Bukan seorang dua, tapi ramai dah sukses, kini giliran anda pula untuk ubah hidup melalui Transformasi360, bakal kembali September ini!
Ketika rakyat Malaysia terus berdepan dengan tekanan hidup yang semakin meruncing, daripada peningkatan kos sara hidup, kekeliruan dalam menentukan hala tuju kerjaya, sehinggalah hubungan peribadi yang semakin renggang kini muncul semula satu peluang berharga bagi mereka yang benar-benar ingin melakukan perubahan hidup dari dalam.
Transformasi360, sebuah program pembangunan diri intensif anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), bakal kembali buat kali kedua pada 5 hingga 7 September 2025.
Penganjuran kali ini hadir selepas kejayaan luar biasa pada sesi pertama Mei lalu yang berjaya menghimpunkan lebih 3,500 peserta dari seluruh negara. Menurut Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sambutan tinggi yang diterima sebelum ini mendorong sasaran penyertaan kali ini ditingkatkan sekurang-kurangnya dua kali ganda, dengan minimum 5,000 peserta disasarkan untuk sesi September nanti.
“Ramai yang menyuarakan rasa terkilan kerana terlepas peluang Mei lalu. Jadi kami adakan sekali lagi, tapi kali ini khas untuk mereka yang benar-benar serius mahu alami transformasi dalam hidup ini.
Ads
Transformasi360 bukan sekadar program motivasi, tetapi sebuah pengalaman sebenar yang menyeluruh dan mendalam. Ia membantu peserta mengenal kekuatan dan kelemahan diri dengan lebih jujur, memahami serta membuang corak sabotaj diri yang sering menjadi penghalang kejayaan dan menstruktur semula kehidupan termasuk aspek hubungan dan kewangan,” ujar Prof Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Bukan seorang dua, tapi ramai dah sukses, kini giliran anda pula untuk ubah hidup melalui Transformasi360, bakal kembali September ini!
Tambah Azizan, peserta Transformasi360 juga didedahkan kepada cara memperbaiki komunikasi dalam keluarga dan organisasi, serta mendalami tujuan hidup sebenar agar mereka dapat membina kejayaan yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.
Ads
“Menariknya, penganjuran kali ini turut dimantapkan dengan sokongan Astro sebagai rakan media strategik, yang akan membantu menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara — agar manfaat Transformasi360 dapat dirasai lebih meluas.
Dengan elemen teknologi AI interaktif, peserta dibantu mengenal gaya tindakan dan emosi mereka, seterusnya mampu membuat perubahan yang lebih terarah dan kekal,” jelasnya.
Ads
Dalam pada itu, Azizan memberitahu, program ini dibangunkan berdasarkan pengalaman membimbing lebih 2 juta peserta dan ribuan usahawan selama lebih dua dekad.
“Transformasi360 ini bukan untuk yang hanya mahu ‘cuba-cuba’. Ia untuk yang benar-benar nak ubah hidup dan sanggup bertindak. Ini kali kedua dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini,” tegasnya.
Orang ramai yang berminat boleh layari www.transformasi360.com dengan tempat adalah terhad dan hanya dibuka kepada mereka yang bersedia untuk mengalami perubahan sebenar dalam hidup.
Kalau tak mampu nak jaga anak orang, jangan jadi pengasuh! Itu kata-kata yang meluncur keluar dari mulut ramai kaum ibu bila isu penderaan kanak-kanak di taska makin serius sekarang. Sudahlah berani berselindung di sebalik profesion mulia pendidik, terang-terangan tunjuk contoh tak baik depan anak kecil lagi.
Video berdurasi dua minit yang viral di Internet sejak tiga hari lalu nyata masih meninggalkan kesan kepada sebahagian besar ibu bapa. Apatah lagi bagi si ibu yang mengandungkan anak kecil mangsa dera tersebut yang pastinya trauma menghadapi situasi sukar hari ini.
Berkongsi apa yang dirasainya sejak insiden berkenaan tular, Nur Hasriha Mohamad meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia yang selama ini enggan ambil pusing dengan aduan anak sulungnya kerana menganggap guru-guru di taska berperibadi baik.. sama sekali tak menyangka sanggup memperlakukan anak kecil berusia tiga tahun ini seperti boneka.
“Assalamualaikum.. berkenaan dengan kes dera anak saya tu, terus terang saya katakan saya langsung tak boleh terima apa yang dia dah buat pada anak saya.. saya tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar). Kami bukan dari keluarga yang senang. Yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga. Bukan dengan cara macam ni.. terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya.
Sampai anak tak nak sekolah saya fikir positif je. Rupanya ini lah sebabnya anak saya tak nak ke sekolah dan dia ada juga cerita teacher pukul Dina. Tapi cerita tu sebelum kejadian. Saya tak percaya cakap anak.. dia siap tunjukkan teacher pukul macam mana. Saya suami isteri masih berfikiran positif. Biarkan je apa yang Dina cakap.
Setiap kali bukak FB penuh cerita pasal Dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya. Hati masih belum boleh terima apa yang terjadi sekarang ni.
Hari ni 14.8.2018 genap anak ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun… Perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan. Bila dah jadi macam ni, memang tak buatlah. Ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ni. Tadi sebelum dia tidur saya ada cakap dengan dia, ‘Dina nak sekolah baru tak?’ Seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru. Mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ.
Tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolonglah jaga anak saya betul-betul. Janganlah benda ni berulang lagi. Kasihan lah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.”
Sumber: Facebook Nur Hasriha Mohamad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan suami isteri mana yang tidak gembira menerima perkhabaran bakal menimang cahaya mata sebagai penyeri kehidupan berumahtangga. Meskipun sudah mempunyai zuriat pertama, namun berita kehamilan kali kedua Maryam You Narae sememangnya disambut penuh kesyukuran oleh Ryzal Ibrahim.
Keterujaan pasangan suami isteri ini menerima berita kehamilan rupanya tidak lama apabila Maryam keguguran ketika usia kandungan baharu sahaja mencecah tiga minggu.
“Saya mengalami keguguran sekitar Mei lalu. Ketika itu, usia kandungan masih di peringkat awal sekitar 3 minggu. Saya mula merasakan perubahan diri apabila kerap makan dan gemar makan tanpa henti,” jelas Maryam dan Ryzal yang tidak menghebahkan mengenai kejadian tersebut di media sosial.
Berkongsi secara eksklusif ketika ditemui NONA baru-baru ini, sebagai suami Ryzal melahirkan rasa bersalah kerana kurang prihatin soal penjagaan emosi Maryam ketika kandungan di awal usia.
“Sebenarnya, saya terkejut bila Maryam bagitahu bila dia tak datang haid dan dia pelik. Dia buat pregnancy test beberapa kali dan ada dua garisan. Saya rasa seperti tak percaya tapi dalam masa yang sama sangat excited kerana saya mengharapkan zuriat kali adalah lelaki,” ujar Ryzal memulakan bicara.
Tambah Ryzal lagi, dia teruja membeli beberapa keperluan bayi memandangkan ketika menyambut kelahiran Rina, pandemik Covid-19 masih belum reda dan keperluan bayi juga ala kadar sahaja.
Namun keterujaan berita kehamilan Maryam tidak lama apabila Maryam mengalami keguguran sekitar Mei lalu.
“Saya tahu saya keguguran apabila darah keluar dengan banyak dan kemudian melakukan pemeriksaan lanjut. Bila mendapat pengesahan dari doktor, kami berdua memang sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi kami terima qada dan qadar yang telah tertulis untuk kami. Mungkin belum rezeki untuk timang anak kedua,” ujar Ryzal yang menenangkan Maryam yang setia di sisinya meskipun berlinangan air mata mengenangkan perkara tersebut.
Meskipun belum rezeki untuk menambah anggota keluarga, Ryzal berlapang dada menerima ketentuanNya dan menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.
“Apabila berlakunya pendarahan, saya lihat Maryam sudah terlalu sedih dan ketika itu saya perlu kuat untuk Maryam. Namun bila hasil pemeriksaan doktor mengesahkan Maryam keguguran, sudah tentu kami sedih tetapi saya percaya mungkin bukan rezeki kami lagi. Mungkin sebab persediaan tidak cukup dari segi kewangan dan fizikal,” ujar Ryzal.
Ryzal turut melahirkan rasa kesal apatah lagi membiarkan isterinya bekerja di awal kehamilan. Berbeza dengan awal kehamilan zuriat pertama, ia lebih santai apatah lagi Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan dan mereka lebih banyak melakukan kerja dari rumah sahaja.
Meskipun sudah beberapa bulan berlalu, baik Maryam mahupun Ryzal masih bersedih di atas peristiwa tersebut. Namun kedua-duanya menganggap aturan dariNya adalah yang terbaik dan menjadikan mereka lebih bersemangat untuk bekerja dan mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadap zuriat mereka, Rina.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan anak pertama bernama Rina pada Oktober 2021 yang lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bidang perniagaan sememangnya menjamin sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Baru-baru ini, Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulit tempatan milik Fabulove Sisters Empire baru-baru ini meraikan majlis pelancaran produk keluarannya dan seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin yang terletak di Ampang. Antara produk keluaran Kyut Skin termasuklah Stik Pelindung Matahari, Oli Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.
Ia telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya antaranya termasuklah Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk produk stick pelindung matahari. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023 yang lalu.
Menyedari persepsi masyarakat mengenai kebanjiran produk ‘timbang kilo’ di pasaran, Fabulove Sisters Empire mengambil inisiatif tersendiri mengeluarkan produk berasaskan bahan organik dengan bantuan teknologi kecantikan dari Korea.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Menyedari kesedaran di kalangan wanita Malaysia mengenai kepentingan penjagaan kulit untuk kekal cantik dan sihat untuk jangka masa panjang, syarikat tersebut komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan bermanfaat.
“ Kunjungan ke Korea Selatan untuk menjalin kerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih telah dilakukan demi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi. Kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan memberi manfaat untuk para pengguna,” ujar Fathini.
Tidak hanya mahu menumpukan perhatian kepada bidang penjagaan kulit, jelas Jelas Fathini yang turut popular dengan panggilan Nini Comei, Kyut Skin merupakan langkah pertama mereka dalam dunia perniagaan sebelum Fabulove Sisters Empire meneroka peluang bidang perniagaan lain pula.
Sebagai langkah permulaan, Kyut Skin membuka ruang pameran eksklusif Kyut Skin yang terletak di Ampang telah dirasmikan baru-baru ini. Ia merupakan langkah awal jenama tersebut untuk mewujudkan lebih banyak cabang perniagaan lain antaranya termasuklah Kyut Cafe dan Kyut Villa di Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Kyut Skin ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi ruang pasaran di negara kita tetapi misi kami adalah untuk membuka lebih banyak peluang menjana ekonomi dalam masyarakat.
Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaikha, berkata, Kyut Skin memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang dihasilkan. Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih, Kyut Skin memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi.
Selain perancangan perniagaan tersebut, jenama ini juga mensasarkan penjualan produk pada tahun ini bakal mencapai sasaran RM3 juta.
“Kami sasarkan mengeluarkan lapan jenis produk, di mana empat lagi produk akan dipasarkan pada tahun hadapan.“Untuk sasaran jualan empat produk yang ada, kami menjangkakan angka RM3 juta pada tahun ini dengan pelbagai bentuk promosi, penambahan ejen berdaftar dan antara produk ini juga telah mula dipasarkan di beberapa buah farmasi. Bermakna semua produk dijangka akan sold out pada hujung tahun,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, usia perkahwinan usahawan Vie Shantie Khan dan suami tercinta, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan hampir menjangkau usia 10 tahun. Tanggal 11 November pastinya menjadi detik terindah dan bermakna bagi pengasas jenama muslimah V Hijrah ini apabila dia kembali bertemu jodoh selepas perkahwinan terdahulu berakhir ...