Tinggal beberapa hari sahaja tahun baharu bakal menjelma. Kerisauan melihat tubuh yang makin naik membuatkan diri tidak keruan. Hingga keliru mahu memulakan diet yang bagaimana perlu diikuti. Bertenanglah kerana jika terlalu memikirkan perkara ini, akan hanya menjadikan diri anda stres. Agar kedatangan tahun baharu menjadi semakin bermakna, cubalah ikuti diet ini.

IKLAN

SARAPAN
1. Sertakan buah

Masukkan buah-buahan dalam menu sarapan. Serat yang terkandung di daiamnya mampu membuat anda merasa lebih kenyang. Namun, untuk memotong kalori, hindari buah dalam bentuk jus. Contoh, segelas jus oren mengandung 120 kalori. Tetapi, buah oren hanya mengandung 60 kalori. Hemat dan tetap memenuhi asupan vitamin C yang disarankan.

2. Pilih menu tinggi serat

Berdasarkan satu kajian mereka yang dalam sehari mengambil makanan rendah lemak dan 26 gr serat per 1000 kalori akan lebih cepat menurunkan berat badan berbanding mereka yang hanya mengambil 7 gr serat sehari. Pilih menu seperti buah, sayur, roti gandum, oatmeal, atau sereal yang mengandungi gandum.

Realisasi Hasrat Miliki TUBUH IDAMAN Menjelang Tahun Baru, Cuba Praktikkan Trik Hebat Ini!

 

MAKAN TENGAHARI
1. Makan buah dulu

Suatu penelitian menunjukkan bahawa wanita yang makan sebiji epal atau pir sebelum makan tengahari, lebih banyak menurunkan berat badan berbanding mereka yang tidak berbuat demikian. Buah kaya serat yang akan membuat anda lebih kenyang, sehingga mengurangkan nafsu makan siang dan keinginan mengemil setelahnya.

IKLAN

2. Makan perlahan

Mengapa orang Amerika lebih ramai yang  obes daripada orang Perancis? jawapannya, bukan sahaja kerana jumpalh makanan orang Amerika lebih banyak, tetapi juga kerana orang Perancis sangat menikmati makanan mereka dalam setiap kunyahan, sehingga cenderung makan secara perlahan. Hal ini menyebabkan perut akan lebih cepat terasa kenyang yang pada akhirnya turut membantu menekan selera dan jumlah makanan. Bagi anda yang belum terbiasa, cuba trik ini: letakkan sudu atau garpu saat anda sedang mengunyah, minum air mineral setiap selesai mengunyah, dan kunyah makanan beberapa kali sebelum menelannya.

Realisasi Hasrat Miliki TUBUH IDAMAN Menjelang Tahun Baru, Cuba Praktikkan Trik Hebat Ini!

IKLAN

MAKAN MALAM

1. Dua atau tiga jenis saja

Memenuhi undangan pesta pernikahan di hotel ternama? Hmm…pasti yang langsung terbayang adalah menu yang lazat dan bervariasi. Plus keinginan untuk mengambil semuanya. Menurut Tufts University, Amerika Syarikat, sebenarnya hal itu wajar saja. Namun, tegakah anda mengorbankan diet yang sudah dijalani selama ini? Solusinya, batasi variasinya hingga dua atau tiga jenis saja

2. Gunakan piring yang lebih kecil

Kebiasaan di negara kita adalah menghabiskan makanan yang tersaji di piring, berapa pun jumlah kalori makanan dan ukuran piring tersebut. Untuk menyiasatinya, gunakan piring yang berukuran lebih kecil. Anda akan merasa kenyang dengan makan lebih sedikit. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI