Rezeki Tasyi Athasyia! Bersandarkan bakat dan populariti yang dimiliki, influencer yang juga YouTuber terkenal Indonesia ini berjaya meletakkan dirinya setanding selebriti ternama negara jiran.

Bukan sekadar meraih pendapatan lumayan, Tasyi yang kini berusia 30 tahun cukup bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga berada dan mempunyai suami penyayang serta anak-anak yang comel!

IKLAN

Tasyi Athasyia atau nama sebenarnya Luly Athasyia merupakan anak kepada usahawan wanita berjaya Indonesia, Alawiyah Alatas atau lebih dikenali sebagai Ala Alatas. Dia dilahirkan di Jakarta pada 25 Mei 1992 dan mempunyai darah kacukan Arab-Indonesia.

Nama Tasyi bukan lagi asing dalam kalangan warga maya kerana kejayaannya sebagai content creator di saluran YouTube yang memfokuskan bidang kulinari. Sebelum aktif menjadi YouTuber, Tasyi pernah mewarnai dunia muzik dan bergelar penyanyi serta pereka fesyen.

Malah dia turut mempunyai beberapa single antaranya Sumpah-sumpahmu, Aku Bingung dan Ternyata.

Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular!

Bermula dengan membuat review makanan hingga video memasak, sehingga kini saluran YouTube Tasyi mempunyai hampir 3 juta subscribers. Meraih jutaan tontonan daripada setiap video di YouTube, Tasyi mampu menjana pendapatan mencecah sehingga 825.61 juta Rupiah atau kira-kira RM250 ribu sebulan.

Selain hasil pendapatan dari YouTube, dia juga mendapat sumber kewangan daripada review di platform media sosial. Tasyi yang mempunyai 1.3 juta followers di Instagram, dianggarkan dia turut mampu mencapai pendapatan review bermula 10 juta Rupiah.

Tidak cukup dengan itu, Tasyi juga memperoleh pendapatan daripada pelantikan dirinya sebagai duta produk.

IKLAN

Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular!

Tasyi ialah anak perempuan Alatas iaitu pemilik perusahaan Tifar Admanco yang mempunyai perniagaan bidang latihan, penyalur tenaga kerja ke negara-negara Timur Tengah, hartanah, pusat perubatan dan beberapa perusahaan lain.

Ayah Tasyi dilaporkan meninggal dunia ketika dia berusia tiga tahun. Tasyi juga mempunyai kembar yang merupakan blogger kecantikan, Tasya Farasya.

Uniknya, Tasya dan Tasyi berkongsi tarikh lahir sama dengan kakak mereka iaitu Selvi Salavia. Bermula review makanan hingga video memasak, saluran YouTube Tasyi mempunyai hampir 3 juta subscribers.

IKLAN

Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular! Raih Ratusan Ribu Ringgit Sebulan, TASYI ATHASYIA Influncer Keturunan Indonesia-Arab Hidup Mewah & Popular!

Wanita cantik ini mendirikan rumah tangga dengan Syech Zaki pada 4 Januari 2015 dan mereka  dikurniakan tiga orang anak iaitu Malik Umar Bosch, Noora Bosch dan Ali Bosch.

Syech Zaki ialah jejaka keturunan Arab dan difahamkan dia ialah sepupu Tasyi serta merupakan usahawan berjaya. Memetik laporan dari portal Liputan 6, sejak berkahwin Tasyi jarang keluar rumah dan mengaku ia diterapkan oleh suaminya.

Tasyi juga dinasihat menjaga interaksi dengan seseorang yang bukan muhrim. Memang sejak sebelum bernikah, Tasyi mengaku tidak terbiasa bergaul dengan lelaki.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI