Raut Wajah Cantiknya Buat Ramai Tertawan, Aura MARISSA DANIA Sejuk Mata Memandang!

MashaAllah cantiknya anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim. Julai nanti, Marissa meniti usia 16 tahun. Tak dinafikan, semakin meningkat dewasa semakin cantik anak selebriti tersebut.

Malah, wajah Marissa saling tak tumpah rupa paras jelita ibunda tersayang. Sering menarik perhatian peminat kerana statusnya sebagai anak selebriti, Marissa juga menjadi tumpuan kerana penampilannya yang sopan dan menutup aurat.

Disifatkan seorang gadis pemalu dan memiliki wajah yang sejuk mata memandang, Marissa juga sudah bijak memilih gaya yang diinginkan seiring pertambahan usia dan minatnya terhadap kecantikan.

Dek kerana populariti dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, Marissa menerima bermacam-macam paid review daripada followers.

Iyalah, orangnya memang dah sedia cantik. Popular pula tu!

Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim dan Maria Danisha.

Yang pasti, kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.

Moga terus istiqamah menjalani ranjau hidup dan menjadi anak yang solehah kepada kedua-dua ibu bapa!

IKLAN
Share