Macam tak banyak berubah wajah pelakon wanita berbakat besar, Sherie Merlis. Tetap manis dipandang dan mempunyai aura tersendiri. Sejak awal pembabitannya sebagai anak seni sekitar tahun 1990 sampai sekarang, Sherie masih aktif membintangi drama dan filem tanah air.

Bahkan pengalaman yang ditimba sepanjang menjadi pelakon cukup mahal hingga dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi mengasah kemahiran penghayatan lakonan dalam kalangan pelapis baharu tanah air.

Meniti usia 52 tahun, Sherie Merlis atau nama penuhnya Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin muncul dalam filem baharunya iaitu Bisikan Dosa pada awal Januari lalu. Antara pelakon yang turut terlibat dalam naskhah seram arahan Faizul Rashid tersebut ialah Farid Kamil, Che Puan Juliana Evans dan Uqasha Senrose.

Sherie Merlis Aktif Berlakon Usia 52 Tahun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherie Merlis (@sheriemerlis)

Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan! Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan! Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan!

Meskipun sibuk dengan karier seni namun ibu empat anak ini tetap meluangkan masa dengan permata hati kesayangan. Menerusi perkongsian Sherie di media sosial, dia meluahkan rasa syukur apabila dapat berkumpul dengan keempat-empat anak tersayang.

Ads

Lebih manis dengan kehadiran menantu perempuan iaitu Natasha Amanda yang merupakan isteri kepada anak lelakinya, Harith Daniel yang juga seorang pelakon.

“Buat pertama kali saya dapat berkumpul dan beraya dnegan keempat-empat anak-anak saya. Hujung di sebelah kanan saya tu, menantu kesayangan – Natasha Amanda (isteri second son saya). Missing you guys badly.” 

Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan! Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan! Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan!

Walau industri seni hari ini menerima kehadiran ramai muka baharu namun pesona dan kemampuan Sherie sebagai pelakon sentiasa mendapat pujian peminat seni tanah air.

Ads

Sherie Merlis Keturunan Arab, Indonesia & Cina

Pendek kata, aura figura ini masih berbisa. Sherie dilahirkan di Sibu, Sarawak dan khabarnya mewarisi keturunan Arab dan Melayu dari ayah. Manakala ibunya pula berketurunan Melayu dari Indonesia dan Cina.

Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan! Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan! Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan! Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan! Raut Wajah Lembut Sherie Merlis Usia 52 Tahun, Aktif Berlakon & Ibu Bahagia 4 Anak Serta Menantu Perempuan!

Sepanjang lebih tiga dekad bergelar anak seni, Sherie berjaya membawa watak dan menggalas karakter yang diberikan dengan sebaiknya.

Komitmen dan disiplin aktres ini dalam kariernya terbukti menerusi i-Tanggang yang menguji kemampuan Sherie melakonkan watak ibu psiko. Pelakon serba boleh!

Ads

Sebelum ini dia pernah membintangi filem Leftenan Adnan dan tahun 2022 Sherie muncul dalam filem Tablis Iblis serta Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada Februari 2023.

Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dan dikurniakan dua anak iaitu Habib Daniel dan Harith Daniel.

Artikel https://www.nona.my/zahra-pezeshkian-anak-presiden-iran-yang-setia-di-sisi-bapa-saksi-bapa-besarkan-3-anak-lepas-kematian-ibu/

Pada Januari 2012, Sherie bergelar isteri kepada Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau dikenali sebagai Ash. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tengku Kaseh Anaqah dan Tengku Areef Bolkiah.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI