Sejuk mata memandang penampilan Rubytah Che Wan! Sentiasa bersederhana dan mengenakan persalinan sopan yang menutup aurat, adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan ini mungkin tidak sepopular Che Ta dan adiknya, Ayu Raudhah kerana tidak melibatkan diri dalam dunia seni.

IKLAN

Namun apabila Rubytah atau mesra disapa Ruby mengahwini pelawak terkenal, Lan Pet Pet pada 20 Ogos 2008 secara tidak langsung setiap gerak-geri dan kelibatnya menjadi perhatian khalayak ramai.

Bagaimana pun, pasangan ini cukup menjaga privasi diri, anak-anak dan keluarga.

Bersederhana, Cantik & Sopan, Penampilan Labuh & Sopan Ruby Che Wan Raih Pujian!
Foto Majalah Nona
Bersederhana, Cantik & Sopan, Penampilan Labuh & Sopan Ruby Che Wan Raih Pujian!
Kredit Instagram @jcw_81
Bersederhana, Cantik & Sopan, Penampilan Labuh & Sopan Ruby Che Wan Raih Pujian!
Kredit Instagram @jcw_81

Pernah bertugas sebagai perancang kewangan, Ruby ketika menjadi penghias Nona Jun 2018 bersama empat adik-beradik perempuannya waktu itu terbuka berkongsi kisah penghijrahan. Semuanya bermula ketika dia dan suami menerima panggilan menunaikan ibadah haji pada tahun 2017.

“Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan Tanah Suci timbul rasa tidak seronok.

Apabila saya berada di Tanah Suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama.

Sejurus pulang dari mengerjakan haji, saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tempat.”

Baca https://www.nona.my/anggun-sihat-usia-70-ibu-rozita-che-wan-akui-ikut-amalan-berpantang-waktu-muda/

IKLAN
Bersederhana, Cantik & Sopan, Penampilan Labuh & Sopan Ruby Che Wan Raih Pujian!
Kredit Instagram @rubychewan

Ditanya mengenai persediaan Ramadan, anak ketiga daripada tujuh beradik ini amat menantikan kehadiran bulan mulia itu.

“Bagi saya kehadiran bulan puasa bagai suatu yang dinanti. Peluang meraih keberkatan amalan yang dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagai ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam.

IKLAN

Namun, saya tiada persiapan yang ketara menempuh Ramadan kerana sudah membiasakan diri dengan amalan berpuasa di bulan Syaaban dan Rejab. Apabila sudah terbiasa berpuasa jadi tiada lagi istilah penat atau perut meragam.

Cuma ketika bulan Ramadan ditambah istimewanya dengan adanya amalan sunat solat tarawih.”

Kini Ruby mempunyai jenama pakaian sendiri di bawah label MaliqaJilbabSyari’i.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI