Pernahkah anda mengalami mata bengkak atau sembab semasa bangun pagi? Biasanya kalau tidur lewat atau menangis hingga tertidur boleh juga menyebabkan mata bengkak. Sebenarnya terdapat punca-punca lain yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi.
POSISI TIDUR
Tidur dengan posisi kepala yang tidak ditinggikan boleh membuatkan cairan terkumpul di bawah mata. Sebaiknya, letakkan bantal di bawah kepala semasa tidur agar tidak berlakunya mata bengkak.
Ads
JANGKA MASA TIDUR
Waktu tidur yang cukup bukan hanya membantu badan berfungsi dengan baik bahkan turut mempengaruhi kadar peradangan dalam badan. Jika tidak cukup tidur pembuluh darah di bawah mata akan membesar dan lebih dekat dengan permukaan sehingga tampak lebih bengkak.
Ads
MAKANAN & MINUMAN YANG DIAMBIL SEBELUM TIDUR
Jika anda mengambil makanan tinggi natrium atau minuman alkohol berlebihan kemungkinan boleh menjadikan mata bengkak. Kandungan natrium yang tinggi menyebabkan badan menahan air sehingga mengakibatkan mata bengkak. Minuman beralkohol pula penyebab dehidrasi sehingga menyebabkan kulit bawah mata lebih nipis dan mata membengkak.
Amalkan meletak hirisan timun atau kain, kapas mahupun uncang teh basah beberapa minit pada kedua mata selepas bangun tidur bagi membantu mengecilkan pembuluh darah.
Tekan tulang di sekitar mata secara lembut untuk melancarkan aliran darah dan mengurangkan cairan yang berlebihan.
Jika mata bengkak akibat makan makanan masin pada malam hari, minumlah air putih saat bangun tidur bagi membantu mengurangkan mata bengkak.
Berusahalah untuk cukup tidur. Gunakan bantal untuk menyokong kepala sehingga dapat mencegah pengumpulan cairan di sekitar mata sepanjang anda tidur.
Jika mata bengkak disebabkan alergi terhadap sesuatu, kenalilah punca alergi tersebut. Barangkali ia berpunca daripada alergi terhadap sabun, kosmetik atau ubat tertentu. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
2 Julai lalu genap 42 tahun usia penyanyi cantik, Intan Sarafina. Walau sudah menginjak usia 40an namun raut wajah dan penampilan pelantun lagu Kembali ini seakan tidak berubah. Tetap cantik dan jelita macam dulu. Awet muda!
Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya menerusi media sosial miliknya baru-baru ini berkongsi foto terbaharu di samping suami iaitu Iskandar Ezzahuddin.
Dalam posting berkenaan, Iskandar meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta di Skillet, Kuala Lumpur.
Dia yang mengenakan persalinan dress biru bercorak hitam tampil anggun mempersona. Begitu juga suami yang segak dengan gaya kasual.
Kongsi Intan, “Here’s to embracing the strength, joy and love that life brings at 42! Alhamdulillah. Thank you for the scrumptious dinner treat last night B.”
Sekitar Januari lalu, Intan memuat naik gambar mereka sekeluarga di Finland. Difahamkan Intan menetap di sana ketika suaminya dihantar bertugas di negara berkenaan.
Walau berada di negara asing namun minat bekas pramugari ini terhadap gaya hidup sihat dan menyertai marathon tetap membara. Ini terbukti apabila Intan pada Mei lepas melibatkan diri dalam Helsinki City Running Day (HCRD) 2023.
Kredit Instagram @
“As I reflect on my experience, I carry with me a profound sense of gratitude and fulfillment. The HCRD 2023 Half Marathon will forever hold a special place in my heart—a testament to my growth as a runner and my unwavering commitment to pursuing my dreams.
It serves as a reminder that with determination, perseverance, and an open heart, any challenge can be transformed into a remarkable adventure.”
Diaju mengenai rutin kecantikan, Intan dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu mendedahkan petua. “Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan work out, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Penyanyi ini mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada Oktober 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.
Apabila bercerita mengenai bulan Ramadan, semestinya kita akan melalui dua waktu yang sangat sinonim iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur. Entah kenapa apabila tiba saja bulan Ramadan, nafsu pun mula membuak-buak nak cuba pelbagai jenis hidangan sewaktu berbuka.Tapi bagaimana pula untuk sahur?
Harus diingatkan, sahur itu bukan saja penting, malah di dalam bersahur tu ada keberkatannya. Pemilihan makanan dan cara anda bersahur inilah akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari.
Nona ingin kongsikan kepada anda 6 tips bersahur yang boleh dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan untuk anda kekal bertenaga!
1. Hasilkan jem daripada buah-buahan lembut
Gunakan buah-buahan yang lembut dan tidak berbiji seperti pisang dan beri-beri untuk dijadikan jem instant. Bukan saja cepat, malah buah-buahan segar ini pastinya memberikan anda nutrisi yang cukup sepanjang hari. Sapukan di atas roti dan taburkan gula untuk menambah rasa. Oh ya, anda juga boleh gunakan kurma yang tidak berbiji untuk menghasilkan jem ini.
Info tambahan: Gunakan pisang raja atau pisang berangan kerana ia lebih lembik dan mudah dilumatkan.
2. Sediakan telur rebus dalam kuantiti yang banyak
Didihkan air dengan garam dan baking soda di dalam satu periuk. Masukkan telur ke dalam selama 96 saat. Padamkan api dan tutup periuk tersebut dengan penutupnya selama 8 minit.
Bakar dalam ketuhar pada 325-350 darjah selama 30 minit. (Suhu bergantung kepada ketuhar anda). Gunakan talam muffin mini supaya mereka tidak bergoyang. Setelah selesai keluarkan, kupas kulitnya dan simpan di dalam peti ais. Bersedia untuk makan sahur nanti!
Info tambahan: Sediakan telur rebus ini malam sebelum anda tidur.
3. Simpan oat semalaman di dalam peti sejuk
Seperti kita tahu, oat memang baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan malah ia juga memang mengenyangkan. Jadi apa yang anda hanya perlu lakukan ialah bekukan oat semalaman sebelum anda menjamahnya sewaktu bersahur.
Campurkan oat bersama kacang, kismis dan juga kurma di dalam satu bekas. Kemudian tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dan simpankan di dalam peti ais. Nak lagi sedap, tambah lagi satu lapisan serbuk chocomalt MILO®! Bangun sahur nanti, buka peti dan terus makan. Sangat sedap!
Info tambahan: Old fashioned oats atau instant oats lebih sesuai digunakan.
4.Panaskan semula lauk waktu berbuka dengan tambahan ingredients seperti sayur atau telur
Seringkali kita mendengar, beli makanan banyak-banyak waktu berbuka, sudahnya tidak habis. Apa kata anda simpan lebihan makanan sewaktu berbuka tersebut dengan memanaskannya semula waktu bersahur. Untuk mengekalkan ia dalam keadaan fresh dan enak dimakan, tambahkan sedikit sayur-sayuran yang sihat. Ini akan mempercepatkan lagi persiapan juadah sahur anda.
Info tambahan: Kurangkan makanan yang berminyak sewaktu sahur.
5. Praktikkan mengambil brown rice
Kita sedia maklum, brown rice atau juga dikenali sebagai beras perang mempunyai banyak manfaat. Antaranya adalah mengurangkan kolestrol dan juga amat baik bagi tulang. Ia kaya dengan magnesium dan mineral yang boleh menguatkan tulang dang mengurangkan inflamasi pada sendi. Bulan puasa ini juga sangat sesuai jika anda mahu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Jadi apa kata kerapkan mengambil brown rice pada waktu sahur tahun ini. Di samping kekal sihat, anda juga mungkin dapat badan baru menjelang raya nanti.
Info tambahan: Brown rice juga merupakan sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan sumber tenaga dengan lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
6. Elakkan garam dan minum air berlebihan
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Minum terlalu banyak air pun kurang bagus dan akan menghasilkan tindak balas yang sama. Paling baik, ambillah 2-3 gelas sahaja.
Info tambahan: Kalau nak minum air manis, pastikan jumlah pengambilan adalah kurang daripada air kosong. Contoh: 1 gelas air manis, 2 gelas air kosong.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tidak mendengar khabar berita mengenai pelakon berdarah kacukan, Julia Ziegler. Sekitar awal tahun 2000 nama aktres ini sering meniti di bibir peminat seni tanah air bukan saja kerana memiliki rupa paras cantik. Malah dia juga berbakat dalam industri lakonan.
Selain berlakon, Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler juga merupakan seorang peragawati. Bersandarkan wajah jelita dan susuk tubuh ramping serta tinggi lampai, tidak hairanlah dia dipilih menghiasi kempen produk fesyen dan kecantikan satu ketika dulu.
Kini keutamaan Julia lebih terarah kepada anak-anak dan keluarga. Tidak dinafikan, sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 bintang filem Ombak Rindu ini ‘sepi’ daripada industri. Penampilan anggun dan wajah cantiknya juga jarang kelihatan di majlis hiburan.
Menerusi perkongsian di media sosial, Julia Ziegler rajin berkongsi aktiviti harian. Bahkan kebanyakan posting selebriti ini lebih banyak berkisar mengenai anak-anak yang kian meningkat dewasa.
Tidak sekadar mengasuh anak dengan sebaik mungkin, dia juga rajin memasak untuk keluarga.
Tanggal 1 Januari lalu genap lapan tahun usia perkahwinan Julia dengan suami tercinta yang merupakan seorang jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan.
Kehadiran dua cahaya mata comel iaitu Ivana Johan dan Rayden Johan melengkapkan lagi rumah tangga bahagia pasangan romantis ini.
Julia dan Johan menerima kehadiran anak sulung mereka pada 14 Januari 2019. Manakala anak lelaki pula selamat dilahirkan pada 7 Julai 2020.
Difahamkan Julia Ziegler yang berusia 42 tahun sebelum ini pernah mendedahkan dia menyenangi sikap suami dan serasi bersama.
Apatah lagi, mereka berdua mempunyai darah campuran dan berfikiran terbuka serta saling memahami.
Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler berusia 41 tahun Johan 41 tahun. Dia menyenangi sikap suami dan serasi. Kedua-duanya mewarisi darah kacukan dan berfikiran terbuka.
Sebelum mendirikan rumah tangga, jelitawan ini pernah mengusahakan bisnes pakaian dan mempunyai label sendiri iaitu Ziegler.
Melihat penampilan terbaharu Julia, figura ini selesa berambut pendek dan bergaya santai. Dia juga dilaporkan membesarkan anak-anak tanpa mengambil khidmat pembantu rumah.
Semoga rumah tangga Julia dan Johan sentiasa dilindungi Allah SWT serta kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!