Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Memiliki rupa paras yang indah serta sepasang mata yang bulat dan cantik membuatkan pelakon, Puteri Sarah Liyana sering disoal samada matanya asli ataupun tidak.
Menjawab pertanyaan yang selalu diberikan kepadanya, pelakon yang dilahirkan di England ini telah berkongsikan gambarnya sewaktu zaman kecil bagi menangkis persepsi bahawa dia menggunakan kanta lekap selama ini. Untung betul miliki mata yang besar dan lawa sebegitu!
Comelnya Sarah!
Ads
Sejurus selepas berkongsi foto zaman sekolah, ramai pengikut laman sosialnya yang memuji kecomelan wajahnya yang dimiliki sejak kecil lagi. Memang saling tak tumpah seperti wajah anak perempuannya, Sumayyah.
Berikut merupakan tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh para peminat dan follower, Puteri Sarah yang berjaya menarik perhatian NONA!
Ads
Sebagai info, Puteri Sarah Liyana telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan juga Sumayyah.
Ads
Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akhirnya memutuskan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 18 April 2023.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Kecantikan seorang wanita tak hanya terhenti pada tahap umur tertentu. Keseluruhan hidupnya menjadi perhatian suami, keluarga dan teman. Jadi, biarpun usia meningkat, anda perlu tampil cantik ok!
Regimen penjagaan kulit dan tona solekan semakin berubah mengikut usia. Bukan bermakna pabila usia cecah 40’an, anda perlu tampil hanya dengan wajah polos dan kulit bibir kering dan pucat! Cara solekan akan berubah anda menjadi semakin tua atau semakin muda. Jom perhatikan satu per satu:
Primer Jadikan primer sebagai teman baik anda. Primer wajah yang baik akan memenuhi ruang kedut pada wajah, menutup garis halus, menjadikan liang roma semakin kecil dan memperbetulkan kompleksi wajah.
Gincu bibir Gincu bibir boleh menentukan usia anda. Pilih gincu yang mempunyai tona warna satu atau dua tahap lebih gelap dari warna bibir. Elakkan gincu matte kerana ia menutup garisan bibir.
Apa kata cuba gincu bibir berkrim atau pengilat bibir. Pengilat bibir bukan sahaja memberi ilusi lebih muda tetapi menjadikan bibir lebih mungil.
Pemerah pipi Teruskan menggunakan pemerah pipi berkrim. Kulit tua biasanya kulit kering jadi pemerah pipi berkrim tidak mampu menyelesaikan masalah garisan halus dan kedut pada wajah . Produk berkrim cenderung ‘memejalkan’ kulit anda.
Penggaris mata Penggaris mata membantu menonjolkan mata. Menggaris mata boleh menjadikan ia lebih galak. Melukis penggaris mata pada bahagian atas mata membuatkan bulu mata anda lebih cantik manakala garisan bawah mata member efek lebih kemas.
Tip untuk anda: Gunakan penggaris mata berona lebih gelap pada bahagian atas mata manakala penggaris mata lebih cerah pada bahagian bawah.
Selain itu, perhatikan juga:
Teliti perubahan kulit Tentukan sama ada kulit anda memerlukan kelembapan atau tak. Pilih palet solekan yang sesuai dengan kulit.
Pilih bedak asas yang berbeza. Tak mungkin kulit anda hanya sesuai dengan satu tona warna sejak tiga dekad lalu kan?
Cuba solekan yang lebih sofistikated dan sesuai dengan kulit serta personaliti anda. Pastikan anda jangan over confident pula dengan solekan garang atau berwarna-warni pada usia 40’an ni.
Kontur Tip kontur ini akan menjadikan anda jauh lebih muda dari usia. Hanya dengan menggunakan bedak kompak dua atau tiga tahap lebih gelap dari kulit wajah, sapukan ia secara ringan pada bahagian garis rahang, garis anak rambut dan dahi.
Cara ini akan membentuk kedalaman palsu atau falsedepth pada wajah, dan paling penting ia memberi penegasan pada kawasan wajah yang lebih cerah. TIDAK PERLU melakukan pembedahan, hanya perlu bijak menggunakan gaya solekan.
Pencuci wajah anti penuaan Terimalah hakikat bahawa usia kita semakin meningkat. Tetapi, dengan cara penjagaan yang betul, anda boleh mengurangkan penglihatan wajah dalam soal usia. Guna pencuci wajah anti penuaan kaya nutrien kerana regim anti penuaan bermula dengan pemilihan pencuci yang betul, sama ada semakin mengeringkan atau melembap kulit.
Serum Jangan abaikan penggunaan serum pada wajah. Inilah superfood yang kulit mahukan kerana ia menjadi suplemen tambahan agar garisan halus tidak nampak ketara serta kelembapan terpelihara. Antara serum yang sering menjadi pilihan adalah First Care Activating Serum dari Sulwhasoo.
Anda tidak perlu bimbang lagi kerana bantuan kecemasan hanya di hujung jari. Ia membentuk kulit menjadi tegang, booster anti penuaan, meningkatkan pelindungan kulit dan meningkatkan Skin Youth Index. Boleh beli secara online di SINI
Pewarna rambut Kurangkan uban rambut dengan mencari belahan yang sesuai pada wajah. Warnakan rambut untuk menutupi uban. Gunakan warna-warna yang natural dan tidak terlalu menonjol.
Biarkan kening menebal Warnakannya untuk menutup rambut putih yang ada. JANGAN cabut bulu kening kerana anda akan memusnahkan folikel yang mana boleh menyebabkan terdapat jarak di antara bulu kening, di mana ada bulu kening yang tidak tumbuh.
Gunakan krim malam yang kaya dengan nutrien Pada usia 40’an, fiber kolagen mengental, memberi kesan kedut pada wajah. Kuncinya..gunakan rose oil, minyak jojoba dan AHA semula jadi untuk mengurangkan sel kulit mati yang menyebabkan wajah kusam dan kelabu. Buang mindset “hanya pembedahan plastik boleh memberikan kecantikan yang saya inginkan!” Minum air suam dan teh hijau Ia membolehkan peredaran darah yang baik dan kulit lembut. Masukkan facial menggunakan bahan semula jadi ke dalam regim kecantikan anda kerana sesekali kulit wajah perlu dibelai dan diberi nutrisi yang lebih teliti.
Bersihkan hati Ini akan membuatkan penglihatan anda lebih jelas dan meningkatkan metabolism ELAKKAN produk tenusu, gandum atau gula selama lima hari. Gantikannya dengan menikmati sayur-sayuran hijau. Ia adalah cara mudah untuk membersihkan hati anda.
Krediti foto: Instagram Datin Seri Maria Farida, Fauziah Latif dan Amy Mastura
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puteri diraja yang menjadi kebanggaan rakyat Thailand ini begitu menghargai jasa dan perjuangan para barisan hadapan. Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya telah melancarkan “The White Gown Warriors Fighting Against COVID-19 Campaign”.
Kempen ini dilancarkan oleh puteri raja ini bagi menghargai jasa dan perjuangan frontliners yang telah bertungkus-lumus berusaha memutuskan pandemik COVID-19 ini. Puteri Sirivannavari berusaha mengumpul dana untuk membeli polisi insurans hayat kepada para doktor dan jururawat.
Selain itu, satu-satunya puteri Diraja yang sedang memerintah negara Thailand ini telah menyalurkan sumbangan topeng muka yang diperbuat daripada fabrik cotton-linen dan pensanitasi tangan di bawah label SIRIVANNAVARI Bangkok. Dalam pada itu, puteri jelita ini juga telah menyumbang Sodium Hypochlorite untuk kegunaan seluruh hospital di Thailand.
Puteri yang mendapat pendidikan di Universiti Chulalongkorn ini merupakan puteri sulung hasil perkahwinan Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dengan isteri keduanya iaitu Sujarinee Vivacharawongse yang juga bekas aktres Thailand. Raja Maha Vajiralongkorn berkahwin dengan Sujarinee pada Februari 1994 dan mendapat restu Raja Thailand ketika itu, Raja Rama IX.
Puteri yang hidup mewah dalam istana ini tidak menghabiskan masanya begitu sahaja. Puteri Sirivannavari seorang puteri yang sangat berbakat dan luar biasa. Puteri diraja Thailand ini menduduki tangga kedua daripada 20 senarai VVIP paling bergaya oleh majalah Forbes. Puteri Sirivannavari mampu mencipta dan melukis corak pada tekstil. Bahkan berjaya menghasilkan sendiri koleksi pakaian dan diperagakan di pentas Minggu Fesyen Paris.
Bukan itu sahaja, Puteri Sirivannavari merupakan satu-satunya puteri raja Thailand yang aktif dalam dunia sukan. Sebelum ini, beliau pernah mewakili Thailand dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar, ASEAN Games 2014 di Korea dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Puteri Sirivannavari pernah memenangi pingat emas untuk negaranya pada tahun 2005 dan 2007.
Foto: Instagram @sirivannavari_th
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selama ni, dia ‘menutup’ kemas rahsia hati. 15 tahun melayari perkahwinan, tak pernah sekali pun Datin Aida Yusof menjaja kisah peribadi. Apatah lagi meraih simpati khalayak meskipun memegang status isteri kepada selebriti popular, Dato’ Adi Putra.
Hanya selepas 9 bulan bercerai, Datin Aida dan Dato’ Adi sepakat untuk kembali rujuk. 18 Januari 2018 menjadi detik manis buat mereka berdua kerana dapat mengikat semula ikatan yang terputus. Betullah orang kata, ‘Kalau dah jodoh takkan ke mana’.
Di sebalik kegembiraan Datin Aida melalui fasa baru dalam hidupnya hari ini, rupa-rupanya tersimpan sebuah kisah yang lebih mengusik emosi dan tak pernah diberitahunya kepada mana-mana pihak. “Kami dah berkahwin selama 15 tahun dan tak ada anak lagi. Tapi, jujurnya saya dah pernah buat IVF sebanyak 4 kali. Tiga kali mengandung kembar dan terakhir, triplet.
Insha Allah, this year saya akan cuba lagi sebab saya ada endometriosis dan baru selesai buat pembedahan dua tahun lepas. Berbulan jugalah saya ditahan di hospital. Alhamdulillah, sekarang tengah tunggu proses untuk sembuh,” dedah Datin Aida yang mengakui hanya sempat merasai nikmat hamil kira-kira tiga bulan.
“Saya tak rasa IVF tu membebankan walaupun terpaksa ambil injection setiap hari di kiri kanan perut. Sakitnya usah cakaplah. Pun begitu saya tetap tak putus asa sebab saya suka dengan kanak-kanak. Dapat seorang pun cukuplah. Selama 4 kali buat IVF ni suami memang banyak beri semangat. Selagi belum diberikan rezeki, selagi tu kami akan terus mencuba.”
Mengambil semangat dan kekuatan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menimang cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin, Pengarah Urusan syarikat pembinaan Mahligai Perkasa Sdn Bhd ini nyata mahu mengikut jejak langkah penyanyi tersohor negara tersebut menjalani rawatan IVF demi mempunyai zuriat sendiri.
“Datuk Seri Siti seorang yang sangat-sangat kuat dan kental. Dia berusaha selama 11 tahun untuk dapatkan anak. Sebagai isteri, saya pun teringin ada anak sendiri tapi rezeki belum berpihak kepada saya lagi.
Saya percaya kalau tak ada anak, saya tahu itu bukan hak saya. Kena percaya Qada dan Qadar. Allah kata je ‘Kun fa ya kun’ maka waktu itu ada rezeki kita. Mungkin kita tak diberi kelebihan ‘di situ’, tapi Dia beri kita rezeki lain.
Saya jenis yang reda. Saya tak mahu meletakkan syarat yang saya perlu ada anak. Kalau rezeki anak tak berpihak dengan saya, saya dah pun ada dua orang anak angkat iaitu Az Zahra dan Zara Adelia. Waktu mereka kecil lagi saya dah susukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 7 tahun cuma beza sebulan je.
Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar. Kami dapat tahu keistimewaan Adelia ni masa masih bayi lagi bila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” jelas Datin Aida yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik.
Apa yang pasti, pendedahan eksklusif ini hanya untuk dijadikan inspirasi… bukan mencipta kontroversi. “Seperti yang saya katakan awal tadi, semua wanita pun mesti nak anak. Tapi biarlah kita reda dulu dengan ketentuan Allah. Perlu ada keredaan dalam diri walaupun telah cuba buat yang terbaik ke arah itu. Moga-moga kita semua akan diberikan zuriat soleh dan solehah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat dalam kalangan wanita muda di Malaysia. Ketahui simptom awal, faktor risiko dan kepentingan ujian awal sebelum terlambat.