Raya merupakan bulan yang penuh bermakna yang menyemai semangat kesederhanaan, kawalan kendiri, dan ihsan dalam diri kita. Bulan yang mulia ini turut merupakan masanya keluarga berkumpul bersama-sama.

IKLAN

Namun, kita mungkin berasa tertekan apabila dibanjiri pelbagai tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat, tidak kira merancang menu iftar ataupun mempersiapkan rumah untuk musim perayaan ini. Justeru, penting bagi kita menjaga kesejahteraan diri dengan baik sepanjang musim ini.

Di sini kami telah menyajikan 3 petua untuk menjadikan perayaan anda di rumah lebih mudah, lestari dan meriah.

1. Kemaskan rumah, dan jangan terlupa ruang dapur!

Fikiran kita lebih tenang apabila berada dalam ruang yang kemas dan tersusun. Jika anda gemar memasak atau membuat kuih dan biskut Raya anda sendiri, dapur yang tersusun pastinya akan membantu. Berbekalkan penyelesaian storan dan penyusun yang pintar, barangan akan lebih mudah dicari, sekali gus melancarkan lagi penyediaan makanan anda. Sebagai permulaan, susun peralatan dapur dengan kemas dalam dulang kutleri yang boleh dimuatkan di dalam laci dapur anda. Kemudian, susun pantri dan peti sejuk dengan menggunakan bekas-bekas makanan, dan label setiapnya dengan jelas.

Raya Kini Lebih Terurus Dengan Tip-Tip Berguna Di Rumah Ini Yang Mudah & Menyenangkan!
Sekadar gambar hiasan

2. Serikan ruang kediaman anda

Tidak kira untuk berehat sendiri ataupun menerima kunjungan daripada orang tersayang, ambillah kesempatan Ramadan ini untuk menyerikan rumah anda menjelang Hari Raya Aidilfitri. Selepas mengemas ruang kediaman anda, perkara-perkara kecil seperti menukar sarung kusyen dan pinggan mangkuk, atau memasang barang hiasan dapat menyemarakkan suasana perayaan anda. Koleksi seperti edisi terhad GOKVÄLLÅ daripada IKEA akan melengkapkan ruang kediaman anda dan mewujudkan detik-detik bermakna bersama dengan keluarga sempena musim perayaan ini.

Raya Kini Lebih Terurus Dengan Tip-Tip Berguna Di Rumah Ini Yang Mudah & Menyenangkan!
Sekadar gambar hiasan

3. Elakkan pembaziran makanan

IKLAN

Semasa musim perayaan, ada kemungkinannya kita tersilap menilai keupayaan selera makan kita dan menyebabkan lebihan makanan yang akhirnya dibuang. Perancangan dan pengambilan makanan secara berhemat adalah langkah mudah untuk mengurangkan pembaziran makanan. Dengan merancang menu untuk minggu hadapan, anda boleh menganggarkan bahan dan jumlah makanan yang diperlukan dengan lebih baik. Selain itu, sediakanlah senarai bahan yang anda perlukan. Ini dapat membantu mengelakkan daripada harus membuang bahan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah rosak sebelum kita sempat menggunakannya.

Raya Kini Lebih Terurus Dengan Tip-Tip Berguna Di Rumah Ini Yang Mudah & Menyenangkan!
Sekadar gambar hiasan

Lebihan makanan tidak semestinya perlu dibuang. Ia boleh disimpan dengan cara yang betul untuk dinikmati pada hari berikutnya. Dalam pada itu, bekas kaca lut sinar dapat membantu anda memantau stok makanan anda. Pastikan ia disusun dengan kemas dalam peti sejuk kerana jika anda dapat melihatnya, anda akan pasti memakannya. Atau, anda boleh menggunakan penutup makanan yang boleh diguna semula untuk mengurangkan pembaziran makanan dan penggunaan pembungkus plastik sekali guna.

IKLAN

Tip-tip ini dibawakan oleh IKEA. Koleksi GOKVÄLLÅ kini boleh didapati di gedung IKEA serta dalam talian. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Ramadan IKEA, layari IKEA.my. 

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI