Kecantikan bekas model, Nik Nafisah Marini pada usia mencecah 50-an sejujurnya amat mengagumkan. Dari segi penampilan serta raut wajah ternyata dia kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar.
Tambahan pula sejak menimang cucu pertama tahun lepas, kebahagiaan gramma jelita ini makin menjadi-jadi, makin manis berseri-seri.
Maksud kecantikan bagi Nik Marini?
As for me, I just want to relax, be happy and be comfortable. Cita-cita saya nak kejar akhirat dan cari bekalan apa yang tak sempat bekal dulu. Saya percaya bahawa kecantikan yang sebenar bukan diukur dari luaran semata-mata. Saya pun jenis tak ganggu orang dan orang pun tak ganggu saya. Saya buat hal sendiri. Kita jaga famili kita. Be a good citizen and good people. Itu sudah cantik dan menenangkan.
Amalan kecantikan Nik Marini?
Ads
Sebenarnya sama je amalan dulu dan sekarang. Saya suka manjakan diri head to toe. Amalkan petua tradisional, pakai bedak sejuk muntah belut, selalu urut-urut, makan jamu dan bersenam. Pantang larang dulu-dulu mana yang boleh ikut, saya ikutlah. Untuk muka, saya ni ada masalah kulit sensitif, jadi saya buat sendiri sabun gebu dan spray fresh face toner. Bila ada masa, saya pakai bedak sejuk untuk licinkan kulit. Pastikan ia hydrated very well sebab kulit kering cepat berkedut.
Rahsia rambut kekal hitam lebat dan sihat?
Rahsia rambut lebat ye… (ketawa). Bukan rahsia lagi, saya sampai buat haircare sendiri sebab bagi saya, rambut kita ni sangat penting. Saya rajin buat treatment, detoks rambut, urut kulit kepala, uban pun tak nampak dengan produk saya Marini NaturaleMagic.
Ads
Cara pemakanan untuk kekal langsing?
Ads
Saya kurangkan nasi dan gula. Minum air kangen banyak-banyak. Dan of course banyakkan makan buah-buahan dan sayuran hijau.
Terapi Nik Marini sewaktu PKP berkuatkuasa dulu?
Di rumah saya tinggal dengan anak perempuan dan anak bongsu saya, suami saya dan burung-burung Macaw peliharaan kami. Sewaktu PKP dulu, saya buat banyak terapi kesukaan untuk isi masa terluang. Antaranya sibukkan diri dengan urusan perniagaan online.
Hari-hari buat sabun, buat syampu. Diam tak diam dah enam tahun saya buat bisnes berasaskan produk penjagaan rambut dan wajah natural ni. Selain tu saya juga suka mengait. Buat crochet selimut dan baju cucu. Memasak… Hmm, itu ajelah aktiviti kesukaan yang menenangkan fikiran saya bila di rumah.
Foto: Instagram Nik Marini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita mana tidak pernah berhadapan dengan masalah berat badan apatah lagi usai proses melahirkan cahaya mata? Ia adalah kitaran kehidupan normal yang harus dilalui oleh wanita usai melahirkan anak.
Bagi pelakon yang pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai, dia juga tidak terlepas dari berhadapan masalah tersebut selepas melahirkan anaknya, 12 tahun yang lalu. Malah, dia hampir tertekan dek masalah kenaikan berat badannya itu.
Pelakon kelahiran Mangalore, Karnataka, India ini juga pernah melalui saat “dimalukan di media sosial” di mana foto dirinya dimanipulasi dan dijadikan bahan ejekan. Walaubagaimanapun, Aishwarya sering kelihatan tenang berhadapan dengan tekanan dan menganggap situasi tersebut turut dihadapi oleh ramai selebriti lain di seluruh dunia.
Tidak dinafikan persoalan body shaming sememangnya menjadi topik yang hangat diperkatakan seantero dunia kerana ramai beranggapan individu bertubuh besar mempunyai stigma tidak cantik dan mempunyai masalah kesihatan.
“Mereka punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain kerana tindakan itu membuatkan mereka bahagia. Namun pada penghujungnya, kita hanya mampu untuk memikirkan cara mereka ber kir.
“Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri. Kita hanya dapat menolong dengan tidak mengambil kisah tentangnya,” ujar Ratu Dunia 1994 itu.
Menjangkau usia 48 tahun, Aishwarya masih dihujani pujian kerana berjaya mengekalkan kejelitaan dan mengatasi masalah berat badan. Malah penampilannya dalam filem terbaharu, Ponniyin Selvan serta merta mengunci mulut pengkritiknya yang selama ini meyakini bahawa kegemilangannya sebagai pelakon sudah berakhir.
Menurut portal Times Of India, Aishwarya mengamalkan diet ringan, selain membudayakan aktiviti kecergasan untuk mendapatkan bentuk fizikal dan kecergasan yang diperlukan bagi menghidupkan watak Nandini dalam filem tersebut.
Pelakon tersebut dilaporkan amat menggemari masakan ala Mangalore terutamanya kari ikan dan ayamnya. Aishwarya turut mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi.
Beliau juga dilaporkan mengamalkan pengambilan jus lemon suam bercampur madu setiap pagi. Antara rahsia yang terkandung dalam minuman jus lemon suam bercampur madu termasuklah ia mampu menurunkan berat badan, mencegah infeksi saluran kencing dan mampu membersihkan hati dari racun.Selain itu, rutin senaman aktress tersebut termasuklah yoga berbanding melakukan aktiviti senaman di gimnasium.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal menginjak ke usia 53 tahun April ini, dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan iaitu Datin Sri Noniswara kelihatan masih jelita dan berseri.
Memetik perkongsian Datin Sri Noniswara kepada Majalah Nona tentang rahsia kecantikannya, ibu anak tiga ini mendedahkan beliau tidak mengamalkan sebarang petua.
Bagi Datin Noniswara, cukup sekadar konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat. Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.
“penjagaan asas kulit amat penting. setiap hari saya akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapannya. ini kerana, Kulit yang kering akan mempercepatkan proses penuaan.
“Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuklah sentiasa menjaga ‘kolam jiwa’ agar sentiasa gembira dan bahagia.”
BAHAGIA BERSAMA SUAMI
Selain konsisten dengan amalan rutin kecantikannya, kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tersayang juga menjadi faktor kekal awet muda. Bila jiwa bahagia dan tenang secara tak langsung ianya akan terserlah pada seri wajah.
Tahun ini masuk tahun ke-8 usia perkahwinan Datin Sri Noniswara dan suami. Menurut Datin Sri Noniswara, selain gemar bergurau Dato’Sri juga seorang yang manja serta happy all the time.
“Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”
Datin Sri Noniswara juga berharap agar Allah SWT sentiasa memberkati apa jua yang dilakukannya dan mengurniakan kesihatan serta rezeki yang berpanjangan.
Kredit Foto: Instagram @noniswara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika Ilhan Omar berjaya mencipta sejarah selaku Anggota Kongres Wanita Pertama Amerika Syarikat yang beragama Islam, Halima Aden pula mengangkat martabat wanita Muslim di peringkat antarabangsa dalam bidang fesyen dan peragaan. Kalau sebelum ini masyarakat dunia agak skeptikal menerima wanita berhijab… kini penampilan dua ikon hebat ini semakin diterima baik dan menjadi inspirasi ramai wanita.
Dilahirkan pada 19 September 1997, Halima Aden merupakan aktivis dan model terkemuka kelahiran Amerika-Somalia yang sedang meniti puncak kerjaya hari ini. Meskipun baru ‘terjun’ ke dunia peragaan dan fesyen, wanita cantik ini sudah pun meraih pelbagai pencapaian membanggakan. Secara tidak langsung, penglibatan Halima dalam bidang glamor ini membuka mata penduduk dunia mengenai kemampuan wanita Islam.
Di kota fesyen terkenal seperti New York, London dan Milan… Halima dikenali peminat fesyen kerana penampilannya yang unik ketika menggayakan hijab, headwrap dan turban. Lebih-lebih lagi tatkala berjalan di pentas peragaan. Sering menghiasi muka depan majalah fesyen popular, pertunjukan fesyen berprestij dan kempen jenama mewah, Halima juga tidak terlepas menjadi buruan agensi model antarabangsa.
Kini, dia merupakan salah seorang ahli IMG Models yang membariskan model terkenal seperti Bella Hadid, Gigi Hadid, Gisele Bunchen, Miranda Kerr, Hailey Bieber, Karlie Kloss dan Kate Moss. Nama-nama hebat tu!
Mengimbas kembali perjalanan karier Halima, auranya mula bersinar sejak dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota pada tahun 2016. Waktu itu, Halima merupakan satu-satunya peserta yang mengenakan hijab dan layak ke peringkat semi final. Kongsi Halima, dia sudah mula mengenakan kerudung kepala sejak kecil dan meminta tudung sendiri daripada ibunya ketika baru berumur lapan tahun.
Wajah Halima ketika kecilHalima (lima dari kiri) di samping rakan-rakan ketika masih di high school
Lebih membanggakan, Halima ialah wanita hijab pertama yang menghiasi muka depan majalah British Vogue sekaligus membuktikan kepada dunia bahawa wanita berhijab sepertinya masih punya tempat dalam peragaan fesyen mewah! Tiga tahun kemudian, Halima sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Muslim pertama memperagakan burkini untuk Sports Illustrated Swimsuit.
Gadis yang memiliki ketinggian 5 kaki 5 inci ini juga tanpa berselindung menjelaskan dia dikelilingi dengan wanita berhijab sejak dari kecil lagi dan jatuh cinta dengan penampilan seumpama itu hingga membuatkan dia tertarik untuk turut sama mengenakan tudung. Halima juga menegaskan, memakai hijab adalah pilihannya sendiri dan bukan dibuat atas desakan sesiapa.
Sedar setiap gerak-geri dan penampilannya menjadi ilham kepada wanita hijab lain, Halima tidak lokek berkongsi tutorial pemakaian hijab. Sambil mengakui dia adalah orang yang ringkas dan tidak gemar menggunakan pin semasa memakai tudung, Halima dilihat sering memuatnaik video tutorial hijab mudah yang menjadi pilihannya terutama turban.
Sumber: Stars Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.