Pemilihan aksesori yang sempurna mampu memberikan penampilan lebih menyerlah buat gaya wanita. Pemilihan kalung atau rantai juga perlu diberi perhatian agar ia tampak sempurna buat diri dan personaliti anda.
Anda perlu mengenal pasti rantai yang sesuai dengan bentuk leher anda supaya ia kelihatan terletak dan seimbang. Sesungguhnya pemilihan rantai yang ideal boleh memberi impak menawan buat keseluruhan gaya anda. Nona kongsikan tip memilih rantai agar terlihat tepat dan sempurna mengikut bentuk leher anda!
IKLAN
LEHER PENDEK
Wanita yang mempunyai leher pendek sesuai untuk menggayakan rantai yang berjuntai berbentuk V. Rantai jenis ini akan membuatkan leher anda tampak panjang dan jinjang. Selain itu, pilih rantai yang tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang dimana ia hanya sekitar 2 ke 3 inci di bawah tulang belikat anda.
LEHER KURUS DAN PANJANG
Elakkan mamakai rantai berbentuk V kerana ia akan membuatkan leher anda terlihat panjang dan tidak seimbang. Anda boleh memilih rantai yang berbentuk melingkar di sekitar leher dan tidak menjuntai. Contohnya, pemilihan rantai mutiara yang melingkari leher cukup sesuai dan sempurna kerana bentuknya yang bulat akan memberikan keseimbangan buat penampilan anda.
IKLAN
LEHER BESAR
Wanita yang mempunyai bentuk leher yang besar juga boleh memakai rantai, namun anda harus bijak memilih rantai yang sempurna. Rantai jenis berantai panjang dimana panjangnya melebihi 18 inci di bawah tulang belikat merupakan pilihan yang tepat.
IKLAN
LEHER MELEBAR
Leher melebar ialah bentuk leher yang semakin mendekati tulang belikat. Pilih rantai yang panjang menjuntai dengan 24 inci di bawah tulang belikat untuk memberikan bentuk leher yang lebih seimbang. Sebaiknya, anda boleh memilih rantai yang nipis di bahagian atas dan semakin melebar di bahagian bawah.
Wanita dan fesyen memang sukar untuk dipisahkan. Menjadi lumrah bagi seorang wanita untuk kelihatan cantik dan menawan. Namun, bentuk badan seringkali menjadi halangan untuk wanita terus bergaya. Labih-lebih lagi wanita yang memiliki perut buncit. Mereka berasa kurang yakin untuk tampil bergaya disebabkan masalah ini. Jom Nona kongsikan tip berguna buat mereka yang memiliki perut buncit untuk berfesyen!
1. Pilih skirt jenis A-line kerana ia membantu untuk menyembunyikan masalah perut buncit. Ini kerana potongan skirt yang luas di bahagian bawah amat sesuai untuk menyembunyikan bahagian pinggang anda.
2. Seluar ala Aladin atau seluar nelayan Thai dapat menyembunyikan perut anda yang berlipat kerana mata akan tertumpu pada rekaan seluar yang unik itu.
3. Pakai tali pinggang yang besar dan luas di pinggang anda. Ikat tali pinggang 1 inci lebih tinggi daripada paras pinggang anda untuk menutup bahagian perut buncit.
4. Pakai skirt jenis pleated atau skirt kipas menegak ke bawah untuk memberi visual pinggang anda kelihatan lebih langsing. Sebaiknya cari skirt yang bercorak untuk menutup kekurangan ada.
5. Elakkan memasukkan baju ke dalam pinggang untuk memberikan kesan ilusi badan yang lebih langsing.
6. Elakkan memakai jean jenis low-waist sebaliknya pilih jean atau seluar jenis high waist atau berpinggang tinggi. Ia boleh membuatkan anda tampak lebih langsing dan lampai. Jangan lupa padankan bersama baju bercorak gelap.
7. Pilih material pakaian yang tidak jarang kerana ia akan membuatkan perut anda nampak buncit. Sebaiknya pilih baju yang mempunyai material dari sutera atau yang berwarna terang.
8. Elakkan memakai baju yang mempunyai corak horizontal atau melintang kerana ia akan menyebabkan perut anda kelihatan lebih buncit. Bagi menyembunyikan masalah perut buncit tersebut, sebaiknya pilih pakaian yang ada rekaan wrap top atau baju yang mempunyai tali atau ikatan di bahagian bawahnya.
Semakin ramai wanita berhijab yang kini bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen terkini. Walaupun berhijab, penampilan harus dijaga agar kelihatan lebih berkeyakinan sekaligus memberi impak positif buat seorang wanita muslimah. Bagi wanita yang memakai hijab, penting untuk anda menyesuaikan sesuatu rekaan pakaian dengan imej berhijab agar kelihatan sopan dan tidak keterlaluan. Ekoran fesyen Muslimah yang semakin meriah dengan keluaran pelbagai koleksi pakaian Muslimah moden, berikut merupakan beberapa tip fesyen terkini khusus untuk wanita bertudung yang boleh dijadikan panduan.
1. TUBUH KECIL
Wanita muslimah yang bertubuh kecil seeloknya elakkan diri daripada memakai jubah yang terlalu besar dari saiz anda. Ia hanya akan menampakkan tubuh anda kelihatan janggal dan seakan tenggelam. Untuk kesan terbaik, anda boleh memakai blaus yang panjang atau tunik labuh paras lutut dan dipadankan dengan seluar jenis straight cut. Anda juga boleh meilih rona terang sebagai pilihan agar anda kelihatan lebih berisi. Dari segi pemilihan tudung, anda digalakkan untuk memilih tudung atau selendang dengan warna yang senada agar penampilan anda kelihatan cantik dan sopan.
2. TUBUH TINGGI
Bagi Wanita yang mempunyai tubuh yang tinggi, anda cukup beruntung kerana memiliki tubuh yang menjadi idaman setiap wanita diluar sana. Anda sesuai memakai pelbagai jenis busana muslimah dari jubah, tunik hingga ke paduan blaus dengan skirt atau seluar panjang. Malah, anda juga sesuai bermain dengan fesyen yang lebih berani seperti permainan rona busana, potongan busana dan sebagainya. Untuk menaikkan seri penampilan anda, anda boleh memakai aksesori seperti rantai atau gelang supaya penampilan anda kelihatan lebih cantik dan lebih manis. Namun harus diingatkan, jangan memakai aksesori berlebihan hingga boleh menenggelamkan penampilan anda.
3. TUBUH BERISI
Rata-rata wanita berisi rungsing untuk memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh mereka. Untuk tubuh berisi, pilih blaus dan seluar jenis wide leg. Dengan blaus muslimah ini anda akan kelihatan lebih langsing. Untuk memberi kesan langsing yang paling berkesan, Pilihlah warna gelap untuk menghasilkan ilusi dan menyamarkan bentuk tubuh anda. Pilih tudung atau selendang yang tidak berlapis untuk menghindari efek penuh pada penampilan anda. Anda juga boleh memilih corak yang ringkas seperti garis-garis lurus atau corak abstrak yang berbentuk kecil supaya anda kelihatan langsing dan tidak berisi.
4. MEMAKAI OUTERWEAR
Memakai outerwear boleh memberi impak yang lebih trendy buat penampilan anda. Jika anda ingin tampil kasual bersama padanan jeans dan t-shirt kegemaran anda, ‘always remember to put yourself an outerwear’. Selain memberi gaya stylish, pemakaian outerwear juga mampu menutupi bentuk tubuh anda daripada terlihat terus. Jenis-jenis outerwear yang boleh anda gayakan adalah seperti kardigan, blazer, kimono top, dan sweater. Pemilihan fabrik outerwear juga haruslah bersesuaian dengan aktiviti yang anda lakukan. Apa yang paling penting, bergayalah mengikut kesesuaian gaya dan personaliti anda!
5. PEMILIHAN RONA
Pemilihan rona juga amat penting buat wanita berhijab. Tentu sekali anda tidak akan pernah salah apabila memilih rona hitam sebagai pilihan. Ia bukan sahaja menjadikan tubuh anda kelihatan langsing, malah warna hitam juga membuatkan penampilan anda kelihatan elegan dan eksklusif. Sekiranya anda tidak menggemari rona hitam dan menganggapnya ia sebagai rona yang membosankan, anda boleh memilih rona-ronna pastel seperti dusti link, lilac, hijau muda, ungu lembut, mint green dan banyak lagi. Rona-rona ini mampu memberi sisi kelembutan dan feminin yang tiada tara buat penampilan anda. Elakkan memilih rona terlalu terang atau neon untuk dijadikan pilihan.
6. MENUTUPI BAHAGIAN PINGGUL
Ramai wanita yang terlepas pandang mengenai hal ini. Pakaian yang menutupi bahagian pinggul juga perlu dititikberatkan buat seseorang Muslimah. Kini terdapat banyak koleksi pakaian muslimah moden yang mempunyai rekaan menutupi bahagian pinggul wanita. Penting untuk wanita berhijab memakai pakaian yang tidak memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang dipakai adalah ketat.Sebaiknya jika seluar yang digayakan sedikit ketat, anda dinasihatkan untuk memakai baju yang lebih panjang melebihi paras punggung dan peha. Sebagai contoh, anda boleh memilih kemeja oversized berona putih untuk dijadikan pilihan.
7. BUSANA LONGGAR
Siapa kata busana longgar tidak bergaya? Anda boleh bergaya dengan koleksi busana Muslimah seperti kaftan yang kini banyak tersedia dalam rekaan longgar dan trendy. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk potongan dan juga dalam motif yang cukup menarik. Selain tampil lebih trendy, busana jenis ini pastinya memberi keselesaan optimum buat si pemakai. Bukan itu sahaja, malah ia memudahkan pergerakan anda untuk melakukan aktiviti seharian. Koleksi busana seperti ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan bersama seluar, malah cukup menarik untuk dipadankan bersama skirt labuh.
Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Pemilihan warna yang sesuai di dalam pemakaian seharian mampu mengubah mood dan juga personaliti. Penulis pasti anda semua ada warna kegemaran masing-masing kan? Nah, ini warna tahunan untuk 2018, ULTRA VIOLET atau dari pandangan mata kasar, ungu lembut. Menurut Leatrice Eiseman yang merupakan pengarah eksekutif Institut Warna Pantone kepada New York Times, “Kami mahu memilih sesuatu warna yang membawa harapan dan juga membawa mesej yang membina. Selain itu warna ini juga melambangkan simbol kepada trend dan suasana budaya.”
Jom kita lihat mood board trend fesyen musim bunga/panas 2018 yang menggarap warna ini dengan baik di dalam rekaan mereka.
Kalau tadi kita lihat dari segi trend fesyen, jom kita intai mainan warna ini menerusi penerapan kepada seni hiasan dalam pula.
Menurut Leatrice lagi, “Tiada unsur-unsur politik menjadi inspirasi kepada pemilihan warna ini sebagai warna tahunan. Ia lebih menjurus kepada cita-cita dan juga pemikiran yang bergerak jauh ke hadapan.”
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...