Nak dapat ganjaran pahala paling besar dan mudah… banyakkanlah buat kebaikan dalam bulan Ramadan. Tak kira sedikit mana pun amalan kita pada insan memerlukan pada bulan mulia ini, tetap dihitung dan diberikan balasan yang besar.
Tak mahu ketinggalan rebut pahala dan ‘saham’ akhirat, Belle Al-Yahya yang juga Pengasas Bella Ammara mengambil peluang keberkatan Ramadan dengan memberi 500 nasi percuma selama sebulan sebagai sedekah. Wow, banyak tu!
Ads
Menerusi posting Belle di Instagram, nasi yang siap dibungkus tersebut diagihkan di hadapan butik miliknya Bella Ammara di Seksyen 7, Shah Alam semalam. Dengan hanya meletakkan sebuah meja dan bonet kereta berisi 500 pek nasi… usahawan berusia 30 tahun ini ceria menghulurkan sumbangan kepada orang ramai di sekitar kawasan terlibat.
Tak ketinggalan, anak perempuannya iaitu Nur Nabila Ammara turut turun padang membantu.
Alahai, kecil-kecil lagi sudah didedahkan dengan amal jariah dan berbagi rezeki. Moga besar nanti menjadi anak yang solehah dan berjiwa pemurah macam ibu bapanya.
Berkongsi niat murni tersebut, terang pemilik nama Sharifah Nabilla Al-Yahya ini, “500 nasi percuma di hadapan Bella Ammara Shah Alam (Seksyen 7) jam 5.30 petang. InshaAllah setiap hari di bulan Ramadan bermula hari ini (semalam). Yang memerlukan dijemput ambil. Pada yang nak turut menyumbang dipersilakan,” ujar isteri Carl Samsuddin ini lagi.
Semalam, Belle berkesempatan mengagihkan tiga jenis nasi secara percuma iaitu Nasi Kak Wok, Nasi Ayam Berempah dan Nasi Ayam Gulai. Berkotak-kotak nasi disediakan, sampai penuh bonet kereta Belle.
Ads
Nona salute usaha baik Belle yang tak lokek berkongsi rezeki. Sambil berniaga busana muslimah dan produk kecantikan, ibu dua anak ini tak lupa menghargai pelanggan dan orang ramai dengan pemberian nasi berlauk secara percuma. Hendak beramal dan berbuat baik jangan berkira sebab lagi banyak kita ‘memberi’… lagi berganda-ganda rezeki yang diterima. InshaAllah.
Ads
Kurang seminggu yang lalu, Belle dan suami tercinta baru saja membuka satu lagi butik Bella Ammara di Kuantan, Pahang. Hujung April lepas pula mereka turut merasmikan pembukaan butik sama di Sungai Petani, Kedah.
Allahu, jangan pelik tengok rezeki Belle melimpah ruah macam air yang mengalir. Orang yang bersyukur dan tak kedekut berkongsi rezeki… Allah kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka.
Bukan saja memiliki empayar Bella Ammara, bahkan wanita inspirasi ini juga mengusahakan beberapa perniagaan lain termasuk dalam bidang kosmetik, spa kecantikan dan macam-macam lagi. Hebat!
Kredit: Instagram Belle Al Yahya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini Belle Al-Yahya berkongsi kegembiraannya menyambut majlis ulang tahun kelahiran puteri sulungnya, Ammara yang ketiga. Kemeriahan majlis yang berkonsepkan Princess itu sangat cantik. Hiasan istana pada deko dan kek mencuri tumpuan.
Bertuah Belle Al-Yahya dikurniakan anak perempuan yang sangat prihatin dan penyayang. Belle Al-Yahya turut berkongsi di laman Instagramnya tentang puteri kesayangannya itu.
“Alhamdulillah harini genap Ammara 3 tahun. Walaupun baru 3 tahun tapi dah nampak Ammara anak yang baik dan kakak yang baik. Kalau Belle demam, dia akan cakap ‘Nanti Ammara suap umi ubat ok’. Kalau Belle careless, dia akan cakap ‘Be careful umi’. Kalau Belle belikan dia something, dia akan cakap ‘Thank you umi, i love u so much’
Kalau dia nak pergi school and tinggal Umar, dia akan cakap ‘Can I bring Umar to school please because Umar tak ada kawan nanti’. Kalau @carlsamsudin drive sambil tengok handphone, dia akan cakap ‘No telephone please daddy, be careful’. Kalau ada orang usik nak ambil Umar bawa balik, dia akan cakap ‘No! Cannot! Umar is my brother!’
Bila Belle tanya do you want anything for your birthday? Dia cakap ‘Can I be princess please umi’. How can I say no? Because u r such a good daughter,” kongsinya.
Syukur kerana mendapat anak yang baik budi pekerti seperti Ammara ini. Pendidikan awal itu sudah semestinya bermula dari rumah dan melalui pendidikan awal ibu dan bapa. Tahniah Belle Al-Yahya kerana berjaya mendidik anak seperti Ammara.
Bercerita tentang kecantikan pula, kongsi Belle Al-Yahya, “Kecantikan diri penting bagi wanita untuk tampil lebih yakin dalam menguruskan pekerjaan seharian. Ramai salah anggap wanita yang menjaga kecantikan hanya untuk menarik perhatian lelaki. Bagi saya ia tidak benar kerana wanita sememangnya sukakan kecantikan daripada segala aspek bukan sahaja rupa paras.
Terpulang kepada apa jenis pekerjaan seseorang. Tetapi, yang paling penting adalah keyakinan diri. Untuk meningkatkan keyakinan diri, wanita perlu menjaga penampilan supaya nampak menarik atau presentable di mata client, bos dan rakan sekerja supaya mereka lebih yakin akan kebolehan diri kita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelaran pensyarah muda yang memiliki PhD (Doktor Falsafah) menjadi status terhebat buat wanita berusia 33 tahun ini sekaligus menjadikan dirinya sebagai figura inspirasi buat seluruh kaum wanita.
Dr Nur Kamilah Yusuf atau lebih mesra disapa sebagai Dr Kim menggalas peranan sebagai pensyarah di jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Dr Kim berjaya membuktikan bahawa kemampuan wanita juga setanding kaum lelaki khususnya dalam kerjaya bagi mengemudi tanggungjawab besar sebagai seorang ketua.
LATAR BELAKANG Pada usia yang masih muda Dr Kim berjaya menggenggam PhD serta bergelar pensyarah muda dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Beliau kini mengajar subjek Matematik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Etika Profesional (Pembuatan Pesawat) dan Instrumen Pesawat.
Dr Kim dilahirkan sebagai anak kepada pasangan pendidik iaitu bapanya, Yusuf Md Sheh serta ibu, Salbiah Mostam. Beliau dibesarkan dalam suasana persekitaran yang penuh dengan ilmu. Beberapa tahun lalu, Dr Kim menerima penganugerahan Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal daripada UTHM.
Bukan calang-calang jurusan yang diceburi iaitu kejuruteraan serta sektor penerbangan dan aeronautik membuktikan kemampuan Dr Kim sebagai seorang superwoman. Dr Kim berjaya membuktikan kemampuannya memecahkan monopoli kaum lelaki dalam bidang kejuruteraan.
Sehingga tahun 2018 Dr Kim merupakan pensyarah termuda yang memiliki PhD di UTHM. Beliau juga merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf oleh Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) bagi sekolah penerbangan, Asia Aeronautical Training Academy.
Lebih membanggakan lagi, Dr Kim turut mencipta rekod apabila berjaya membawa pasukan UTHM Everest Golden Quarter merealisasikan misi mengibar bendera di Kem Dasar Tertinggi Everest 3 tahun lalu sempena Hari Malaysia dan ulangtahun UTHM ke-25. Sekaligus berjaya mencatat nama UTHM dalam Malaysia Book of Records dengan rekod Highest Altitude Lectures.
Dr Kim juga merupakan pemenang tunggal Malaysia bagi Grand Prize Award dalam Seoul International Innovation Festival.
Ketika saya mengambil jurusan kejuruteraan, ramai yang menjangkakan saya tidak mampu melakukannya kerana ia agak lasak. Namun bagi saya jika ada kesungguhan dan restu ibu bapa pasti segalanya dipermudahkan,” ungkap Dr Kim yang merupakan isteri kepada seorang juruterbang, Munzir Muaaz.
CABARAN “Seperti yang kita tahu, cabaran bekerja di dalam bidang kejuruteraan ialah apabila kerjaya ini dimonopoli oleh kaum lelaki. Untuk bertahan di dalam bidang ini seseorang wanita itu haruslah bersedia dari segi fizikal dan juga mental. Saya bersyukur kerana ibu dan bapa menjadi pendorong serta tulang belakang yang paling kuat sejak kecil.
Terbanglah setinggi mana yang dimahukan tetapi usah lupa untuk selalu tunduk ke bawah,” kongski Dr Kim yang turut aktif dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung.
RUTIN & GAYA HIDUP “Setiap hari saya akan bangun dengan secawan kopi dan merangka to-do-list bagi hari tersebut. Ini bagi memastikan segala tugasan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Aktiviti di gim, joging dan hiking dilakukan empat kali seminggu. Inilah sebenarnya masa untuk diri saya atau me time,” jelas Dr Kim.
HARAPAN “Saya tidak akan berhenti dalam menuntut ilmu dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. Tiada istilah berhenti menuntut ilmu dalam kamus hidup saya.”
Kredit Foto: Instagram @nurkamilahyusuf
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia hari ini sudah bersiap untuk menerima para wanita menerajui pelbagai bidang kerjaya yang mencabar. Fara Juina Bt. Mohd Shuib memelopori kebangkitan wanita dalam bidang pembangunan hartanah di negeri Kedah, mengambil kesempatan ruang yang ada dalam usaha memperkasakan keupayaan dan kebijaksanaan dirinya. Kini beliau mencapai satu tahap yang membanggakan, biarpun dalam usia masih muda, 34 tahun. Tiada yang membatasi dirinya untuk belajar dari bawah sehingga maju berada di tahap sekarang sebagai Pengarah Urusan, Mega Excellent Properties Sdn Bhd.
Melayari sebuah kehidupan sederhana sebagai seorang isteri dan memenuhi tuntutan sebagai ibu yang baik kepada empat orang anak, Fara bijak mengimbangi keduanya dan ia tidak mustahil buat semua wanita hari ini. Motivasi dirinya yang kuat perlu diangkat menjadi inspirasi buat semua dalam usaha memberikan yang terbaik dan memenuhi keinginan diri sendiri agar hidup lebih bermakna. Beliau ingin tumbuh subur berbudi dan berbakti kepada setiap pekerjaan yang di buat agar semuanya bercambah menjadi sihat dan sukses.
“Kuncinya adalah fokus, belajar dan berusaha. Jangan takut menghadapi kegagalan dan sentiasa maju ke hadapan. Tidak ramai sebenarnya wanita yang menceburi dalam bidang ini dan alhamdulillah saya masih terus rancak beraksi dalam bidang pembangunan hal tanah ini. Saya amat berterima kasih kepada Dato’ Wira Haji Thobrani kerana membuka laluan dan memberi kepercayaan kepada saya dalam bidang pembangunan hartanah di Kedah. Dalam usia 29 tahun, saya belajar dari kosong dan mengutip segala pengalaman dari satu projek pembangunan yang kecil sehinggalah pada projek mega sekarang sebagai konsultan untuk projek mega Koperasi Tunas Muda Sg. Ara Berhad.
Inilah antara kemuncak kepada kerjaya saya dalam menerajui projek mega bersama Koperasi Tunas Muda dalam usaha membangunkan projek komersial Tunas Boulevard yang dijangka akan melibatkan nilai jualan RM 328 juta yang terletak di dalam kawasan Kulim Hi Tech Park, Kedah dan Projek Perumahan Tunas Homes pula dijangka mencecah nilai jualan RM 522.9 juta terletak di Sungai Petani, Kedah. Sebahagian besar unit-unit kediaman di sini akan dijual dengan harga yang lebih murah di pasaran tetapi kualitinya terbaik.
Dari sekeping tanah, saya bertanggungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut mengikut kehendak pelanggan, kesesuaian lokasi dan memastikan ia menjadi pusat komersial yang berkembang maju dan moden. InsyaAllah saya akan pastikan projek ini dilaksanakan dengan sukses, tidak akan sia-sia tanggungjawab dan harapan yang tinggi untuk menjadi kejayaan terbesar untuk Koperasi Tunas. Ia bukan sekadar membangunkan kawasan perumahan tetapi meliputi pembangunan kawasan new township dengan landskap ID dari Australia, lengkap dengan segala kemudahan yang membawa kepada suasana kehidupan yang tenang, selesa dan cantik.
Sesuai sekali buat mereka yang baru ingin memiliki rumah pertama, buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga dan sempurna buat mereka yang ingin settle down. Saya telah mengkaji segala aspek kemampuan, harga dan pakej yang ditawarkan agar mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Objektif kami, bukanlah untung semata-mata tetapi memastikan masyarakat mampu membeli rumah,” ujar Fara berbicara tantang projek mega yang dikendalikannya kini.
Selain daripada kualiti pembangunan perumahan itu sendiri, strategi pemasaran adalah penting dalam usaha memastikan projek yang di buat mendapat sambutan daripada masyarakat. Untuk apa jika kita laksanakan projek tetapi tidak ada pembeli. Di sinilah juga peranan Fara penting dalam menyusun strategi pemasaran berkesan, “Ya benar, untuk itu Koperasi Tunas Muda Sg Ara Bhd telah memilih Rozita Che Wan dan puterinya Aishah sebagai Duta 2018 untuk projek Koperasi Tunas Muda Sg Ara Bhd pertama di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman. Che Ta adalah merupakan anak jati Kedah yang telah berjaya menempa nama di pasaran tempatan sebagai pengacara, penerbit dan pelakon. Popularitinya yang tidak perlu dipertikaikan lagi, kita gambarkan keharmonian rumah tangga Che Ta dan anak untuk menjalani sebuah kehidupan yang selesa dan sederhana agar dapat menjadi inspirasi kepada yang lain untuk turut sama mengecap kehidupan yang sempurna, khususnya buat rakyat Kedah,” katanya.
Sebagai seorang ketua yang menerajui projek besar, pastinya perkara ini tidak dilakukan dengan seorang diri. Siapa yang menjadi tulang belakang utama kejayaan hari ini dan sikap keperibadian anda yang menjadi teladan buat semua kakitangan lain. Keluarga dan rakan-rakan banyak memberi kekuatan dan semangat untuk saya berusaha tanpa putus asa. Saya pernah jatuh tersungkur dan mereka adalah pembakar semangat saya untuk bangkit kembali.
Saya ingin mereka melihat, setiap apa yang saya lakukan adalah atas usaha diri sendiri, kepercayaan dan kredibiliti saya. Untuk mencapai apa yang saya miliki hari ini, laluannya bukan mudah tetapi setelah melalui pelbagai rintangan serta pengalaman yang cukup menjadi saya matang dan sarat dengan ilmu pengetahuan yang dikutip untuk mempertingkatkan keupayaan diri saya sendiri. ”
Sesibuk mana sekalipun, tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu tetap tidak diketepikan. Itulah ketabahan dan kegigihan yang menjadi anda seorang wanita #superwomen, “Sebagai seorang wanita, rumah tangga tetap menjadi perhatian utama. Saya tidak pernah abaikan tanggungjawab dalam memastikan pengurusan anak-anak sempurna. Perjalanan saya bermula se awal pagi, menghantar mereka ke sekolah dan barulah saya ke pejabat.
Di malam hari adalah masa saya untuk bersama mereka, jarang sekali untuk ada sebarang urusan kerja di waktu malam, kecuali tugasan luar kawasan ‘outstation’. Jika ada sebarang kecemasan untuk berbincang tentang kerja sekalipun, datang ke rumah. Sememangnya peruntukan waktu malam saya hanya pada keluarga, itulah kualiti masa saya bersama mereka.
Perancangan masa hadapan Fara, “Saya berharap di masa hadapan, Koperasi Tunas Muda akan menyerlah kehebatannya sebaris dengan syarikat pembangunan terkenal di Malaysia yang lain. Untuk syarikat sendiri, saya akan teruskan uasaha dengan pelbagai projek-projek kecil atau besar sehinggalah syarikat Mega Exellent Sdn Bhd ini berjaya di publicly listed di Malaysia. InsyaAllah… Doakan yang baik-baik.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuahnya Ustazah Asni Mansor. Bukan hanya menerima ijazah di bumi Anbia bersama tiga anak tersayang malah dikurniakan rezeki menyaksikan momen teristimewa apabila anak lelakinya diberi peluang melaungkan azan di Masjid Al-Aqsa pada tahun 2014 ...