Portal Majalah Pa&Ma di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME di bawah tajaan utama KARIHOME.
Program ini telah berlangsung di Park Royal Collection Hotel, Kuala Lumpur bermula pada pukul 1.30 petang hingga 5.30 petang.
Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan bagi meraikan pelajar-pelajar anak yatim yang terpilih daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2.
Ads
Seramai enam (6) orang pelajar yang merekodkan prestasi yang cemerlang telah menerima sumbangan yang berbentuk wang ringgit beserta hamper istimewa daripada Karihome.
Semoga majlis sebegini mendorong motivasi lebih ramai pelajar kurang berkemampuan agar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan. Syabas dan semoga maju jaya!
Ads
Pemenang-pemenang pertandingan Sedondon Raya Pa&Ma
Ads
Bersama anak yatim terpilih dari SK Bukit Kemuning 2 yang menerima sumbangan
Barisan pengurusan Nu Ideaktiv, Pa&Ma, Karihome, dam artis jemputan, Irma Hasmie dan Haziq Hussni
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika Ilhan Omar berjaya mencipta sejarah selaku Anggota Kongres Wanita Pertama Amerika Syarikat yang beragama Islam, Halima Aden pula mengangkat martabat wanita Muslim di peringkat antarabangsa dalam bidang fesyen dan peragaan. Kalau sebelum ini masyarakat dunia agak skeptikal menerima wanita berhijab… kini penampilan dua ikon hebat ini semakin diterima baik dan menjadi inspirasi ramai wanita.
Dilahirkan pada 19 September 1997, Halima Aden merupakan aktivis dan model terkemuka kelahiran Amerika-Somalia yang sedang meniti puncak kerjaya hari ini. Meskipun baru ‘terjun’ ke dunia peragaan dan fesyen, wanita cantik ini sudah pun meraih pelbagai pencapaian membanggakan. Secara tidak langsung, penglibatan Halima dalam bidang glamor ini membuka mata penduduk dunia mengenai kemampuan wanita Islam.
Di kota fesyen terkenal seperti New York, London dan Milan… Halima dikenali peminat fesyen kerana penampilannya yang unik ketika menggayakan hijab, headwrap dan turban. Lebih-lebih lagi tatkala berjalan di pentas peragaan. Sering menghiasi muka depan majalah fesyen popular, pertunjukan fesyen berprestij dan kempen jenama mewah, Halima juga tidak terlepas menjadi buruan agensi model antarabangsa. Dia merupakan salah seorang ahli IMG Models yang membariskan model terkenal seperti Bella Hadid, Gigi Hadid, Gisele Bunchen, Miranda Kerr, Hailey Bieber, Karlie Kloss dan Kate Moss. Nama-nama hebat tu!
Mengimbas kembali perjalanan karier Halima, auranya mula bersinar sejak dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota pada tahun 2016. Waktu itu, Halima merupakan satu-satunya peserta yang mengenakan hijab dan layak ke peringkat semi final. Kongsi Halima, dia sudah mula mengenakan kerudung kepala sejak kecil dan meminta tudung sendiri daripada ibunya ketika baru berumur lapan tahun.
Lebih membanggakan, Halima ialah wanita hijab pertama yang menghiasi muka depan majalah British Vogue sekaligus membuktikan kepada dunia bahawa wanita berhijab sepertinya masih punya tempat dalam peragaan fesyen mewah! Tiga tahun kemudian, Halima sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Muslim pertama memperagakan burkini untuk Sports Illustrated Swimsuit.
Gadis yang memiliki ketinggian 5 kaki 5 inci ini juga tanpa berselindung menjelaskan dia dikelilingi dengan wanita berhijab sejak dari kecil lagi dan jatuh cinta dengan penampilan seumpama itu hingga membuatkan dia tertarik untuk turut sama mengenakan tudung. Halima juga menegaskan, memakai hijab adalah pilihannya sendiri dan bukan dibuat atas desakan sesiapa.
Namun, baru-baru ini Halima membuat keputusan mengejutkan apabila dia bertegas meninggalkan dunia penuh glamor tersebut. Halima berpendapat tindakannya selama ini seakan-akan menjatuhkan maruah wanita Muslim. Apatah lagi, sejak pembabitan awalnya dalam industri peragaan dan fesyen… ibu Halima tidak ‘berkenan’ dengan kerjaya itu kerana ia bertentangan dengan agama Islam.
Kongsi wanita berusia 23 tahun itu, “Dia dengan jujur memberitahu, ‘Halima, ibu berusaha keras mengikuti suruhan Allah dan ibu sangat risau dengan akhirat kamu. Jadi fikirkan tentang penglibatan anak-anak gadis berhijab lain yang masuk dalam industri ini kerana pengaruh kamu… kamu juga bertanggungjawab ke atas mereka kelak. Lakukan perkara yang betul di sisi Allah.’ Itu adalah perkara terbaik yang ibu lakukan untuk diri saya!”
Pernah ketika ditemubual BBC Somali suatu ketika dulu dan ditanya jika dia mempunyai perancangan dalam fesyen, Halima berkata jika dia terlibat dalam industri tersebut ia hanyalah sekadar suka-suka untuk mendapatkan wang.
Memetik laporan BBC, salah satu punca dia meninggalkan fesyen kerana kurangnya penata hijab wanita dalam industri di Amerika Syarikat dan ketidakfahaman mereka mengenai pentingnya berhijab bagi wanita beragama Islam. Tindakan Halima untuk ‘bersara’ mendapat sokongan daripada adik-beradik Bella dan Gigi Hadid yang juga beragama Islam serta selebriti Rihanna.
Halima turut menjelaskan dia telah beberapa kali membelakangkan agama demi kerjaya termasuk meninggalkan waktu solat dan bersetuju melakukan peragaan menggunakan barang atau kain tertentu untuk menutup kepalanya dan bukan berhijab seperti yang dituntut Islam. Malah, setiap kali selesai menjalani penggambaran seperti itu dia rasa sangat sedih dan tidak selesa kerana ia bukanlah dirinya yang sebenar.
Bahkan menerusi Instagram, Halima sering menekankan kepentingannya memakai hijab kepada peminat. “My hijab is not going anywhere. Not today, not tomorrow not ever. The road has been long and very painful at times but also so incredibly rewarding. I’m not asking you to stop the criticism or double standards. I’m just asking you to see me as a human being. It’s easy to pass judgement when you’ve never walked a mile in someone’s shoe.”
Credit photo: Instagram Halima Aden
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak mempunyai zuriat sendiri, hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila mengenangkan terdapat keluarga kurang berkemampuan tidak dapat menyediakan susu dan lampin untuk bayi mereka akibat desakan hidup apatah lagi apabila negara berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid19 ini.
Inilah situasi yang dihadapi oleh Anzalna Nasir yang melahirkan rasa simpati terhadap golongan yang kurang berkemampuan ini dengan mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan susu dan lampin pakai buang. Nur Anzalna Md Nasir berkata, dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram yang meminta sumbangan dan bantuan.
“Sebenarnya, sejak saya buat kerja amal dengan membantu keluarga yang ada bayi, sejak itu ramai datang kepada saya minta tolong dari segi kewangan dan keperluan bayi. Tersentuh hati bila membaca DM yang beri bayi minum air kanji sebagai pengganti susu dan sebagainya. Jadi, terdetik nak buat pada masa sekarang ini sebab saya sendiri sudah mempunyai anak. Jadi sangat memahami situasi keluarga terdesak yang tidak dapat membeli susu anak dan lampin pakai buang kerana hendak mengutamakan keperluan lain walaupun pada hakikatnya susu dan lampin pakai buang juga satu keperluan sekiranya mempunyai anak kecil.
“Dalam keadaan sekarang, saya berasakan apa yang boleh tolong adalah beri sumbangan untuk mereka beli lampin pakai buang dan susu. Caranya ialah saya akan buat pindahan wang. Semalam, saya sudah dapat beberapa keluarga untuk diberikan sumbangan dan mereka beli. Saya berharap mereka memanfaatkan sumbangan tersebut untuk keperluan anak. Jika mereka berbohong dan gunakan wang untuk perkara lain, itu antara dia dengan Allah. Tapi niat saya hanyalah untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujar Anzalna yang terbaca berbagai kisah yang dikirmkan melalui DM Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Anzalna berkata dia perlu berlaku adil dengan memberikan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. Bukan bermaksud bersifat selektif, tetapi Anzalna terpaksa menapis keadaan keluarga yang benar-benar meemrlukan bantuan.
”Saya menerima banyak DM sampai tak boleh tengok satu-satu. Saya tahu, sekarang ini terlalu ramai dalam kesempitan. Saya harap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban bagi keluarga yang memerlukan. Tidak dinafikan, dalam rezeki kita, sebenarnya ada portion untuk orang lain.”
Walaupun pihak kerajaan sudah membantu, tapi ini bantuan kecil saya juga. Saya bukan kaya-raya nak tolong banyak. Saya tolong setakat yang termampu. Lagipun susu dan lampin pakai buang penting bagi mereka yang ada anak kecil,” katanya.
Ditanya mengenai aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, Anzalna semakin rajin ke dapur dan mencuba pelbagai menu untuk dinikmati oleh suami tersayang.
“Sebagai isteri sudah tentu saya akan memasak untuk suami. Dalam keadaan sekarang ni, takkan nak order sahaja makanan setiap hari. Jadi,saya masak untuk suami. Inipun barang dapur sudah hampir habis. Nak kena stok up barang basah ni,” ujar Anzalna yang bersiap dengan sanitizer, face mask dan sapu tangan sekiranya hendak keluar ke pasaraya berhampiran kediamannya.
“Sekarang ni dah tak perlu melaram sangat untuk ke pasaraya sebab semua orang akan pakai face mask. Cukup buat kening sahajalah,” ujar Anzalna seraya mengakhiri perbualan dengan gelak trademark nya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menzahirkan ucapan setinggi-setinggi tahniah kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron atas kejayaan pasukan bola sepak Perancis melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
Memetik perkongsian di Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Al Bayt, Doha pada semalam.Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut yang memihak kepada Perancis dengan keputusan 2 – 0, Emmanuel Macron.
Seri Paduka Baginda kini dalam rangka lawatan khas ke Qatar selama enam hari yang bermula pada 13 Disember lalu.Lawatan khas ini adalah atas persilaan peribadi Yang Mulia Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
Seri Paduka Baginda turut dijadualkan menerima menghadap beberapa pemimpin Kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar dalam rangka lawatan khas ini.
LAWATAN KE BALADNA FOOD INDUSTRIES Baru-baru ini, Seri Paduka Baginda berkenan untuk melawat Baladna Food Industries yang merupakan antara syarikat pengeluar produk tenusu terbesar di rantau Asia Barat, di Doha, Qatar.
Turut berangkat DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Qatar Tuan Yang Terutama Zamshari Shaharan.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Pengarah Urusan Baladna Food Industries Ramez Al Khayyat dan barisan pengurusan tertinggi syarikat tersebut.
Sejurus ketibaan Seri Paduka Baginda menerima persembahan taklimat oleh Ramez Al Khayyat berkenaan pengoperasian syarikat Baladna Food Industries. Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa meninjau sekitar kawasan syarikat tersebut.
Baladna Food Industries merupakan salah satu syarikat pengeluar produk tenusu terbesar di rantau Asia Barat yang berkeluasan 2.6 juta meter persegi dan mempunyai 24,000 ekor lembu tenusu.
Lawatan ke Baladna Food Industries adalah antara aktiviti dalam rangka lawatan khas Seri Paduka Baginda selama enam hari ke Qatar yang bermula pada 13 Disember lalu.Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember 2022.
Kredit Foto: Instagram Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.