Ketika melancong, rambut kita terdedah kepada cahaya matahari dan menjadikan rambut kering dan kusam. Kondisi rambut begini kadang-kadang menjadi punca serik untuk bercuti lagi.

IKLAN

Penyebab utama masalah rambut kering adalah kerana terlalu terdedah kepada sinar matahari, mahu rambut cepat kering dengan menggunakan pengering rambut, alat pengeriting rambut dan pewarna rambut. Oleh itu, elak menggunakan terlalu banyak bahan kimia untuk menjaga kecantikan rambut.

Pulih kembali kilauan rambut dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi serta mudah didapati.

Rambut TAK TERURUS Gara-Gara Bercuti, Buat Jer Masker Macam Ni Bila Sampai Rumah Nanti!

MASKER ALOE VERA

Aloe vera memang terkenal mempunyai kuasa pelembap secara semula jadi. Ia mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, kandungan vitamin dan nutrisi dalam aloe vera ini sangat baik untuk menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala.

Mudah sahaja dengan mengambil beberapa batang aloe vera dan belah dua. Ambil gel yang terdapat di dalamnya dan sapu pada rambut secara menyeluruh. Biar selama 30 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Gel aloe vera ini telah terbukti mampu memperbaiki rambut agar lebih sihat dan bercahaya.

IKLAN

MASKER AVOKADO DAN MADU

Kombinasi avokado dan madu memiliki manfaat terbaik untuk menjaga kesihatan rambut. Kandungan vitamin E yang terdapat pada avokado memelihara kulit kepala agar lebih sihat. Manakala madu pula membantu melembapkan setiap helaian rambut. Bagi mendapatkan masker ini sangat mudah caranya. Ambil avokado yang telah masak dan lenyek di dalam bekas kecil. Tambah dengan tiga sudu madu asli dan gaul sempurna. Kemudian sapu campuran ini pada rambut secara menyeluruh. Biar selama 30 minit dan bilas dengan air bersih dengan sempurna.

IKLAN

MASKER MINTAK ZAITUN

Rambut kering perlu penjagaan rapi kerana mudah rapuh dan putus. Kandungan minyak semula jadi yang terdapat dalam minyak zaitun dapat membantu mengatasi masalah rambut kering. Apabila ditambah pula dengan madu menjadi masker yang terbaik untuk masalah ini. Panaskan minyak zaitun di dalam sebuah bekas kemudian campur dengan sedikit madu. Sapu campuran tadi ke seluruh bahagian rambut dan bungkus dengan tuala lembap. Sebaik-baiknya pakai di waktu malam sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bilas bersih dengan air suam ketika bangun tidur. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk rambut yang sihat dan berkilau.

ELAK MENGGAYA RAMBUT

Ketika rambut masih tidak sihat dan perlukan rawatan sebaik-baiknya elak menggaya rambut secara berlebihan. Tidak perlu menggunakan pengering rambut sebaliknya biarkan rambut kering sendiri begitu juga tidak perlu mengeriting rambut. Tindakan ini akan menjadikan rambut semakin rosak dan tidak bermaya. Jika mempunyai aktiviti di luar rumah lindung rambut dengan memakai topi atau payung. Sinar matahari secara langsung menjadi punca rambut kering dan tidak teratur.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI