
Nama Datin Rita Sosilawati amat sinonim dengan pelbagai aktiviti korporat dan kemasyarakatan. Bukan sahaja berjaya sebagai seorang usahawan, isteri kepada Setiausaha politik Menteri Sumber Manusia, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah ini menempa lagi satu kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai Wanita Ikon Negeri Selangor 2022 baru-baru ini. Rezeki datang sebaik pulang dari mengerjakan ibadat haji baru-baru ini.


Terpilih sebagai Wanita Ikon Negeri Selangor 2022, tokoh korporat ini terus menyumbang bakti dalam kerja-kerja khidmat masyarakat dengan memulakan langkah mempromosi kesihatan psiko-sosial melalui program yang diberi nama “Are You Okay”. Penubuhan sebuah pusat yang diberi nama “Are You Okay” akan berfungsi sebagai initial step dalam menangani isu-isu berkaitan psiko-sosial dan kesihatan mental. Pusat ini akan dikendalikan oleh sukarelawan dalam kalangan pelajar yang terpilih dan terlatih, dengan dikawal selia oleh Pegawai Psikologi berpengalaman dari UiTM sendiri.

Ditemui di majlis menandatangani surat hasrat di antara Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor 2022, menurut Datin Hajah Rita Sosilawati, objektif utama penubuhan Are You Okay Centre adalah sebagai medium interaktif sesama warga UiTM yang terdiri daripada golongan pelajar dan kakitangan dalam berkongsi masalah yang menyumbang kepada tekanan dan masalah mental.
“Selain itu, pusat ini bertindak dalam membantu mencadangkan saluran yang betul kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan. Ramai orang yang mempunyai masalah, tidak tahu ke manakah saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah mereka.

Selain itu, pusat ini juga berfungsi sebagai tempat bagi aktiviti-aktiviti sihat minda di kalangan warga UiTM dan komuniti setempat.
Ditanya mengapa UiTM terpilih sebagai pusat, menurut Datin Hajah Rita, ia merupakan satu peluang keemasan untuk berbakti di Alma-Mater di mana Datin Rita merupakan alumni UiTM pada tahun 2008. Beliau merupakan graduan Diploma dan Sarjana Muda dalam bidang Seni Reka Tekstil di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Datin Hajah Rita Sosilawati merupakan seorang graduan yang cemerlang serta aktif dalam bidang akademik dan ko-kurikulum sewaktu bergelar mahasiswa di UiTM dan pernah merangkul beberapa anugerah antaranya Anugerah Pelajar Terbaik Program 2006, Anugerah Pelajar terbaik Final Year 2006, Anugerah Graduan Terbaik Kepimpinan 2006 dan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 2006.
Berbekalkan asas seni yang kukuh sememangnya menjadi batu loncatan untuk beliau menceburi bidang industri fesyen kreatif. Bersandarkan minat dan ilmu yang ada dari zaman universiti lahirlah jenama VICTORIA SLOANE .
Kini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Kreatif jenama VICTORIA SLOANE sejak 2016. Victoria Sloane merupakan jenama aksesori Malaysia yang memfokuskan produk pada tas tangan wanita. Jenama ini hanya menjalankan perniagaan secara dalam talian dan seterusnya menjadi antara “top 5” jualan yang tertinggi dalam bidang fasyen di dalam platform Shopee Malaysia.
“Saya melihat peluang dan ruang ini sebagai salah satu cara membalas budi buat UiTM yang telah menjadi tempat saya menimba ilmu. Sementelah pula, baru-baru ini saya telah terpilih sebagai Wanita Ikon Selangor 2022, saya merasakan pengiktirafan ini sebagai satu pencapaian tertinggi dalam perjalanan hidup saya selama ini.
Saya menerima ini sebagai satu tanggungjawab sosial yang akan mengubah kehidupan saya dan wanita lain di masa akan datang,” ujar Datin Hajah Rita yang ingin menjadi inspirasi dan memberi aspirasi kepada kaum wanita di luar sana untuk tidak takut bermula di usia yang muda.
Seorang yang ceria namun tegas dan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan, wanita yang tidak pernah lekang dengan senyuman ini menyahut cabaran untuk menggunakan platform Wanita Ikon Selangor 2022 sebagai langkah terbaik untuk mendekati permasalahan wanita di Selangor khususnya.

Dari segi penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan, baru-baru ini Datin Hajah Rita turut terlibat dalam forum Literasi Undang-Undang Syariah: Menganiaya Isteri Menzalimi Suami? Are You Okay? di mana ia menampilkan panel-panel hebat antaranya termasuklah Presiden Peguam Syarie Malaysia, Tuan Musa Awang, Dato Mohd Zaidi Bin Mohd Zain, Dato Hjh. Hazizah Bt Kassim serta Pensyarah & Personaliti Dakwah, Dato’ Dr Norhafizah Musa.
Intipati forum ini membincangkan mengenai isu dan masalah rumahtangga serta turut membincangkan mengenai peruntukan undang-undang syariah bagi membantu mereka dalam menyelesaikan masalah.

Wanita IKON Selangor 2022 ini mengambil pendekatan untuk bekerjasama dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) untuk Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) sebagai salah satu dari program CSR Are You Okay? di mana ia bermatlamat untuk memastikan umat Islam di negara ini terutamanya golongan B40 diberi akses kepada keadilan khususnya di Mahkamah Syariah.
Untuk rekod, Datin Hajah Rita Sosilawati sedang melalui proses pemilihan untuk dinobatkan sebagai Wanita Ikon Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh KELAB WANITA IKON MALAYSIA (KWIM) ditubuhkan pada 2hb September 2015. Ia adalah sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization) yang ditubuhkan oleh pemenang-pemenang serta finalis-finalis Anugerah Wanita Ikon Malaysia, bertujuan untuk pembangunan dan pemerkasaan wanita di seluruh Malaysia tidak kira agama, kaum, adat atau budaya, generasi atau latar belakang mereka
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!










Bagi para wanita yang bergelar suri rumah sepenuh masa, boleh jadikan kisah Mona Meija ini sebagai inspirasi.
Bergelar suri rumahtangga sepenuh masa memberi kelebihan kepada Mona Mejia untuk melakukan bisnes kecil-kecilannya itu sambil menjaga tiga cahaya mata. Niat asal hanya untuk membantu suami mencari ‘duit poket’ lebih. Apatah lagi, dia seorang yang tak boleh duduk diam, ada saja yang dilakukan demi menjana ekonomi keluarga.
Lebih membanggakan, ketika memulakan bisnes itu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang modal (dollar). Sebaliknya, kerajinan Mona Mejia mempromosikan pakaian terpakai yang ada di dalam almarinya telah membuahkan hasil yang luar biasa.
Dua tahun berikutnya dia sekali lagi diuji apabila suaminya tidak dapat bekerja selepas menjalani pembedahan jantung. Hilang punca pendapatan keluarga utama. Namun, Mona Mejia seorang isteri yang setia. Dia tidak meratap sebaliknya bekerja lebih keras dengan meningkatkan jualan dan mempelbagaikan item di platform lain. Jualan akhirnya mencecah ribuan ringgit dalam masa seminggu.
Melihat kesungguhan isteri, sang suami turut membantu dan menjadi tulang belakang utama. Hasil keuntungan yang luar bias aitu, mereka kini mampu memiliki rumah sendiri serta menanggung pengajian kolej anak-anak.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat semua wanita, tidak kiralah yang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa atau bekerja. Apa yang penting minat dan usaha untuk sama-sama membantu menjana ekonomi keluarga. Percayalah, rezeki tak salah alamat.
Dr Kathreena Kadir atau mesra digelar sebagai Dr Kath salah seorang petugas kesihatan yang komited dan dalam masa sama perlu berhadapan risiko jangkitan COVID-19.
Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah Dr Kath merupakan ibu kepada dua anak berusia antara 8 dan 3 tahun. Dr Kath merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sains Klinikal Mulut & Maksilofasial, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.
Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), beliau merupakan pakar perunding bagi pesakit yang mengalami kanser mulut. Menariknya, Dr Kath adalah anak jati Sabah pertama memiliki kepakaran dalam bidang diceburinya.
Pesakit yang berkemungkinan positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala masih boleh menjangkiti orang lain. Maka, kami lebih extra cautious. Setiap pesakit disaring terlebih dulu iaitu dicatatkan suhu badan dan sejarah perjalanan.
Hentikan sikap tidak endah atau ‘Tidak apa, sebab bukan aku yang kena.’ Hargai usaha kerajaan dan patuh setiap arahan. Laksanakan tanggungjawab bersama di saat getir ini.
Dr Kath memulakan kerjaya pada tahun 2005 setelah tamat Ijazah dasar Bachelor of Dental Surgery (BDS), Fakulti Pergigian, UM. Kemudian berkhidmat di Sabah selama empat tahun sebelum kembali ke UM bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Klinikal Pergigian (Master of Clinical Dentistry) dengan kepakaran dalam Pembedahan Mulut & Maksilofasial (Oral & Maxillofacial Surgery).
Setalah tamat pengajian beliau diserap masuk ke Fakulti Pergigian UM sebagai ahli akademik (pensyarah pargigian) dari tahun 2013 sehingga kini.