Pengacara dan pelakon versatile Nabila Huda cukup terkenal dengan watak-watak antagonis dalam drama mahupun filem serta sikapnya yang ‘gila-gila’ dalam pengacaraan.
Nabila Huda atau mesra dengan panggilan Abil merupakan anak sulung kepada penyanyi rock legenda tanahair, Datuk Amy Search.
RAJIN MASAK
Terbaru, Abil sering berkongsi di media sosial tentang aktiviti-aktivitinya bersama Keisha termasuklah rutin menyiapkan menu sarapan atau bekal ke sekolah buat Keisha.
Bagi yang mengikuti akaun Tiktok dan Instagram Nabila Huda pasti akan teruja melihat menu-menu yang disajika setiap hari. Bukan calang-calang menu tau.
Paling menarik perhatian ramai ialah menu daging wagyu untuk bekal ke sekolah Keisha.
Wow, siap dengan buah dan sayur, complete set! Cantik je susunannya. Yang penting mudah, cepat dan sedap.
Ads
Rata-rata para peminat dan pengikutnya merasa sangat kagum serta memuji Abil yang rajin dan konsisten dengan tugasnya sebagai isteri dan ibu.
Salute betul dengan Abil yang bijak menguruskan masanya untuk suami dan anak walaupun sibuk dengan karier seni.
KEISHA MAKIN CANTIK
Cepat sungguh masa berlalu. Anak kesayangannya, Keisha kini sudah pun menginjak ke usia 13 tahun. Makin cantik dan ceria macam ibunya.
Ads
Malah, hubungan ibu dan anak ini sangat rapat dan sering ‘outing’ bersama-sama.
Sekali imbas macam kakak dan adik pula.
Untuk info, Abil berkahwin dengan Zaidy Zailani pada 2008. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Kesha Laila yang dilahirkan pada 2009.
Pun begitu, jodoh mereka tidak panjang. Pasangan ini memfailkan perceraian pada tahun 2011.
Ads
Abil kemudiannya berkahwin buat kali kedua pada 2015 dengan pemilik kafe hipster, Mohd Izwan Johar.
Tahun ini genaplah usia perkahwinan mereka yang ke-8 tahun namun belum dikurniakan zuriat.
Abil sebelum ini pernah hamil sebanyak dua kali, namun keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.
Abil atau penuhnya Nabila Huda Suhaimi pernah membintangi filem-filem terkenal seperti Munafik (2016), Rock (2005) dan Lagi-Lagi Senario (2001).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang benar, tiada apa yang diharapkan oleh kedua ibu bapa daripada anak-anaknya melainkan doa anak soleh dan solehah. Selebriti popular, Dato’ Adi Putra telah berkongsi rasa sebaknya saat mendengar anak istimewanya mengucapkan doa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 tahun.
“Saya sangat sebak bila puteri saya, Zara Adelia yang tak boleh mendengar dan bercakap membacakan doa selamat buat hari jadi saya. Allahu, bergenang air mata saya. Allah saja yang tahu. Inilah hadiah paling cukup istimewa yang tak dapat beli di mana-mana.
Terima kasih isteriku, Az-Zahra dan Nani, yang meraikan ulang tahunku ke-40 tahun. Perasaan sangat bersyukur yang pernah dipesan oleh Habib Ali Zaenal Abidin,” coret Dato’ Adi Putra di laman media sosialnya. Selamat Hari Jadi Dato’ Adi Putra, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Sebagaimana yang diketahui umum, perkahwinan di antara Dato’ Adi Putra dan Datin Aida Yusof belum lagi dikurniakan cahaya mata. Namun, pasangan ibu begitu terbuka bila bercakap soal anak. Datin Aida juga pernah berkongsi telah melakukan prosedur IVF 4 kali untuk mendapatkan zuriat namun rezeki belum berpihak kepadanya.
Pasangan ini juga reda dan telah mengambil dua orang anak angkat sebagai penyeri hidup mereka seperti temu bual bersama Datin Aida ketika sesi fotografi edisi Nona Mei 2018. “Saya dah pun ada dua orang anak angkat iaitu Az Zahra dan Zara Adelia. Waktu mereka kecil lagi saya dah susukan kedua-duanya. Zahra dan Adelia masing-masing berusia 7 tahun cuma beza sebulan je.
Zahra yang sulung, normal seperti kanak-kanak lain cuma Adelia ni sebenarnya anak OKU. Dia anak istimewa, tak boleh bercakap dan dengar. Kami dapat tahu keistimewaan Adelia ni masa masih bayi lagi bila dia tak tunjukkan sebarang reaksi terkejut dan seumpamanya,” jelas Datin Aida yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tersentuh membaca coretan pelakon dan usahawan, Bella Dally di Instagramnya, berkongsi pengalaman serta detik manis sepanjang berada di tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah haji.
Coretan tersebut turut menggambarkan bagaimana perasaan Bella sepanjang melaksanakan rukun Islam kelima itu bersama suami tercinta, Ariff Izuddin Mohd Radzali.
Bella kini membawa gelaran Hajah bersama permulaan kehidupan yang baharu sebagai seorang hamba Allah SWT yang bertaqwa.
Pemilik nama penuh Nabilah Ali Dally yang berusia 34 tahun ini turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan suami agar dilancarkan ibadah sepanjang mereka berada di tanah suci.
“Terima kasih semua atas doa anda. Kerana rahmat Allah SWT perjalanan ini lebih lancar daripada yang saya bayangkan.
“Saya berdoa agar mereka yang berhasrat untuk menunaikan haji, segera dijemput pada waktu-Nya yang tepat.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut Bella Dally menzahirkan rasa gembira dan terharu dengan coretan indah itu.
Mereka turut mendoakan semoga dimudahkan ibadah haji Bella Dally dan suami seterusnya dikurniakan kesihatan dan kudrat untuk melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.
Semoga dikurniakan haji yang mabrur buat Bella dan suami.
Untuk rekod, bergelar isteri kepada usahawan, Ariff Izuddin Mohd Radzali pada 31 Mac 2019 di Marina Putrajaya.
Mereka pertama kali bertemu pada Ogos 2018 dan mengikat tali pertunangan selepas lima bulan perkenalan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuahnya suami Muabellaz. Kejutan di hari jadi membuatkan ramai yang kecur liur. Masakan tidak, jambangan wang menjadi hadiah sempena hari lahirnya. Menurut Bellaz, rezeki yang ada hari ini adalah hasil kesusahan suami yang bersama-samanya sejak awal dahulu.
“Saya belajar makeup hanya dari Youtube dan Instagram. Masa mula-mula dulu memang saya tak mampu untuk menghadiri kelas solekan kerana yurannya terlalu mahal. Saya bukan dari keluarga yang kaya jadi duit yang ada digunakan untuk perbelanjaan keluarga dan untuk up-grade barang solekan.
Solekan ini umpama satu kelebihan dalam skil. Untuk jadi pandai, kita perlu selalu praktikkan solekan dan itulah yang saya lakukan. Setiap kali saya terima bayaran dari klien, saya gunakan untuk beli barang-barang yang lebih baik. Sampai di rumah, saya akan berulang kali solek diri sendiri supaya skil itu semakin baik.
Saya memang minat sangat makeup. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan. Selepas itu saya mula buat video live di Facebook dan tutorial makeup dan dari situ orang mula mengenali saya. Lama-kelamaan, saya mengambil cabaran membuka kelas solekan agar lebih ramai lagi yang boleh belajar ilmu solekan dan pada masa sama, saya sendiri boleh belajar dari mereka dan mengasah skil sendiri,” ujarnya.
Mengimbau kembali setiap kesukaran hidup yang pernah dilalui, Bellaz hampir mengaku kalah dengan airmata. Hidupnya sukar dan tidak pernah langsung dia terfikir dapat keluar dari kemiskinan. Jiwa yang kental dan tanggungjawab yang dipikul membuatkan Bellaz sentiasa mencari ruang untuk cuba memperbaiki nasib keluarga.
“Ayah saya seorang nelayan, manakala ibu pula hanya seorang surirumah. Apabila ayah ‘masuk pulau’, hampir dua hingga tiga minggu juga kami ditinggalkan. Sebagai anak ketiga, saya rasa sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mencari rezeki untuk kami anak-beranak makan, biarpun hanya kais pagi makan pagi.
Kesenangan yang dikecapi Bellaz kini bukanlah hasil sebulan dua. Dia bekerja keras demi kelangsungan hidup dan untuk terus kekal relevan dalam industri demi untuk memberi kesenangan kepada keluarga. Macam tidak percaya apabila Bellaz akui adik-adiknya tidak tahu membuka pintu kereta kerana tak pernah naik kereta seumur hidup mereka.
“Sewaktu saya dan suami belum berkahwin, suami bercadang membawa saya dan adik-adik makan dengan menaiki kereta. Adik-adik saya tak tahu macam mana nak buka pintu kereta kerana kami tak pernah naik kereta! Bagi saya, makan sayur kailan dan minum Milo ais pun sudah cukup mewah.
Kalau tak cukup duit untuk makan, memang saya sendiri akan ke rumah jiran untuk pinjam duit. Kadang-kadang duit upah dari kelas ikan saya berikan kepada ibu kerana ibu dan adik-adik tak makan. Saya berlapar kerana kasihankan mereka. Saya sedar ramai lagi orang yang lebih susah dari saya tapi ini kisah hidup saya yang ingin kongsikan kepada semua,” cerita Bellaz.
“Saya tak pernah terfikir untuk mendapat rezeki besar macam ni dari Allah. Saya fikir, cukuplah kalau ada duit untuk makan, tak perlu kaya-raya. Tetapi ini pemberian Allah, jadi saya perlu buat sesuatu agar ia boleh dikongsi bersama orang lain.
Di kampung, memang ramai sangat orang yang susah, malah lebih susah dari saya dulu. Kalau saya dengar ada yang perlukan bantuan, saya akan ke rumah mereka dan lihat apa yang boleh dibantu. Begitu juga sekiranya mereka perlukan bantuan dari segi kemudahan infrastruktur.
Ada dua perkara yang saya pegang dalam diri iaitu sejahat mana sekalipun kita, jaga hubungan kita dengan Allah kerana Allah akan sentiasa bersama kita. Jangan pernah putus doa dan niat perlu betul. Dan bersedekah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Dengan rezeki yang Allah beri, kita cuba bantu adik-beradik kita dan tolong orang yang memerlukan.” Katanya mengakhiri perbualan.
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.