stigma bahawa kerjaya sebagai jurusolek hanyalah untuk mencantikkan wajah tetapi mereka sebenarnya adalah duta untuk kerjaya sebagai make up artist agar ia dipandang tinggi di mata setiap lapisan masyarakat.

IKLAN

Program REALITI DIGITAL PERTAMA Pencarian MAKEUP ARTIST MALAYSIA NONA FABULOUS Kini Bermula!

Program realiti digital sebanyak 6 episod ini bakal bersiaran di platform digital YouTube: Majalah Nona dan Facebook: majalahnona, bermula 1 November 2019 jam 8.00 malam.

Program REALITI DIGITAL PERTAMA Pencarian MAKEUP ARTIST MALAYSIA NONA FABULOUS Kini Bermula!

Antara juri-jurinya adalah Nurul Shukor, Sheila Mohamad, Datin Saidatulnisa, Deqsha, Didie Alias dan Nabila Razali. Pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai, hotel penginapan, barangan kemas dan set penjagaan diri yang hebat. Nantikan program realiti digital Nona Fabulous MUA 2019 yang penuh cabaran, drama dan kontroversi ini. Semak hashtag rasmi #fabulousmua dan #fabulousmuanonaxfcc serta follow akaun Instagram rasmi @majalahnona untuk perkembangan terkini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI