Segala berita tentang kehidupan keluarga diraja Britain ini telah mencuri tumpuan seluruh dunia. Daripada tugas kerajaan sehingga kehidupan peribadi ahli keluarga diraja ini menjadi bahan berita pihak media. Semuanya diperhatikan daripada pilihan fesyen, pergaulan dan hubungan kekeluargaan termasuk isteri Prince of Wales, Putera Charles iaitu Camilla, Duchess of Cornwall.

IKLAN
Resipi Victoria Sponge Cake Sajian Istana Bakal Ratu England, Camilla Duchess of Cornwall
Foto: FeatureFlash Photo Agency / Shutterstock.com

Pasangan diraja ini telah berkahwin dalam satu majlis sivil pada 8 April 2005. Seperti yang kita tahu, Putera Charles merupakan pewaris takhta kerajaan ini secara tidak langsung wanita ini bakal menjadi Ratu England suatu hari nanti.

Resipi Victoria Sponge Cake Sajian Istana Bakal Ratu England, Camilla Duchess of Cornwall
Foto: FeatureFlash Photo Agency / Shutterstock.com

Pada 17 Julai yang lalu Camilla, Duchess of Cornwall telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-74. Sebagai Duchess Cornwall, Camilla membantu Putera Charles menjalankan tugas rasminya serta menemani suaminya melaksanakan tugas kerajaan. Camilla juga aktif dalam aktiviti kemanusiaan di sana.

Resipi Victoria Sponge Cake Sajian Istana Bakal Ratu England, Camilla Duchess of Cornwall
Foto: ComposedPix / Shutterstock.com
Resipi Victoria Sponge Cake Sajian Istana Bakal Ratu England, Camilla Duchess of Cornwall
Foto: Lorna Roberts / Shutterstock.com

Apa yang menariknya ialah Camilla, Duchess of Cornwall telah sudi berkongsi resipi Istana cara membuat Victoria Sponge Cake. Jarang kita dengar atau lihat Camilla, Duchess of Cornwall berkongsi resipi. Mesti ada keistimewaannya kek ini. Jom kita tengok resipi istimewa ini.

Resipi Victoria Sponge Cake Sajian Istana Bakal Ratu England, Camilla Duchess of Cornwall
Gambar hiasan. Foto: shutterstock.com

Victoria Sponge Cake Resipi Camilla, Duchess of Cornwall

Bahan-bahan;

110 gram tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
110 gram margerin atau mentega (suhu bilik)
110 gram gula kastor
2 biji telur
2-3 titis esen vanilla

Bahan inti;

IKLAN

Lemon curd atau jem (bersama fresh cream – pilihan) atau Nutella atau inti pilihan masing-masing.
Gula icing

Cara membuat;
1. Panaskan ketuhar 170°C. Griskan 2 loyang bersaiz 7 inci atau 18 cm.

2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung dan baking powder dan ayak.

IKLAN

3. Kemudian masukkan semua bahan sehingga semua sebati. Adunan yang sempurna apabila ianya jatuh daripada senduk dengan mudah (cair). Jika adunan pekat, masukkan 1 atau 2 sudu teh air suam.

4. Bahagi adunan kepada dua dan masukkan ke dalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 30 minit (mengikut ketuhar masing-masing) sehingga masak.

5. Apabila kek telah sejuk, ambil satu dan letakkan bahan inti mengikut pilihan. Kemudian letak kek yang satu lagi di atasnya dan hiaskan dengan menabur gula icing di atasnya.

Sumber: hellomagazine.com

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI