Setiap wanita mempunyai rahsia kecantikan masing-masing. Bagi selebriti cantik ini pula lebih selesa mengunakan putih telur sebagai salah satu rutin kecantikan dirinya.
Wanita kecil molek ini sejak dari awal pembabitannya dalam dunia seni sehingga bergelar ibu kepada dua orang anak, penampilannya jauh tak berubah.
Foto: Terima Kasih Pinography
Mencungkil rahsia kecantikan isteri kepada Muhammad Faliq Amirullah ini, “Bagi saya setiap wanita perlu seimbang menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Bagi penjagaan dalaman setiap pagi saya amalkan minum Audela untuk proses detoksifikasi dan bersenam sekurang-kurang 20 minit, tiga kali seminggu.
Foto: Terima Kasih Pinography
Manakala untuk penjagaan wajah pula saya rajin melakukan rejim penjagaan kulit dan stim kulit wajah seminggu sekali.
Antara tip kecantikan yang saya tak pernah lupa untuk lakukan ialah letak putih telur di muka untuk tutup pori-pori kulit,” tutur Nad Zainal sambil melemparkan senyuman manis.
Ads
Foto: Terima Kasih Pinography
Lumrah bergelar seorang selebriti mereka dikatakan perlu menjaga sentiasa penampilan. Nad Zainal juga tidak terkecuali apabila penampilannya sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Nyata definisi cantik bagi wanita ini benar-benar ringkas. “Bagi saya untuk kelihatan cantik itu perlu sihat, fit dan kemas,” tutur wanita yang berusia 31 tahun ini penuh pesona.
Foto: Terima Kasih Pinography
Memulakan karier sebagai seorang pelakon di usia 18 tahun telah mematangkan wanita ini dalam mengharungi dunia seni yang mencabar ini. Walaupun kini sudah hampir 13 tahun berkecimpung dalam dunia glamor ini namun Nad Zainal tetap merendah diri dan mudah bekerjasama.
Ads
Kehebatan dan pembawaan emosi pelakon yang mempunyai nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam terhadap peminat seni tanah air. Berilah apa sahaja watak kepada wanita kelahiran Selangor ini pasti akan dibawa dengan jayanya.
Foto: Terima Kasih Pinography
Bijak merebut peluang dan mengatur strategi dalam bisnes dan lakonan, pengasas kepada jenama Audella by Nad Zainal ini sudah mampu mengumpul aset termasuk membeli kediaman mewah.
Kejayaan yang dikecap oleh pelakon filem Juvana 2 dan Juvana 3 ini bukan datang dengan mudah tanpa menempuh pelbagai cabaran. Namun, atas dasar minat yang mendalam serta dorongan rakan perniagaan menjadikan wanita ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Ads
Foto: Terima Kasih Pinography
Lima tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan sedikit sebanyak telah membuka mata wanita ini dalam dunia perniagaan dan sudah mula mempelbagaikan cabang bisnesnya.
“Saya masih lagi sibuk dengan promosi produk Audela, minuman kesihatan yang sudah nak masuk 5 tahun dalam pasaran. Selain itu, kini saya mempunyai perniagaan berasaskan makanan iaitu MasDaebak Bakso Oden Viral.
Foto: Terima Kasih Pinography
Syukur kerana bisnes baharu ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan alhamdulillah, sudah ada agen di seluruh Malaysia,” terang Nad Zainal yang turut membantu wanita lain untuk menjana pendapatan sebagai agen di bawah label perniagaannya.
Setiap wanita dicipta dengan perasaan sukakan kecantikan. Lebih-lebih lagi kecantikan muka. Bayangkan kulit wajah halus, lembut dan berseri-seri… tentu rasa lebih yakin bukan? Lebih istimewa kalau dapat jumpa selebriti kesayangan yang terkenal dengan kecantikannya, tentu banyak rahsia cantik yang boleh dikongsi secara eksklusif.
Kini anda boleh rebut pengalaman sekali seumur hidup ini dengan produk penjagaan wajah terkenal dari Jepun, Hada Labo. Sertai contest mudah dan anda mungkin salah seorang daripada 30 pemenang yang bakal menikmati makan malam Omakase di Nobu, KL secara eksklusif dengan personaliti pilihan masing-masing pada tarikh 28 Julai 2022 (jam 6.30 petang – 10.00 malam).
CARA PENYERTAAN
1. Beli produk Hada Labo H.A Supreme Booster Serum.
2. Muat naik video atau foto anda bersama produk di Instagram Story dan tag @hadalabomalaysia serta hashtag #HLBoostYourSkin. Pastikan akaun dalam tetapan Public.
3. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dalam tempoh peraduan tapi hanya boleh memenangi satu (1) hadiah termasuk membawa hanya seorang teman untuk sesi makan malam dengan personaliti yang dipilih.
4. Pemenang boleh memilih untuk makan malam bersama seorang personaliti kesukaan daripada senarai yang diberikan oleh penganjur.
5. Bukti pembelian mesti disimpan dan dikemukakan jika peserta terpilih sebagai pemenang.
Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari Instagram (klik sini) atau Facebook Hada Labo (klik sini). Semak terma dan syarat peraduan dengan melayari link ini.***
PERSEDIAAN AWAL
Belum terlambat untuk kembali merawat dan mencantikkan semula kulit wajah anda dari sekarang. Ayuh bersedia dari awal agar penampilan anda sempena makan malam dengan selebriti kesayangan ini tambah bermakna!
Apabila kulit kering dan kusam, masalah yang akan muncul adalah kedutan, garis halus dan pori-pori besar. Jadi penawarnya tentulah penghidratan sempurna dengan formula asid hyaluronik. Pilihan Nona adalah set Hada Labo Hydrating.
Wanita dalam lingkungan 18-35 tahun biasanya masih dalam fasa dihambat kesibukan. Kehidupan sebenar baru bermula, rutin harian terikat dengan kerjaya dan tugas sebagai isteri dan ibu muda. Penting sekali amalkan rutin penjagaan wajah secara konsisten dalam usia ini.
Jika nampak tanda-tanda kulit kering dan kekusaman, harus segera dirawat supaya tidak melarat. Ayuh ucapkan selamat tinggal kulit kusam dengan rangkaian Hada Labo Hydrating!
Langkah 1: Gunakan Hydrating Lotion selepas mencuci muka untuk mempercepatkan penyerapan produk seterusnya. Dengan 4 jenis asid hyaluronik, ceramide dan asid amino, kulit dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan memperkuat lapisan perlindungan kulit bagi kelembapan berpanjangan.
Langkah 2:Tingkatkan hidrasi mendalam dengan H.A Supreme Cera Booster. Teksturnya yang ringan senang untuk diserap kulit. Juga mengandungi 4 jenis asid hyaluronik untuk memberi kelembapan 24 jam dan merawat lapisan perlindungan kulit.
Langkah 3: Kuncikan segala kelembapan dengan menggunakan Hada Labo Hydrating Light Cream. Tekstur ringan memudahkan penyerapan ke seluruh muka. Ia mengandungi kebaikan asid hyaluronik, ekstrak sakura dan minyak botanikal untuk kulit lembut berseri.
Rahsia set Hada Labo Hydrating terletak pada ramuan utamanya iaitu asid hyaluronik. Kebaikan asid hyaluronik ialah meningkatkan kelembapan dan menjadikan wajah terhidrat. Memang bagus terutama sekali untuk anda yang bekerja di bawah penghawa dingin.
Miliki kulit lembap, sihat berseri dengan rangkaian penjagaan kulit Hada Labo yang oleh didapati di farmasi terkemuka juga secara online di Shopee dan Lazada.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diilhamkan oleh Prof Datuk Wira Dr Azizan Osman, kini beliau membuka pintu untuk para usahawan bangkit dan ubah mindset dengan program Transformasi360.
Beban kewangan yang semakin berat, terutamanya selepas musim perayaan, kini menjadi salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh ramai individu. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tekanan kewangan semakin menjadi keresahan emosi serta menjejaskan banyak pihak khususnya usahawan.
Inilah masanya untuk kita mula membuat perubahan besar dalam hidup. Transformasi ini bukan sekadar untuk mengatasi masalah kewangan, tetapi juga untuk mencari keseimbangan dan kestabilan dalam kehidupan.
Menurut Mentor Usahawan yang juga penerima Nona Men’s Business Mentor Award 2021, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, usaha menyusun semula hala tuju dan mengubah keadaan adalah langkah pertama untuk mengurangkan beban yang ditanggung.
“Ramai orang menyangka mereka perlu tunggu ‘masa sesuai’ untuk berubah namun hakikatnya, masa sesuai tidak akan datang kecuali mereka yang ciptakan,” ujar Pengasas dan Presiden RichWorks Academy tersebut.
“Jika anda sedang melalui semua ini sekarang, ketahuilah anda tidak keseorangan. Kami terima banyak mesej daripada usahawan mahupun mereka bekerja yang berdepan pelbagai cabaran.
Rasa penat mencuba tetapi tetap gagal, mungkin bukan usaha mereka yang salah, tetapi hala tuju dan cara fikir yang belum betul.”
Kini Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman membuka pintu untuk para usahawan bangkit dan ubah mindset dengan program Transformasi360.
“Transformasi360 hadir untuk membantu membetulkan asas ini dari dalam. Ramai orang ada ilmu, ada kemahiran, tapi gagal kerana tidak menguasai sikap dan cara berfikir yang betul. Tanpa sikap positif, tindakan akan salah. Tanpa disiplin dan kejelasan, kejayaan hanya akan jadi angan-angan,” kongsinya.
Transformasi360 merupakan versi ditambah baik daripada program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup bakal diadakan pada 10 hingga 12 Mei depan .
Tambah beliau, peserta akan dibimbing untuk membina keyakinan dalaman, mengurus emosi, memecahkan kepercayaan lama yang membataskan diri, dan menggantikan ia dengan mindset baru yang lebih kuat, realistik dan membina.
“Teknologi AI juga digunakan dalam Transformasi360 yang akan membantu peserta mengenal pasti kekuatan dan potensi diri mereka secara lebih mendalam.
Ramai tidak sedar bahawa mereka sebenarnya memiliki kelebihan tersendiri, tetapi tidak pernah tahu cara untuk manfaatkan sepenuhnya,” jelasnya.
Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman memberitahu, mereka yang bakal hadir dapat menyelami diri sendiri, mengkaji semula arah hidup dan mempersiapkan diri dengan pelan tindakan yang jelas untuk masa depan.
“Nasihat saya, jangan tunggu sehingga hidup memaksa anda berubah. Bertindak sebelum semuanya terlambat. Masa depan anda tidak ditentukan oleh semalam, tetapi oleh keputusan yang anda buat hari ini.
Sama ada anda usahawan yang hilang arah, individu yang sedang bergelut dengan kewangan, atau seseorang yang mahu keluar daripada tekanan hidup, Transformasi360 adalah pintunya,” akhiri Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda dijemput layari www.transformasi360.com sekarang.
Ogos lalu, ikon Youtuber, Asyalliee Ahmad pernah mengumumkan di media sosial kisah dukanya keguguran namun keajaiban dari Allah, kandungan Asya kini sedang membesar dengan baik. Rezeki Asya Semakin luas apabila produk supplemen Hello Peach Please mendapat pengiktirafan daripada majalah kecantikan Singapura.
Semakin menjadi-jadi perniagaan ikon Youtuber ni. Kejayaan dan rezeki diterimanya bukan hanya untuk diri sendiri tetapi dikongsikan bersama ibu dan bapa mentuanya. Rasa sebak menonton video yang dikongsikan Asya di laman instagramnya tidak lama dahulu.
https://www.instagram.com/p/CBXpnavlbX8/
Peredaran zaman kadang-kala membuatkan generasi ‘lama’ seakan terkebelakang. Dari segi teknologi sudah tentulah jauh berbeza dan kini idealogi anak-anak muda juga sangat dilakar jauh dari pemikiran kita dahulu. Mereka lebih berdikari, lebih bijak mengatur kehidupan dalam mencari rezeki bukan hanya untuk diri, tetapi keluarga yang dibina.
Mengenali ikon Youtuber yang merangkul salah satu anugerah ASEAN Outstanding Business Award 2019, Asyalliee Ahmad atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba membuka luas minda penulis mengenai anak-anak muda kini.
Dikenali melalui video-video tutorial solekan serta berjaya menarik 400,000 subscribers di Youtube sehingga dia digelar Beauty & Make Up Guru, Asyalliee kini hidup selesa bersama keluarga.
Walaupun masih lagi aktif berkongsi tips-tips solekan dan penjagaan wajah, dia kini sudahpun bergelar usahawan melalui perniagaan kecantikan dan kesihatan Loveliee. Meminjam Love dan gabungan Lliee dari namanya sendiri, Asya kini sudah boleh menarik nafas lega kerana impiannya untuk menjadikan setiap wanita cantik dan lebih berkeyakinan tinggi sudah terlaksana.
“Saya memang cintakan bidang solekan. Saya sudah terbiasa bersiap cantik untuk menghadiri majlis atau untuk sekadar content di dalam Instagram. Bila dah bersolek, tentulah kita rasa diri kita cantik dan ketika itulah keyakinan kini makin melonjak.
Nak buat apa pun kita yakin, waima hanya untuk berada di rumah. Disebabkan itu, ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjalankan perniagaan ini. Bukan hanya untuk saya, tetapi setiap wanita di dunia,” katanya penuh semangat.
HIDUP MISKIN
Perjalanan yang dilaluinya bukanlah semuanya indah. Wanita kacukan Thailand-Melayu ini pernah terjah ke dunia modelling namun itu bukan ‘jiwanya’.
“Saya mula dengan perkongsian video solekan di Youtube. Kemudian saya masuk ke dunia modelling dan baru mulakan perniagaan. Saya pernah ditipu, dijadikan kambing hitam, difitnah dan tidak dibayar dulu. Mungkin kami suami isteri tidak ada pengalaman dalam bisnis ini tambahan pula saya masih muda, mungkin itu yang menyebabkan orang mengambil kesempatan.
Waktu kecil dulu pun saya digelar budak miskin. Arwah ibu hanyalah seorang tukang masak yang sering berpindah-randah. Kalau nak tahu, saya pernah menetap di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Kedah kerana mengikut ibu. Jadi saya tak ramai kawan. Sewaktu di Kedah, arwah ibu dapat menjadi tukang masak di kedai dan diberikan sebuah hostel kecil untuk kami tiga beranak.
Di situlah kami tidur dan makan. Kawan-kawan di sekolah gelarkan saya budak miskin, budak kotor, tak mandi malah mereka jauhkan diri dari kami. Hendak ke sekolah pun terpaksa berjalan kaki sejauh 2km. Lepas ibu meninggal dunia, saya dan adik terpaksa berpisah kerana kami tinggal berasingan bersama kakak-kakak yang sudah berkahwin,” ceritanya.
PERKAHWINAN
Masih kekal cantik dan bertubuh langsing, surihati kepada Eboy Arbaain dan ibu kepada dua cahaya mata, Haider Mikhael dan Siti Helena Adrianna ini terus diuji dalam kehidupan. tidak pernah berputus asa, Asya dan suami terus bangkit mencari rezeki halal.
“Sebelum berkahwin, saya memang hidup hasil daripada review yang dibuat di Instagram. Itulah perbelanjaan untuk makan, membeli keperluan seperti barang solekan, baju dan mungkin beg tangan. Selepas berkahwin, saya masih mencari pendapatan dengan hasil review tetapi di bawah satu pengurusan. Saya menjadi duta produk dan aktiviti modelling juga. Namun, upah yang diterima sangat sedikit berbanding percentage yang diambil pihak pemgurusan.
Baru beberapa minggu usia kandungan pertama, saya difitnah meniru rekaan fesyen seorang pereka. Tidak ada sesiapa yang menegakkan kebenaran dan saya menjadi mangsa kambing hitam! Duit dalam bank hanya tinggal tak sampai RM500 untuk kami hidup. Saya terlalu stress dan emosi saya sangat terganggu ketika itu. Saya jual baju K-Pop yang saya gemari, beg-beg tangan walaupun tak berjenama hanya untuk beli makanan.
Mujur kakak-kakak dan kawan-kawan sedia membantu. Di rumah merekalah tempat kami menumpang makan. Saya sentiasa berdoa agar Allah mengubah hidup kami menjadi lebih baik dan menunjukkan kepada kami kebenaran. Kami rasa sungguh teraniaya!”ujarnya.
CABARAN DAN MATLAMAT
Di sebalik setiap kesukaran, tentunya terbit hikmah di hujung jalan. Ujian dari Allah tak pernah surut. Dalam perniagaan juga ada kalanya kuat juga dugaan dihadapi.
“Menjadi seorang influencer, susah juga untuk sentiasa nampak ‘sempurna’ di mata orang. Sedangkan saya juga sama seperti orang lain yang melakukan kesilapan. Saya sendiri masih mencari ruang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan tetapi terpaksa hadam setiap kecaman. Jujurnya ia memang menambahkan tekanan tetapi itulah cabaran seorang influencer.
Setiap kali saya jatuh, saya anggap diri saya kalah. Untuk bangkit semula, saya letakkan dua BIG WHY iaitu untuk memberikan anak-anak saya hidup senang. Saya tak mahu mereka hidup susah seperti kami dulu. Dan, saya juga ingin memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Kesusahan dalam hidup dulu memang banyak mengajar saya mengenai hidup. Betullah kata orang, kalau asyik memandang ke langit, sesekali perlu juga menjenguk rumput di tanah.
Memilih posting yang sesuai untuk tatapan viewer setiap hari juga mencabar. Saya pentingkan feed yang bermakna serta aesthetically pleasing to the eyes kerana dalam industri ‘influencer’ ini, kita perlu berikan value dalam setiap posting untuk kekal relevan. Kalau setakat tayang gambar cantik sahaja tidak mampu untuk membuatkan kerjaya anda tahan lama,” katanya.
Pada usia 23 tahun, Asyalliee sudah memiliki beberapa buah kereta mewah dan koleksi beg berjenama. Segala kepayahan yang dihadapi sudahpun dibayar dengan kesenangan masa kini. Apakah perasaan anda?
“Ini semua pinjaman dari Allah. Saya tak boleh rasa terlalu happy atau bangga dengan kurniaan ini kerana ia hanya bersifat sementara. Saya kira, ini adalah rezeki anak-anak dan perlu digunakan sebaik mungkin. bila Allah dah berikan ilmu serta pengalaman, saya mahu kongsikan bersama orang lain. Niat saya, untuk membantu orang.
Saya kuat berangan. Macam-macam saya mahu tetapi Allah itu lebih mengetahui. Dia memberi apa yang saya perlu, bukan apa yang saya mahu. Matlamat saya adalah untuk naikkan perniagaan orang Islam dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum wanita.
InsyaAllah, tak lama lagi saya akan mengeluarkan single sulung. Dari seorang ahli perniagaan, saya juga akan mula menceburi bidang nyanyian. Doakan ini menjadi salah satu peluang untuk saya kembangkan lagi bakat dan kurniaan Allah kepada saya.” Katanya mengakhiri perbualan.
Kredit foto dan video: Instagram Asyalliee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya Ezlisa Loy sedang menghitung hari menantikan hari bersejarah dan bergelar suri hati! Moga adik pelakon popular, Elfira Loy ini berada dalam keadaan sihat dan baik menjelang hari pernikahan yang dijadualkan tidak lama lagi. Iyalah, bak kata orang-orang ...