Pastinya semua wanita ingin tampil bergaya dan anggun, namun tidak semua gaya sesuai digayakan dengan ketinggian dan bentuk tubuh badan wanita. Oleh itu, anda harus mengetahui cara menyesuaikan pakaian dengan bentuk fizikal agar ianya tampak cantik saat disarungkan ke badan anda.

IKLAN

1. PILIH SELUAR IKUT SAIZ

Rasa Tergugat dengan Penampilan Model? Ini 4 Trik Mudah Buat WANITA PENDEK Terlihat Lebih Tinggi!

Jika anda bertubuh rendah, seluar singkat bakal membuatkan anda tampak lebih rendah. Jenis seluar paras pinggang atau high-waist pants memberikan ilusi yang lebih tinggi dan begitu juga dengan seluar berjalur menegak. Seluar jenis palazzo memberikan ilusi kaki yang panjang. Seluar jenis ini sesuai untuk semua jenis tubuh. Trik mudah, elak padankan palazzo dengan baju labuh. Jika baju anda labuh, masukkan baju anda di dalam dan seluar jenis ini sesuai digayakan dengan pelbagai jenis kasut.

2. PILIH KASUT YANG SESUAI

Rasa Tergugat dengan Penampilan Model? Ini 4 Trik Mudah Buat WANITA PENDEK Terlihat Lebih Tinggi!

Tip paling mudah untuk kelihatan lebih tinggi ialah dengan memakai kasut tumit tinggi. Selain itu rona kasut juga memainkan peranan yang penting kerana memberikan ilusi yang lebih tinggi kepada si pemakai. Rona-rona yang sesuai dipilih ialah rona neutral dan pastel seperti coklat muda dan beige.

IKLAN

3. MOTIF BERJALUR

Rasa Tergugat dengan Penampilan Model? Ini 4 Trik Mudah Buat WANITA PENDEK Terlihat Lebih Tinggi!

IKLAN

Bagi yang mempunyai tubuh badan gempal dan kecil, elakkan dari memakai pakaian dengan jalur melintang kerana ianya memberi ilusi lebih lebar dan menambah volume pada sesuatu objek.. Tambahan lagi, rekaan baju dengan jalur melintang sedikit ketinggalan zaman.

4. AKSESORI TAMBAHAN

Rasa Tergugat dengan Penampilan Model? Ini 4 Trik Mudah Buat WANITA PENDEK Terlihat Lebih Tinggi!

Jika anda mempunyai leher yang pendek, hindari dari memakai sebarang aksesori di leher. Sekiranya anda sudah mengenakan anting-anting bersaiz besar, elakkan dari memakai aksesori di leher. Untuk tas tangan pula, wanita bertubuh kecil dan langsing disarankan untuk memakai tas tangan yang bersaiz kecil dan untuk wanita bertubuh besar, anda sesuai untuk mengenakan tas tangan bersaiz sederhana.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI