Di sebalik kesejukan cuaca Malaysia yang sampai ke tulang hitam, bayangkan budak lelaki ini sanggup meredah salji untuk menjalani peperiksaan akhir di sekolahnya.
Bertahun-tahun lalu, impian bersekolah hanya dinikmati oleh orang-orang tertentu saja. Golongan cerdik pandai selalu dipuji dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Sayangnya pelajar zaman ini suka mengambil kesempatan terhadap kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Minat belajar semakin berkurangan dan dianggap menyusahkan.
Ads
Tapi berbeza kali ini. Dia sanggup berkorban hanya untuk sampai ke sekolah walaupun perlu berjalan selama sejam dalam suhu beku -9 darjah Celsius. Jarak rumahnya ke sekolah di Ludian County, barat selatan China pula adalah sejauh 4.5km.
Sewaktu menjelangnya peperiksaan akhir, keadaan budak lelaki ini sewaktu tiba ke sekolah menyentuh perasaan ramai orang. Dia tiba dengan pipi merah kesejukan, berjaket panas dan rambutnya dilitupi salji.
Ads
Ramai kawan-kawan sekolah mentertawakannya.
Ads
Menurut guru besar mereka yang dikenali sebagai Fu, budak lelaki dalam gred 3 itu sememangnya seorang pelajar yang pintar dan jarang ponteng sekolah.
Kisah ini berjaya membuka mata netizen yang selalunya kerap menghentam orang lain. Ramai yang mengatakan bahawa kesusahan budak ini pasti menjadi pembakar semangatnya untuk berjaya pada masa depan. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pokok pangkalnya kena kuat disiplin dan komited terhadap apa yang dilakukan. Mungkin ini yang tersemat di sanubari penyanyi yang bersuara lantang mengalunkan lagu Hello ini.
Awal tahun lalu, Adele membuat kejutan dengan penampilan terbaharunya yang lebih segar. Kini setelah setahun berlalu penampilannya semakin menawan dan membuat ramai wanita menjadikan Adele sebagai idola.
Adele bakal menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 5 Mei akan datang. Ternyata, usia bukan penghalang untuk penyanyi yang pernah menggondol anugerah Grammy ini untuk menjalani gaya hidup sihat. Segala apa yang diamalkan oleh wanita ini telah memberi manfaat kepada dirinya sendiri.
Ini kerana suatu ketika dahulu, Adele adalah di antara selebriti Barat yang tidak hirau tentang komen terhadap penampilan dirinya. Berlandaskan misi mahu mengubah diri untuk kehidupan yang lebih sihat membuat Adele telah mengikuti sebuah program diet yang dikenali sebagai Sirtfood. Ada juga yang melaporkan bahawa Adele mula mengikuti program diet ini selepas bercerai dengan suaminya, Simon Konecki.
Tidak mustahil Diet Sirtfood ini mendapat carian ketujuh tertinggi google pada tahun 2019.
Apakah Diet Sirtfood
Diet Sirtfood ini telah diperkenalkan oleh dua orang Pakar Nutrisi, Aidan Goggins dan Glen Matten. Diet ini mengamalkan pemakanan berasaskan protein sayur-sayuran dan buah-buahan atau lebih dikenali dengan makanan yang kaya dengan ‘aktivator sirtuin seperti epal, beri biru dan minyak zaitun (extra virgin).
Rejim pemakanan diet jenis ini memerlukan pengamalnya makan hanya 1,000 kalori dalam sehari dan 2 jenis jus hijau. Diet Sirtfood ini dikatakan bukan sahaja boleh membantu sistem metabolisme tubuh tetapi berupaya menahan nafsu makan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman kegemilangan Edika Yusof merupakan suatu fenomena yang diingati oleh semua peminatnya. Meninggalkan dunia glamor kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan adalah punca kelibat pelakon Maria Mariana ini hilang dari radar industri seni.
Sinar kehidupan Edika semakin bersinar setelah menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati, Nor Hidayah Yusri, 14 tahun yang lalu. Sebagai pasangan berkahwin, pasti mengimpikan hidup bahagia kekal hingga hujung nyawa.
Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua.
“Saya beruntung memperisterikan Nor kerana dia seorang yang berdikari dan bercita-cita tinggi. Kami sama-sama merancang untuk membina empayar perniagaan dan ujian mula melanda selepas melahirkan anak kedua kami.
5 hari selepas bersalin Nor diserang demam panas. Doktor yang merawat mencadangkan saya membawa Nor ke hospital kerana itu bukan demam biasa.
Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia sudah menunjukkan tanda sakit yang amat sangat. Setibanya saya di labour room pula, saya terdengar suara wanita menjerit-jerit kesakitan. Setelah dijengah, rupa-rupanya itu suara isteri saya.
Dari kejauhan, saya melihat dia sudah nyawa-nyawa ikan kerana jangkitan kuman sudah sampai ke kepala. Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu, saya terduduk sambil mengadu kesedihan pada Yang Maha Esa.
Setelah dibawa pulang, keadaan isteri ketika itu berubah 360 darjah. Dari seorang yang aktif dan periang, sudah bertukar lumpuh terbaring di atas katil.
Saya perlu mengangkat Nor untuk ke bilik air dan membantu menguruskan segala keperluannya. Lebih parah lagi ketika itu hampir semua memorinya hilang. Mujur dia masih mengingati saya dan ahli keluarga rapat.
Saya dah janji dengan isteri, walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia dengan baik. Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula.
Saya terbayang, bagaimana perasaan saya yang sedang sakit jika isteri abaikan tanggungjawab dan tinggalkan saya sendirian,” ujar Edika yang pernah berkhidmat sebagai pramugara di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama lima tahun.
Sebak Dengan Pengorbanan
“Memang dengan apa cara sekalipun saya tidak akan dapat membalas budi dan pengorbanan yang telah Edika lakukan. Ketika terlantar sakit sampailah sekarang, saya telah ditatang umpama seorang bayi yang masih kecil. No words can describe apa yang saya rasa, memang susah nak terangkan,” terdengar getar pada hujung suara Nor Hidayah saat memulakan bicara.
Dalam mengatur perjalanan hidup ini kami perlu berada dalam satu team. Kalau hanya Edika sahaja atau satu pihak yang bagi komitmen, of course akan sampai masa yang dia akan fed up.
Jadi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bukan senang nak kekalkan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam keadaan macam saya ini dan bersuamikan lelaki yang bernama Edika Yusof. It’s not an easy journey. Tapi alhamdulillah dan insyaAllah, we can do this,” ucap Nor yang berjiwa kental.
Senyuman yang terukir di bibirnya tidaklah selebar mana tetapi nampak jelas Nor berusaha menerima hakikat kehidupan. “Saya selalu reda, tawakal dan yakin pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya bukan jenis yang suka duduk termenung, meratapi nasib dan fikir kenapa aku yang terpilih untuk mengharungi semua ini.
Bercerita tentang perkembangan kesihatan wanita yang berusia 39 tahun ini, “Tahap kesihatan kalau nak banding dengan hari pertama sakit 12 tahun lepas, memang ada banyak perbezaan. Sebab masa mula-mula dahulu saya betul-betul lumpuh dari dada hingga ke hujung kaki.
Masa itu saya memang betul-betul lemah, tangan memang tak kuat nak bergerak. Memang kira terlantar sahaja. Telinga tak dapat dengar selama enam bulan dan suara pun tak boleh keluar. Semua komunikasi kena bertulis di atas kertas.
Anak mata tidak berada di tempat yang sepatutnya dan muka sebelah kiri strok. Pada masa itu, makan pun tak ada selera langsung. Memang kurus sangat-sangat tinggal tulang untuk tiga tahun pertama selepas jatuh sakit.
Lepas tu beransur-ansur ambil suplemen baru ada tenaga untuk buat fisioterapi dan senaman sendiri di rumah. Sehingga kini saya masih sihat tetapi, pergerakan dari dada hingga ke hujung kaki masih sama, tidak boleh bergerak. Hamizatul Maizan Mohamed
Ketahui kisah selanjutnya tentang kisah Edika Yusof dan keluarganya dalam Nona September 2017, kini di pasaran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuahnya Uqasha! Terima ‘kejutan’ dan celebration istimewa dari suami tercinta serta keluarga sempena hari lahir. Isteri kepada pelakon kacak, Kamal Adli ini baru sahaja genap usianya yang ke-30 pada 6 Julai 2022.
Uqasha Senrose atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkongsi rasa teruja dan momen itu di akaun Instagramnya. Biarpun sibuk dengan sesi penggambaran dan habis lewat pada pukul 1 pagi namun suami dan keluarga kedua belah pihak sanggup menunggu dirinya selesai urusan kerja.
“Asalamualaikum, Masyallah terharu yang tak terhingga. Qasha shooting semalam habis almost 1 pagi, so tak expect lansung akan ada celebrate birthday Qasha, tapi kak @nadia__ suami saya @kamaladli dan family both side since 6 pagi ada yang 6 petang nak setup untuk birthday Qasha.”
Uqasha turut menyatakan kegembiraannya apabila Kamal meraikan majlis sambutan hari lahirnya itu di tempat mereka disatukan sebagai suami isteri. Dia merasakan dirinya sangat disayangi.
“Qasha happy yang teramat sangat sebab suami @kamaladli celebrate birthday dekat tempat kami disatukan jadi suami isteri. Ya allah semua family family friends tunggu dari 6 petang and Qasha sampai pkul 1.30 PAGI. Rasa diri disayangi sangat.”
Lebih menarik, Uqasha tampil jelita dalam busana Puteri Perak lengkap dengan aksesori yang disediakan oleh Kamal sendiri. Pasangan ini tampil sedondon dalam busana klasik songket rona hitam. Tanpa solekan yang proper pun Uqasha tetap kelihatan berseri! Dah macam bersanding semula, memang rare!
Begitu juga ahli keluarganya yang turut mengikut tema klasik. Masing-masing memag sporting! Walau Uqasha nampak sedikit keletihan namun dia tak lekang dengan senyuman kerana terlalu gembira.
“Thank you so much to my husband, you are the best husband in the world. Insyallah kamu lah suami saya sampai ke Jannah amin. Saya terlalu cintakan abang. And knowing @kamaladli dia bukan person yang nak deco2 custome cake siap ada tema, siap carikan baju untuk Qasha tukar, siap ada accessories lengkap Puteri Perak heheh.. cute la suami saya.”
Rata-rata para pengikut Uqasha termasuk rakan-rakan artis meninggalkan komen serta ucapan hari lahir.
Semoga Uqasha sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sukses dalam karier seni. Kekal bahagia bersama suami tersayang dan dikurniakan rezeki serta zuriat yang soleh solehah kelak.
Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November 2021.
Kredit Foto: IG Uqasha Senrose
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.