Peminat filem tempatan seperti 7 Petala Cinta, Highland Tower, Flat 3A, Sumpahan Kum Kum dan Bini-Biniku Gangster pasti biasa melihat lakonan Shima Anuar yang cukup mantap serta penuh penghayatan.
Meskipun kini sedang berehat daripada dunia lakonan kerana berbadan dua, namun Shima masih aktif memenuhi undangan fotografi serta promosi produk Clinelle yang diwakilinya.
Satu perkara yang menarik perhatian Nona adalah kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh wanita berusia 26 tahun itu. Sering tampil tanpa solekan tebal, kulit Shima yang putih bersih sudah cukup memberi keyakinan tinggi terhadap dirinya.
Apakah rahsia Shima Anuar mengekalkan kulit flawless walaupun tanpa sapuan bedak asas yang tebal? Teringin juga nak kulit sebegitu cantik, mungkin ada ‘produk ajaib’ yang diamalkan?
Ads
“Sebenarnya saya seorang yang simple tapi kalau bercakap tentang produk penjagaan kulit, saya jadi sangat berhati-hati. Produk yang dipakai mestilah selamat, tak mengandungi bahan berbahaya atau bersifat komedogenik seperti paraben, minyak mineral dan sebagainya.
Sejak dulu saya merupakan pengguna produk Clinelle yang setia. Pilihan utama tentulah rangkaian pencerahan WhitenUp sebab ia berkesan melindungi kulit saya siang dan malam. Memang selepas penggunaan produk ni, kulit kita akan nampak makin cerah dan berseri-seri. Yang penting, kulit sihat sepanjang masa,” kata isteri usahawan Mohd Solih Toha ini.
Ads
Produk wajib yang digunakan?
“Saya suka gunakan krim EE Clinelle. Sebagai wanita yang sibuk dan perlu sentiasa bersolek, krim ajaib ini boleh menyamarkan cela sambil melindungi serta merawat kulit dalam satu masa! Hebatkan? Bila pakai, tak terasa pun berbedak. Ringan dan lembut sangat,” akui Shima sambil tersenyum.
Ads
Krim EE atau Even Effect ini merupakan yang pertama di pasaran dalam rangkaian Clinelle WhitenUp. WhitenUp EE Cream SPF 50 PA+++ menggabungkan manfaat penjagaan kulit dan solekan dalam satu serta berfungsi untuk memperbaiki dan menyamaratakan cela yang kelihatan, sambil memulihkan masalah kulit.
Melalui formula Advanced Skin Perfection Tri-Complex, krim pelembap ini mampu memberikan 15 efek kecantikan serta-merta dengan satu sapuan. Antaranya kesan pencerahan dan anti-penuaan, keupayaan melembap untuk sepanjang hari, perlindungan dari sensitiviti kulit, tabir suria serta antioksidan untuk kesihatan kulit. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Ivory dan Natural.
Jadi lepas ni bolehlah kita amalkan rahsia Shima Anuar pula. Jom dapatkan penyelamat terbaik ini di AEON Wellness, Caring, Guardian, Watsons dan farmasi-farmasi terkemuka atau layari Facebook: Clinelle. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi pencinta muzik era 90-an, pastinya cukup mengenali penyanyi wanita ini. Inka Christie atau nama penuhnya Rinni Chries Hartono merupakan salah seorang rocker wanita yang amat popular ketika zamannya.
Penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia yang terkenal di Malaysia serta Indonesia ini seangkatan dengan Allahyarhamah Nike Ardilla dan Poppy Mercury. Antara lagu popular Inka Christie ialah Nafas Cinta dan Gambaran Cinta.
JUMPA JODOH PADA USIA 44 TAHUN
Memetik laporan InsertLive.com setelah sekian lama tidak muncul di kaca TV, nama Inka Christie kembali menjadi bualan setelah dia mengumumkan akan berkahwin pada usia 44 tahun.
Kata Inka, sebelum ini dia terlalu sibuk bekerja dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin awal. Sehinggalah suatu hari ibunya meluahkan hasrat agar Inka berkahwin. Mendengar permintaan itu, pada 2019 Inka ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah. Inka turut berdoa agar dipertemukan jodoh sebelum bulan Ramadan.
Siapa sangka doa itu dimakbulkan Allah. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Sandiego Africo datang ke rumah Inka dengan niat mahu meminangnya. Inka kemudiannya dilamar pada Disember 2018. Rupa-rupanya, sudah sembilan tahun mereka saling mengenali, asalnya sebagai kawan biasa.
Tidak berlengah, mereka terus melakukan persiapan perkahwinan. Hanya dua bulan setengah masa yang diambil. Pada 27 April 2019 mereka sah bergelar suami isteri.
Pada hari bahagianya itu, Inka tampil menawan dalam persalinan gaun pengantin rona ungu lengkap dengan mahkota di kepala. Manakala suaminya yang 12 tahun lebih muda dari Inka, tampil kacak dengan persalinan tradisi Sunda rona senada. Majlis lebih bermakna dan meriah apabila ia turut dihadiri isteri Gabenor Jawa Barat, Atalia Praratya.
AWET MUDA
Pada usia 48 tahun, Inka masih kelihatan cantik dan bertenaga. Kongsi Inka, dia rajin bersenam untuk mengekalkan kecergasan. Ini ternasuklah bersenam sebelum memulakan nyanyian. Selain itu, Inka juga mengelakkan makanan bergoreng dan menjaga kualiti tidur.
Inka Christie sememangnya aktif di media sosial seperti Instagram untuk berkongsi perkembangan dan aktiviti-aktiviti hariannya.
Kredit Foto: Instagram Inka Christie
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air. Kunci kepada kulit yang cantik dan mulus pula adalah mengekalkan kadar kelembapan bawah kulit yang seimbang.
Kulit yang sihat hanya diperoleh apabila mempunyai kelembapan diperlukan. Jika kurang air dalam tubuh maka kulit akan kering dan tidak bermaya. Ayuh singkap rahsia kulit lembap secara semula jadi.
(a) Serum kembali lembapan kulit
Sapu serum sebelum tidur demi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul lebih kecil lantas menyalurkan nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap. Bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit kering serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur. Kulit terasa lebih anjal dan segar dengan berkeyakinan.
(b) Krim tabir suria sebagai perisai kulit
Sinar matahari memang baik untuk kesihatan kerana merangsang tubuh menghasilkan vitamin D. Namun, sisi lain jika terlalu terdedah kepada sinar matahari tanpa perlindungan mengundang kesan buruk kepada kesihatan kulit. Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih. Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra. Kesan cahaya matahari bukan sahaja menghilangkan lembapan kulit malah merangsang jeragat dan noda hitam.
(c) Losen tubuh sebagai pelindung
Kebanyakan wanita memilih losen badan tanpa mengetahui fungsinya. Ada yang memilih losen hanya semata-mata gemar aroma yang tercipta. Fungsi sebenar losen adalah memberi lembapan di bawah kulit. Pastikan losen yang dipilih berkualiti dan mampu memberi kelembapan sebenar kepada kulit dalam tempoh yang lama.
(d) Teh hijau kekal lembapan kulit
Peminat teh pasti tahu ada berbagai jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit. Kandungan antioksidan tinggi pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.
(e) Pengelupasan pelihara kulit
Sebagai seorang wanita yang menjaga kecantikan diri perlu peka tentang kelembapan kulit sendiri. Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membantu memelihara kondisi kulit agar tetap dalam keadaan lembap. Kulit wajah yang lembap kunci wajah yang lebih muda.
(f) Bedak asas bantu kekal lembapan kulit
Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita Asia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penampilan Doaa Elghobashy sebagai atlet bola tampar pantai kategori wanita di pentas sukan Olimpik Paris 2024 nyata menarik perhatian peminat sukan dunia.
Jika kebiasaannya pemain sukan ini mengenakan pakaian renang seperti bikini untuk bertanding, atlet kelahiran Mesir ini tampil ‘berbeza’ dengan berhijab, menyarung baju lengan panjang dan berseluar panjang untuk beraksi!
Berpendirian tegas dengan imej tersebut, Doaa Elghobashy yang berusia 28 tahun menyifatkan hijab sudah sebati dengan dirinya dan tidak tunduk dengan desakan pihak lain yang menafikan hak atlet wanita beragama Islam sepertinya untuk tidak menyertai sukan.
Memetik kenyataan Doaa kepada akhbar The Independent pada tahun 2016, “Saya sudah berhijab selama 10 tahun. Ia bukan halangan untuk saya melakukan aktiviti yang saya suka termasuklah bola tampar pantai.”
Gandingan Doaa Elghobashy dan Marwa Abdelhady yang mewakili Mesir dalam sukan bola tampar pantai semakin mendapat perhatian. Ini kerana pasangan atlet berkenaan dikenali dengan prestasi cemerlang dan membanggakan apatah lagi selepas mereka memenangi pingat emas di African Games 2023 di Accra, Ghana.
Doaa membuat penampilan sulung di pentas Olimpik Rio 2016 ketika berusia 19 tahun di samping Nada Meawad dan menjadi atlet wanita pertama Mesir bertanding dalam bola tampar pantai kategori wanita.
Meskipun dia dan pasangan layak menyertai Olimpik Tokyo 2020 namun melupakan hasrat untuk bermain kerana menjalani kuarantin susulan salah seorang pasukan bola tampar Pantai lelaki pihak lawan dijangkiti Covid-19.
Doaa bagaimana pun kembali lagi di Olimpik Paris 2024 bersama rakan sepasukan, Marwa untuk mencipta sejarah.
Khabarnya Doaa dan Marwa merupakan sahabat baik dan disebabkan persahabatan yang terjalin di antara mereka membolehkan kedua-duanya cukup serasi berada di gelanggang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.