Daun pandan sememangnya terkenal dengan keharuman bau dan digunakan secara meluas untuk bidang kulinari. Meniti waktu petang sebegini, apa kata anda hidangkan seisi keluarga dengan kuih tradisi kegemaran ramai, Kuih Seri Muka.
Khabarnya, aktres cantik Mawar Rashid juga suka makan kuih tradisi ini. Jom cuba resipi yang Nona kongsikan berikut.
Ads
KUIH SERI MUKA
Bahan-bahan untuk membuat pulut:
Ads
400 gram beras pulut putih (direndam selama tiga jam)
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak
Bahan-bahan untuk lapisan atas kuih:
2 cawan santan pekat
150 ml air
4 helai daun pandan
1 cawan tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
¾ cawan gula pasir
1 biji telur ayam
½ sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Cara membuat:
Ads
Bersihkan beras pulut dan tos hingga kering. Masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan kertas plastik. Kemudian, sapukan minyak di sekeliling loyang untuk mengelak adunan melekat. Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang berisi pulut tadi. Gaul sebati dan kukus selama 30 minit. Pastikan adunan dikacau supaya pulut masak dan sekata serta santan dan pulut berada pada paras sama. Setelah masak, tekan pulut hingga mampat di dalam loyang. Untuk menyediakan lapisan atas kuih, kisar daun pandan bersama air dan tapis. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula dan garam ke dalam bekas berasingan. Kacau sebati dan tuang air secukupnya. Selepas itu, titik beberapa pewarna hijau dan tuang air pandan tadi. Campurkan semuabahan dan kacau sebati. Tapis sekali lagi untuk memastikan tiada ketulan tepung. Tuangkan ke atas pulut di dalam loyang. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Balut penutup periuk dengan kertas aluminium atau kain bersih agar air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih. Pastikan penutup periuk dibuka setiap 10 minit untuk membuang wap air. Biarkan adunan kuih sudah sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan. Potong dan hidangkan. SUZIANA ABU DAUD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nikmati hidup bebas stres dan daya ketahanan badan yang kuat dengan hidangan berasaskan ikan.
Jika selama ini anda lebih suka menjamah sajian daging atau ayam, tukar menu ikan pula untuk mendapatkan otot yang kuat, jantung sihat dan hormon yang stabil.
Selain kaya dengan zat protein yang tinggi, sumber makanan ini juga sesuai dinikmati oleh wanita yang baru melahirkan bayi. Di samping membaik pulih sel dalam badan, juadah ikan juga baik untuk pertumbuhan rambut baru. Memang tepat disajikan untuk wanita berpantang.
(a) Bawal Masak Asam Pantai Timur
Bahan-bahan:
150 ml minyak masak
1kg ikan bawal
½ cawan air asam jawa
½ sudu teh biji sawi
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sepotong halia
Sedikit kunyit hidup
½ biji lobak merah
2 tangkai cili merah
Sedikit garam
1 sudu teh lada hitam
Sedikit daun sup
Cara membuat:
Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dipotong halus. Tumis hingga naik bau. Masukkan pula cili merah diikuti dengan setengah sudu biji sawi dan lobak merah yang dipotong halus. Seterusnya, masukkan air asam jawa, lada hitam dan garam untuk perasa. Letakkan daun sup untuk hiasan. Siap untuk dihidang. Anggaran tempoh penyediaan masakan ini adalah lebih kurang dalam 20 minit.
(b) Tenggiri Ala Sze Chuan
Bahan-bahan:
150 ml minyak masak
1kg ikan tenggiri
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Sepotong halia
200 gram sos cili
100 gram sos tiram
2 sudu besar kicap
Sedikit minyak bijan
3 tangkai cili kering
Sedikit tepung jagung
Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dipotong halus. Kemudian masukkan satu sudu besar sos cili, sos tiram dan kicap. Letak sedikit minyak bijan dan masukkan cili kering yang dipotong bersama tepung jagung sebagai agen pemekat. Tuang kuah yang telah siap tadi ke atas tenggiri yang sudah siap digoreng. Tempoh penyediaan masakan ini adalah lebih kurang 20 minit. Suziana Abu Daud
Nona salute bakat kulinari dan cara Anis Nabilah yang tidak putus-putus mempromosikan sajian Malaysia kepada dunia. Pelantikannya sebagai Pakar Perisa KitKat sejak tahun lalu dimanfaatkan sebaik-baiknya cef selebriti ini yang ternyata bijak mengetengahkan juadah tradisi dan makanan kegemaran rakyat Malaysia sebagai elemen utama dalam penghasilan coklat premium jenama tempatan ini.
Berbekalkan pengalaman luas yang ditimba selama ini, Anis menzahirkan kreativiti pembuatan coklat KitKat berteraskan cita rasa rakyat Malaysia sehingga terhasilnya wafer coklat berperisa Nasi Lemak, Deconstructed Ice Kacang, Ice Cream Potong, Traditional Onde Onde, Teh Tarik, Durian Delight dan Milo. Sempena ulang tahun pertama pembukaan kedai konsep KitKat Chocolatory di Mid Valley Megamall semalam, Anis turut berbesar hati membuat demonstrasi penyediaan coklat tersebut sebelum diberikan kepada orang ramai.
“Dengan bantuan KitKat, saya dapat menghasilkan pelbagai perisa yang menyeronokkan dan benar-benar menjiwai selera Malaysia. Dari Deconstructed Ice Kacang, Ice Cream Potong hingga ke Traditional Onde Onde, saya tidak akan melupakan asal-usul saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa berusaha mencari keseimbangan antara ramuan tempatan dari Malaysia dan antarabangsa untuk mengeluarkan ciptaan KitKat saya sendiri.
KitKat Chocolatory memberi peluang kepada setiap pelanggan dan juga penggemar coklat untuk mencipta perisa coklat yang diinginkan dengan hasil yang sungguh luar biasa,” tuturnya.
Selain mengandungi ramuan berkualiti seperti kacang badam panggang, karamel kenyal dan kepingan cili pedas, KitKat Chocolatory turut menawarkan sebanyak 10,000 kombinasi perisa berbeza kepada pelanggan. Malah, ia juga sesuai dijadikan sebagai hadiah atau cenderahati kerana mempunyai pilihan kotak hadiah pelbagai warna dan corak berserta mesej tersendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang tertanya-tanya apa itu nise kerek. Bila tiba bulan puasa, ini adalah antara bahan yang mesti ada di rumah, lebih-lebih lagi untuk orang Pantai Timur. Susah untuk mendapatkan nise kerek asli di bandar. Ada yang sanggup membuat pesanan dari Kelantan dan membayar kos penghantaran agar pemanis mulut untuk berbuka nanti ‘menjadi’.
Nise kerek yang cukup dikenali di Kelantan atau gula melaka ini diperbuat daripada nira atau tuak kelapa. Ada juga nise yang menggunakan nira kabung untuk mendapatkan rasa yang enak pada nise kerek.
Istimewanya nise kerek ini adalah kerana rasanya lemak manis, tidak seperti gula biasa. Penggunaannya juga adalah untuk menggantikan gula dalam sesetengah amsakan atau hidangan pemanis mulut. Bukan senang untuk menghasilkan nise kerek kerana biasanya di Kelantan, ia bermula dengan memasak nira kelapa di dalam kawah dengan menggunakan kayu api selama lebih empat jam.
Apabila air nira menjadi pekat, ia perlu dikacau untuk mengelakkan menjadi hangit. Teknik unutk mengacau nira yang telah pekat juga berbeza dan mempunyai identiti tersendiri. Prosesnya agak sukar namun keenakkanya begitu sempurna!
Pada bulan Ramadan seperti ini, ramailah para wanita yang sibuk mencari nise kerek untuk menyediakan pemanis mulut. Antara menu yang sering dikaitkan dengan nise kerek adalah seperti Ketupat Sotong Kelantan, onde-onde, sago dan kuih lopes.
Bagi yang sudah membuat pesanan nise kerek dari Pantai Timur, bolehlah anda cuba resipi ini. Untuk anda yang masih menunggu, boleh juga gunakan gula kabung atau gula pasir bagi menggantikan nise kerek. Rasanya juga pasti sedap, cuma kurang Umphh. Selamat mencuba!
KETUPAT SOTONG KELANTAN
Bahan bahan:
Beras pulut secukupnya basuh dan rendam sekejap
8 ekor sotong – asingkan kepala dan badan
Santan
1 ketul nise kerek (boleh juga melebihkan nise untuk rasa lebih manis berlemak)
1 sudu gula pasir
Secubit garam
Daun pandan
Cara cara:
1.Beras pulut dibersihkan dan direndam bersama santan dan sedikit garam.
2. Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih.
3.Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekan sedikit. Kemudian cucuk dengan lidi untuk mengemaskan bahagian hujung agar pulut tidak terkeluar.
4.Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam. Masak sehingga pulut masak, kemudian masukkan nise kerek. Masak sehingga agak pecah minyak.
5.Apabila siap, hidangkan di atas pinggan dan tuangkan kuah untuk menambahkan lagi keenakannya.
SOM SOM SAGU
BAHAN SAGU:
1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
BAHAN KANJI SOM-SOM:
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
BAHAN AIR GULA
1 1/2 cawan air
4 keping gula kerek/melaka atau boleh guna gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan air gula dan masak guna api sederhana hingga mendidih. Tapis dan sejukkan.
2. Untuk menyediakan sagu, masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Boleh juga masukkan pewarna hijau.
3. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu. Kacau hingga pekat. Masa ni sagu masih lagi bermata ikan.
4. Tuang sagu ke dalam bekas-bekas kecil sehingga memenuhi separuh atau 3/4 bekas sahaja. Kukus selama 15 minit sehingga sagu menjadi jernih. Sejukkan.
5. Jika tiada pengukus, boleh juga kacau hingga sagu jadi jernih dengan menambah sukatan air. Tapi tidak digalakkan kerana sagu akan jadi lembik.
6. Untuk menyediakan kanji som-som, satukan kesemua bahan di dalam periuk dan sebatikan.
7. Masak hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana.Sentiasa dikacau untuk elak ia berketul.
8. Tuang adunan ke atas sagu yang telah dikukus tadi. Sejukkan. Nikmati bersama air gula.
LOPES UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
Bahan Lopes:
2 cawan ubi kayu | parut
½ cawan kelapa parut | putih sahaja
Secubit garam
Daun pisang | secukupnya
Bahan Air Gula:
1/2 cawan gula merah
3 sudu makan gula
2 helai daun pandan
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Ubi yang telah diparut di tapis untuk buang air kanjinya.
2.Gaulkan ubi dengan sedikit garam dan balut kemas menjadi bentuk selinder menggunakan daun pisang yang telah disapukan dengan sedikit minyak masak.
3.Ikat di kedua-dua hujung gulungan.
4.Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit
5.Biarkan kuih lopes sejuk.
6.Sementara itu, masukkan semua bahan air gula dalam periuk.
7.Masak menggunakan api sederhana hingga mendidih.
8.Tutup api dan tapis air gula, biarkan sejuk.
9.Potong lopes menggunakan benang kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sekejap.
10.Lopes sedia dihidangkan dengan air gula.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih kekal berbisa dan tiada tandingan! Itulah ungkapan paling tepat yang boleh menggambarkan kehebatan persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada...