MashaAllah cantiknya anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim. Julai nanti, Marissa meniti usia 16 tahun. Tak dinafikan, semakin meningkat dewasa semakin cantik anak selebriti tersebut.
Malah, wajah Marissa saling tak tumpah rupa paras jelita ibunda tersayang. Sering menarik perhatian peminat kerana statusnya sebagai anak selebriti, Marissa juga menjadi tumpuan kerana penampilannya yang sopan dan menutup aurat.
Disifatkan seorang gadis pemalu dan memiliki wajah yang sejuk mata memandang, Marissa juga sudah bijak memilih gaya yang diinginkan seiring pertambahan usia dan minatnya terhadap kecantikan.
Ads
Dek kerana populariti dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, Marissa menerima bermacam-macam paid review daripada followers. Iyalah, orangnya memang dah sedia cantik. Popular pula tu!
Ads
Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim dan Maria Danisha.
Ads
Yang pasti, kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.
Moga terus istiqamah menjalani ranjau hidup dan menjadi anak yang solehah kepada kedua-dua ibu bapa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dulu bekas atlet boling negara kini Zandra Aziela Ibrahim Hakimi bahagia menggalas tanggungjawab isteri dan ibu. Karakter mesra dan ‘humble’ isteri kepada pemain bola sepak popular, Safiq Rahim ini membuatkan sesiapa saja rasa senang bekerjasama dengannya.
Ditemui Nona baru-baru ini, Zandra yang kini berusia 38 tahun kian matang melayari kehidupan. Apatah lagi usia perkahwinannya dengan Safiq Rahim mencecah 10 tahun.
Ditanya mengenai perkembangan terkini kongsi wanita berjiwa penyayang ini, “Kehidupan sekarang alhamdulillah semua ok, anak pun dah empat. Kita dah jadi full time mummy dah.”
Mengakui tidak terlepas tempias dunia glamor apabila bersuamikan bintang bola sepak, Zandra dalam nada rendah diri memberitahu, “Memang orang nampak semuanya ok tapi realitinya kita yang kena jaga di depan (khalayak). Maksudnya di depan suami, kita yang di belakang kena jaga segalanya.
Tapi saya ok.I’m all for it. Saya memang dah all out untuk jaga anak-anak, ada empat orang, saya ada dua orang anak istimewa.
Alhamdulillah, Allah kulli haal. Semua itu membuatkan saya jadi better mummy dan also both of us jadi better parents. Kita juga nak share dekat orang di luar sana it’s not all what you think it is, bukan semuanya indah tapi kita buat the best untuknya.”
Mengulas lanjut mengenai dua cahaya mata lelaki yang didiagnosis autism, Zandra dengan tenang berkata dia dan suami sudah mula menghantar anak mereka menjalani terapi sejak kecil.
“Anak saya dua orang, first two boys dorang ada the spectrum of autism dalam kategori dua. Both dah belajar terapi sejak mereka kecil lagi. Sejak usia 2 tahun kami dah diagnosed mereka. Mereka dah jalani terapi selama 4 -5 tahun dah dan achievement mereka alhamdulillah dah boleh bercakap, urus diri sendiri dan independent.
Sekarang ni saya nak terapkan more to islamic. Saya terapkan mereka untuk lebih hafazan, mengaji dan sebagainya. Sebab saya rasa ia adalah yang terbaik untuk perkembangan otak mereka.”
Tambahnya lagi, “Memang sangat mencabar dan tak menafikan. Allah won’t test you more than you capable of. Mungkin kita dapat lebih (rezeki), sebab tu kita dapat beri kepada anak tu. Kita dapat lebih tang rezeki, rezeki tu pergi ke anak dan saya percaya tu.
Itu membuatkan saya lebih matang menjalani hidup sebagai ibu. Saya juga harap dapat hadapi dan jaga amanah ini sebaiknya.”
Menyentuh personaliti suami di matanya, Zandra bersyukur Safiq Rahim seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
“Suami di padang sangat strict sebab dia kapten dan sebagai ketua. Tapi di rumah dia sangat sweet dan penyayang. Karakter dia yang garang tu hanya di tempat kerja je. Dia sangat generous. Alhamdulillah.
Dengan saya dia tak tegas, dia very understanding dan saya tahu limit saya di mana sebab tu juga kami ok. Sebab kita tahu masing-masing punya karakter.”
Seiring pertambahan usia, Zandra Aziela kini berubah menjadi insan lebih baik dan tampil dengan imej Muslimah sejati.
“Kita berhijrah accordingly sebab kita pun belajar. Disebabkan kita belajar, kita pun jadi a better person. Apa yang berubah ni adalah apa yang kita perlu yang memang dah disyariatkan this is not something yang nak dibanggakan, ia adalah apa yang kita sepatutnya buat. Saya cuba yang terbaik semoga Allah permudah dan istiqamah. Aamiin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam diam dah 13 tahun rupanya usia perkahwinan Zarul dan isteri tercinta. Agak jarang berkongsi gambar keluarga kerana menghormati privasi mereka, selebriti yang juga pelakon dan penyanyi ini mengetepikan seketika prinsip berkenaan pada hari-hari tertentu khususnya ketika ulang tahun perkahwinan atau kelahiran isterinya.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, ramai yang tidak mengenali wajah wanita di sebalik kejayaan Zarul. Pastinya apabila penyanyi ini memuat naik gambar isteri tercinta, ia mengundang pelbagai reaksi peminat.
Rata-rata daripada mereka teruja dan memuji isteri Zarul yang bukan sekadar cantik tapi sopan dan anggun.
Zarul atau nama penuhnya Zairulkefli Husin yang lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella juga dilihat tidak terkecuali menunjukkan sisi romantik pada hari-hari istimewa dan berkongsi momen tersebut bersama peminat di media sosial.
17 Disember lepas misalnya merupakan ulang tahun kelahiran isterinya, Intan Nur Fathihah. Dalam perkongsian video yang dimuat naik, kelihatan pelakon kacak ini membawa wanita kesayangan ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam penuh romantik.
Taburan bunga mawar memenuhi ruang meja dan mengenakan pakaian sedondon rona merah, pasangan ini nyata bahagia melayari alam rumah tangga bersama-sama.
Malah, Zarul sempat berkongsi ucapan romantik buat suri hati tersayang. “Selamat Ulang Tahun buat isteri yang dicintai. Semoga terus diberikan rahmat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik, dan dikurniakan rezeki yang secukupnya. Aamiin. Sebagai suami I will always pray for your happiness.”
Tidak hanya meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta, setiap tahun Zarul tidak terlepas memberikan titipan penuh makna sempena ulang tahun perkahwinan mereka. 25 April lepas, pasangan ini dikhabarkan menyambut usia perkahwinan ke-13.
“Selama 13 tahun inilah orang yang buat saya jatuh cinta setiap hari dalam hidup saya. Happy Anniversary buat isteri tercinta.”
Zarul mendirikan rumah tangga bersama Intan pada 25 April 2009. Ini merupakan perkahwinan kedua bekas pramugara tersebut. Terdahulu, Zarul pernah berkahwin dengan wanita bernama Ayu dan dikurniakan seorang anak perempuan sebelum berpisah pada tahun 2005.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpaku tengok video tarian Madhuri Dixit yang dikongsikannya baru-baru ini di media sosial. Mengambil salah satu lagu filem Bollywood blockbuster Dil To Pagal Hai, gerak tari Madhuri Dixit nyata memikat perhatian peminat.
Madhuri memuat naik video tarian tersebut bersempena meraikan 25 tahun filem Dil To Pagal Hai. Difahamkan lagu Are Re Are ialah lagu kegemaran Madhuri dalam filem berkenaan.
Sehingga kini, video itu meraih lebih sejuta likes dengan ribuan reaksi yang membanjiri ruangan komen.
Meskipun sudah berusia 55 tahun, pesona Madhuri masih menambat hati peminat. Pada tahun 1999, Madhuri menamatkan zaman bujang dengan Dr Sriram Madhav Nene iaitu doktor pakar bedah kardiovaskular.
Selepas mendirikan rumah tangga, Madhuri berpindah ke Amerika Syarikat dengan suaminya dan melahirkan dua anak lelaki iaitu Arin dan Ryan.
Mengimbas kembali pembabitan jelitawan ini dalam industri perfileman India, dia mula menceburi kerjaya seni menerusi filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu, Madhuri baru meniti usia 17 tahun.
Semenjak berkecimpung dalam industri seni, Madhuri dikenali kerana rupa paras cantik dan bakatnya dalam tarian. Selain itu, dia juga aktif menyertai badan amal UNICEF meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!