Orangnya bijak, ramah, bertubuh langsing dan menawan. Penampilan Dato’ Wahadaniah Abdul Wahab atau lebih mesra disapa Dato’ Dania memang tidak ubah persis seorang ratu cantik. Jadi, tak hairanlah ibu kepada seorang cahaya mata ini dinobat sebagai Mrs Fabulous Malaysia 2019. Ternyata, beliau layak menerima pengiktirafan berkenaan.
Dato’ Dania seorang wanita yang berdisiplin dan mengamalkan budaya kerja teratur. Barangkali kerana beliau sudah terbiasa dengan tuntutan kerja yang rapi sepanjang menjawat tugas Naib Presiden Limkokwing University of Creative Technology. Bukan calang-calang jawatan tu!
Bukan mudah seorang wanita yang sudah berkeluarga diberi mandat menggalas jawatan penting dalam sesebuah organisasi. Apatah lagi bagi institusi pendidikan tinggi yang membabitkan pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda. Pastinya, Dato’ Dania memiliki kredibiliti yang hebat sehingga beliau meraih kepercayaan menjadi salah seorang individu penting dalam pentadbiran universiti swasta terulung itu.
Mahu lebih berjaya dan memberi inspirasi serta mengangkat martabat wanita di mata dunia, Dato’ Dania nekad mengasah potensi diri dengan menyertai Mrs Fabulous Malaysia 2019, sebuah pertandingan ratu cantik yang mengasah bakat golongan wanita berkahwin termasuk ibu tunggal dalam bidang sosial dan ekonomi. Ujar pemenang Mrs Fabulous Malaysia 2019 ini, “Peranan wanita hari ini bukan sahaja menjadi suri rumah, mereka juga mampu memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi dan keusahawanan.
Penglibatan saya dalam Mrs Fabulous Malaysia 2019 memberi peluang untuk membuktikan dan melakar kehidupan serta cita-cita pada masa depan. Memenangi pertandingan ini juga membantu meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal saya dengan lebih baik. Ia berjaya menjadikan saya lebih berkeyakinan dan berhati waja dalam memastikan segala kemahiran yang saya dapat dimanfaatkan dengan baik.
Ads
Kejayaan ini tidak akan diperoleh tanpa sokongan dan komitmen anak tunggal saya, Adi Muhammad Irfan, keluarga, teman istimewa, rakan kerja, mentor dan pasukan Teamworks yang banyak memberi latihan pembangunan diri kepada setiap wanita. Terutamanya melibatkan sektor keusahawanan, bakat dan pengucapan awam. Fokus pertandingan ini juga tidak tertumpu kepada kecantikan semata-mata tapi lebih menekankan keupayaan wanita itu sendiri.”
Selain terlibat dengan usaha kemasyarakatan, Dato’ Dania juga sedang rancak mengusahakan projek pemerkasaan wanita menerusi teknologi era digital dan perkhidmatan E-perdagangan secara dalam talian di Fabulous Tele Virtual (FTV).
Dato’ Dania ketika menyertai Mrs Fabulous Malaysia 2019
Ditanya mengenai pengurusan masa di antara kerjaya dan keluarga, wanita kelahiran Kuala Lumpur ini mendedahkan, “Sebagai hamba Allah, ibu tunggal, anak dan juga wanita bekerjaya saya memerlukan komitmen pengurusan masa dan disiplin yang amat tinggi.
Ads
Tiada perbezaan ketara antara budaya wanita di Malaysia dengan negara lain cuma yang menjadi asas penting adalah kebijaksanaan seseorang wanita itu dalam mengimbangi tugas dan tanggungjawab kepada keluarga.
Setiap minit yang ada dalam hidup ini tidak boleh kita sia-siakan. Wanita hari ini perlu multitasking. Misalnya apabila berada di tempat kerja, segala masa dan tumpuan saya adalah sepenuhnya untuk menyelesaikan urusan pentadbiran dan perancangan strategik syarikat. Begitu juga apabila berada di rumah. Ia dua perkara yang tidak boleh dicampur-adukkan. Bagi saya, keluarga adalah segalanya. Tanpa keluarga, banyak perkara tidak akan berlaku.”
Walaupun sudah meniti usia 44 tahun, penampilan Dato’ Dania sentiasa mencuri tumpuan. Mana tidaknya, bersandarkan tubuh ramping dan tinggi lampai pasti ramai yang menyangka personaliti ini persis anak dara. Hakikatnya, Dato’ Dania merupakan ibu kepada seorang anak lelaki yang sudah meningkat dewasa.
Ads
Menyingkap rejim kecantikan yang diamalkan, Dato’ Dania lantas menyusun bicara. “Urich berpendapat bahawa, ‘Luar yang sihat bermula dari dalam.’ Tidak dinafikan, saya kerap melakukan rawatan kecantikan dan kesihatan diri di pusat kecantikan atau spa. Dengan rawatan spa yang konsisten juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang sihat dan menguatkan sistem imun badan.
Bagi saya, rawatan di spa juga mencegah diri daripada keletihan dan kegelisahan akibat tekanan hidup seharian. Bila tubuh badan kita sihat, semua pekerjaan yang kita buat jadi lebih mudah.
Selain berkunjung ke spa, saya juga pergi ke gimnasium selepas waktu bekerja bila ada masa terluang. Tujuan saya pergi ke gim adalah untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal agar saya tetap sihat dan tenang. Dalam masa sama, untuk jaga kecergasan tubuh badan.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak mengenali pelakon berbakat besar, Fasha Sandha bukan? Yang pasti setiap kali raya Fasha tidak pernah tak tampil anggun bergaya menyambut Aidilfitri. Raya tahun ini juga tidak terkecuali di mana sejak taya pertama lagi, Fasha dah berkongsi gambar dirinya dan keluarga meraikan hari raya dengan persalinan yang cukup indah sekali.
Menurut sumber Utusan, Fasha sudah mempunyai 30 persalinan daripada pelbagai rekaan untuk digayakan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu juga mendedahkan tidak membelanjakan wang sebaliknya kesemua busana tersebut ditaja oleh sebuah jenama tekstil sempena pelantikannya sebagai duta baru-baru ini.
“Setiap hari saya akan pakai satu persalinan. 30 pasang baju itu terdiri daripada pelbagai rekaan seperti baju kurung dan abaya.
“Jenama ini lengkap dengan pelbagai pilihan dan ahli keluarga saya semuanya akan mengenakan koleksi Alfaro,” kata pelakon berusia 39 tahun itu yang juga merupakan isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu.
Fasha tuurt memaklumkan bahawa banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum bersetuju menjadi duta kepada mana-mana produk. Fasha turut memaklumkan dia hanya akan menerima tawaran sebagai duta sekiranya keberkesanan terhadap produk berkenaan diyakini.
Ini kerana pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu bukan hanya memikirkan bayaran tetapi mengambil kira kesan yang akan dialami oleh setiap pengguna. “Sebab itu selalunya saya jadi duta mesti lebih setahun dengan mana-mana produk. Orang tahu saya bukan jenis menipu dan sekadar ambil duit semata-mata. Kita juga tidak akan dapat keberkatan dengan cara tersebut.
“Jadi duta kita mesti betul-betul gunakan barangan tersebut sebab hendak yakinkan orang lain,” ulasnya lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Putera bongsu Presiden Joko Widodo, Kaesang Pangarep selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Erina Gudono pada sabtu lalu. Pasangan ini secara rasmi melafazkan janji sehidup semati di Pendopo Agung Ambarrukmo, Yogyakarta.
Royal Ambarrukmo merupakan bekas kediaman istana kerajaan dan saksi kemerdekaan Indonesia. Ia juga merupakan koleksi luar biasa karya arkitek Jawa autentik dari abad ke-18 dan karya seni dari 1964.
Kaesang Pangerap menyerahkan mas kahwin berupa satu set kelengkapan solat di samping emas yang digelar logam mulia dalam bahasa Indonesia seberat 10,12, 20, dan 22 gram serta wang tunai sebanyak RP300ribu.
Jika dilihat, jumlah emas yang diberikan oleh Kaesang buat isteri tersayang sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri buat pasangan pengantin baharu ini. Ia mewakili tarikh pernikahan mereka iaitu 10.12.2022.
Bukan hanya itu sahaja, wang hantaran yang diberikan oleh Kaesang untuk isteri tersayang juga mempunyai cerita unik di sebaliknya. Wang tunai pecahan Rp100 ribu itu memiliki nombor siri yang berkaitan dengan kedua mempelai.
Setiap helaian Rp100 ribu pertama memiliki nombor seri KSE101222 yang bermakna initial Kaesang dan juga Erina, serta tarikh pernikahan mereka. Manakala helaian kedua Rp100ribu iaitu ESG111296 mewakili initial Erina Sofia Gudono beserta tarikh lahirnya iaitu 11 Disember 1996. Pada lembaran Rp100 ribu pula mempunyai nombor siri KSP251294 membawa maksud Kaesang Pangarep dan juga tarikh lahirnya, iaitu 25 Disember 1994.
Majlis resepsi pasangan ini telah di adakan di Dewan Besar Khalayak, Istana Mangkunegaran Pura di Jalan Ronggowarsito di Solo. Kuasa Usaha Hal Ehwal Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia Adlan Mohd Shaffieq menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki Presiden Joko Widodo, Kaesang Pangarep di Jawa Tengah pada malam Ahad. Beliau ditemani isteri Nur Nadiah Hidayat.
Antara tetamu kenamaan lain yang hadir termasuk mantan presiden Megawati Soekarnoputri, Susilo Bambang Yudhoyono, menteri kabinet, VVIP dan selebriti. Turut hadir anak Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Kaesang, 27, yang aktif di YouTube sejak 2016, dikenali sebagai usahawan muda yang berjaya dalam perniagaan masakan dan Ketua Pegawai Eksekutif Persis Solo Football Club.
Erina, 25, dilahirkan di Pennsylvania, Amerika Syarikat, merupakan lulusan dari Universiti Columbia dan kini bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, diam-diam Goh Liu Ying sudah pun mempunyai dua orang anak! Sejak bersara daripada arena sukan tanah air, bekas ratu badminton ini tetap aktif sebagai tenaga pengajar untuk sukan badminton dan membina legasinya sendiri.
Selain sibuk dengan kerjaya itu, Liu Ying tidak ketinggalan menerima jemputan menghadiri majlis atau kempen jenama sukan mahupun kecantikan.
Terbaharu, dia menjadi salah seorang penerima Motherhood Choice Award 2025 menerusi kategori Supermom Awards.
Bukan itu saja, Goh Liu Ying turut menerima pengiktifaran dari Malaysia Book of Records (MBOR) pada Julai lalu selaku Malaysia’s First Female Olympic Badminton Medalist!
Sepanjang menjadi atlet kebanggaan negara, pelbagai pingat berjaya diraih antaranya membawa pulang tiga pingat di Sukan SEA, tiga pingat di Sukan Komanwel dan tiga kali layak menyertai Sukan Olimpik dengan memperoleh satu pingat perak di Rio pada 2016.
Lebih istimewa, figura berusia 36 tahun ini selamat melahirkan anak kedua yang merupakan bayi perempuan pada 5 Mei 2025.
Berkongsi detik kelahiran di media sosial, Liu Ying memperkenal cahaya mata kesayangan kepada followers dan peminat. Difahamkan bayi perempuan berkenaan diberi nama Thea Tee.
Sebelum kehadiran Thea, Liu Ying dan suami mempunyai seorang anak lelaki yang menginjak usia dua tahun iaitu Kai Kai. Anak sulungnya lahir pada detik bermakna iaitu 31 Ogos 2023 bersempena Hari Kebangsaan.
Rumah Tangga Goh Liu Ying
Bekas atlet kelahiran Melaka ini mengumumkan persaraan daripada dunia badminton pada 11 Januari 2023 sebelum mengesahkan perkahwinan dan kehamilan anak sulungnya pada pertengahan April 2023.
Pun begitu, Liu Ying tidak berkongsi butiran jejaka pilihan dan wajah suami tercinta kepada khalayak.
Menurut portal olahraga berbahasa Mandarin Wellsport.asia, Goh Liu Ying memberi gambaran suaminya merupakan seorang usahawan yang ditemui sejak dia masih aktif dalam sukan badminton.
Moga rumah tangga Liu Ying dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.