
Setiap pasangan suami isteri sudah pasti mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup. Tetapi, rezeki anak itu adalah rahsia Allah SWT. Pasangan romantis Indonesia, Zaskia Sungkar dan Irwansyah juga ‘diuji’ dengan rezeki anak. Namun, pada 5 Sepetember 2020, pasangan sama cantik sama padan ini telah berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata selepas menjalani ujian IVF.

Melihat perkongsian kakak kepada pelakon terkenal Indonesia, Shireen Sungkar ini di laman media sosialnya, jelas terpancar naluri keibuannya dan tak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya. Semoga perjalanan hujung kehamilan ini dan proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar. Tak sabar melihat bayi comel yang bakal lahir itu nanti.


Dalam kegembiraan bakal menimang cahaya mata, pelakon cantik ini juga telah berkongsi bahagianya yang bakal berpindah ke kediaman baharu dibeli oleh pasangan ini. Rupanya sebelum memiliki kediaman ini, Zaksia dan Irwansyah telah menjual dua buah rumah yang lain. “Kami telah menabung untuk membeli kediaman ini sejak 5 tahun yang lalu.


Namun, belum cukup dan akhirnya kami sepakat untuk menjual 2 tempat tinggal yang lama untuk memiliki bangunan ini. Ini kerana kami mahu belajar tak ada kredit riba. Tapi atas izin Allah SWT kalau niat ternyata ada saja jalan yang Allah SWT beri,” kongsi Zaskia.
Malah Zaskia juga telah berkongsi beberapa foto kediaman yang bakal diinapnya bersama keluarga tersayang. Ini baru tingkat tiga ya, belum lagi melihat keseluruhan kediaman ini. Pasti indah seperti indahnya pemilik kediaman ini. Jom, kita cuci mata.





Namun yang pasti wanita cantik ini paling teruja untuk mendekorasi bilik anak yang bakal lahir itu. “Semoga Allah SWT permudahkan urusan pindah rumah tahun ini. Tak sabar mami mahu deko kamar Baby Syahki,” coret wanita yang mempunyai rangkaian Youtube, The sungkars Family ini.


Zaskia telah melangsungkan perkahwinan pada usia 20 tahun pada tanggal 15 Januari 2011. Pasangan ini dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan di Malaysia tidak lama dahulu.
Jangan Cemburu Dengan Wanita Cantik Kalau Diri Sendiri Pun MALAS BERSENAM, Ini Faktanya!

Ramai yang beranggapan senaman hanya untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing semata-mata. Apabila melihat orang lain aktif bersenam pasti akan menganggap bahawa individu tersebut mahu menguruskan badan semata-mata.
Sebenarnya bersenam ini banyak manfaat terhadap tubuh terutama wanita. Pasti lepas ini semua wanita mahu bersenam untuk menikmati hidup yang berkualiti.
Senaman terbaik untuk kulit
Tahukah anda bahawa kulit yang sihat dan cantik boleh diperoleh dengan bersenam? Bersenam adalah salah satu cara gaya hidup yang sihat dan boleh menjadikan kulit nampak sihat dan halus. Semakin kerap kita bersenam kulit akan berpeluh dan dapat membuang sisa toksin dalam tubuh. Bersenam juga dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung dan meningkatkan kadar metabolisme. Cara yang paling mudah adalah dengan berjalan kaki.
Senaman cegah penyusutan otak
Senaman adalah kunci hidup yang sihat. Manfaat bersenam boleh diperoleh sehingga meniti usia emas. Bagi mereka yang mengekalkan bersenam sehingga usia emas boleh mencegah penyusutan saiz otak. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Edinburg mendapati bersenam boleh mencegah dementia. Demensia berlaku apabila otak kehilangan sebahagian fungsinya seperti nyanyuk dan mudah lupa.
Senaman untuk wanita
Senaman juga dapat membantu memantapkan anggota sulit wanita. Bagaimanakah caranya? Senaman kegel atau senaman kemutan yang membabitkan gerakan seperti mencengkam otot lantai pelvis seperti menahan membuang air besar. Amalan senaman ini boleh membantu hubungan intim yang lebih seronok dan memberangsangkan.
Senaman bakar kalori
Faktor utama yang membuatkan seseorang bersenam adalah untuk membakar kalori yang ada dalam tubuh. Aerobik merupakan salah satu senaman yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana aerobik mampu membakar kalori berlebihan sekali gus membentuk punggung dan paha. Orang yang mempunyai berat 68 kilogram boleh membakar kalori sekitar 357 kalori jika melakukan aerobik selama satu jam.
Senaman cantik payudara
Biasanya wanita mengalami masalah payudara kendur selepas melahirkan dan menyusukan anak. Mungkin ini adalah salah satu sebab ramai ibu yang tidak mahu menyusukan anak. Sebenarnya bersenam boleh membantu menegangkan payudara. Teknik senaman khusus untuk payudara boleh menjaga otot dada (pectoral) untuk mengekalkan keanjalan payudara. Selepas bersenam cuba lakukan urutan agar payudara lebih anjal.
Senaman tingkat paras hormon
Percaya atau tidak senaman boleh meningkatkan paras hormon dalam badan? Senaman dikatakan berupaya meningkatkan hormon tumbesaran, testosteron dan thyroid. Peningkatan hormon ini membantu menurunkan berat badan dan membakar lemak yang terkumpul. Senaman juga membantu menurunkan berat badan dengan penurunan hormon.
Senaman tambah ketinggian
Tahukah anda senaman boleh membantu anda menambah ketinggian? Aktiviti seperti berbasikal boleh membantu nada otot dan meningkatkan tahap kecergasan dan personaliti. Boleh juga melakukan regangan selama sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Berenang selama lima seminggu dikatakan boleh menambah ketinggian. Apabila anda menggunakan badan, kaki dan tangan sepenuhnya ketika berenang akan membangunkan kekuatan otot yang akan memanjangkan mereka dalam minggu.
Senaman dengan tarian
Bersenam dengan tarian ini bukan suatu perkara asing. Namun, sejak akhir-akhir ini zumba semakin mendapat tempat di hati mereka yang mengamalkan cara hidup yang sihat. Zumba bermaksud bergerak dengan cepat dan menggabungkan muzik, langkah aerobik, dengan gerakan tarian latin seperti samba, salsa, reggae, hip hop, mambo, rumba dan banyak lagi. Zumba memiliki gerakan bertenaga sehingga menimbulkan kontraksi kepada otot dan membakar kalori dan lemak sekali gus. Hamizatul Maizan Mohamed
“Orang Panggil Saya Barbie Kerana Kulit Putih & Tinggi Macam Model!” Fazulkafli

Jika anda seorang Instagrammer, nama Fazulkafli pastinya sudah tidak asing lagi. Mana tidaknya, meninjau laman Instagram miliknya iaitu @fazulkafli, dia lebih selesa dikenali sebagai Faz Barbie atau Barbie Malaysia.
Mempunyai pengikut seramai 204K di laman Instagram, pemilik perniagaan Scrub District dan Skinny Dollz ini sering menjadi perhatian lantaran penampilannya yang berbeza dan elegan.
Empunya nama sebenar Farah Hazwani Zulkafli, 36 tahun lebih selesa disapa Barbie ini bercerita dengan panjang lebar bagaimana gelaran Barbie itu melekat di dalam dirinya.
Menurut Barbie, gelaran Barbie Malaysia itu ‘melekat’ pada dirinya ketika baharu sahaja melangsungkan perkahwinan dengan suami tersayang, Asadel Farhaan Hamdan pada tahun 2016.
“Selepas berkahwin, saya mula mewarnakan rambut dengan rona blonde. Memandangkan saya memiliki kulit yang putih dan ketinggian bagaikan seorang model, ramai yang menggelar saya dengan panggilan Barbie.
Saya juga selesa digelar Barbie dan sememangnya patung Barbie mempunyai keistimewaan di hati wanita,” ujar Barbie sambil wajahnya disolek dengan rona terang seperti merah jambu.
Selain dikenali sebagai Instafamous, Barbie juga merupakan seorang seorang jutawan kosmetik yang sering memberi inspirasi kepada para pengikut laman Instagram melalui video secara langsung mahupun captions di setiap postingnya.
Menurut Barbie lagi, dia mahu memberi dan menjadi inspirasi untuk wanita muda bangkit dan mengejar impian mereka.
“Saya percaya, dengan motivasi dan role model yang betul, setiap individu mampu mengejar impian. Berada di era media sosial, ramai wanita muda tidak sedar bahawa mereka mampu merubah taraf kehidupan mereka dan mengejar impian untuk berjaya.
Saya menjadikan kisah kejayaan saya sebagai inspirasi untuk wanita mudah di luar sana berjaya,” ujar Barbie yang mengusahakan produk kecantikannya sendiri.
Sebagai seorang selebriti media sosial yang memiliki produk kecantikan jenama sendiri iaitu Scrub District dan Skinny Dollz, Barbie berkata sejak zaman remaja lagi dia mengimpikan memiliki empayar perniagaan sendiri.
Hasil kerja keras dan dorongan keluarga, Barbie mengeluarkan produk skrubnya sendiri dan menjadi jenama pilihan nombor satu di atas talian di Malaysia.
Selain terkenal dengan imej seksi, dia juga dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan sikap positif, yakin dan sering memberikan kata-kata semangat kepada orang lain.
Sikap positif dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi banyak diwarisi dari didikan serta pendedahan kedua ibu bapanya yang mementingkan pendidikan dan nilai kekeluargaan yang akrab.
GRADUAN HEBAT
“Barbie dilahirkan dan dibesarkan di Australia serta mendapat pendidikan rendah di Clapham Primary School sebelum meneruskan persekolahan peringkat menengah di Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur.
Selepas menamatkan alam persekolahan, Barbie melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Malaysia dan memperolehi keputusan 3.55 CGPA.
Sebelum memulakan perniagaan, Barbie turut menimba ilmu dengan melalui alam pekerjaan di beberapa syarikat korporat,” ujar Barbie yang pernah bertugas di Petronas, KPMG dan beberapa syarikat bertaraf antarabangsa.
Tambah Barbie lagi, keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat banyak dipengaruhi oleh bapa tersayang, Zulkafli Kasim yang merupakan graduan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Senibina dari Australia.
“Melihat kejayaan mama dan papa mendorong Barbie melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat kerana papa banyak mendorong dan membentuk keperibadian Barbie kini.
I became strong and powerful woman because of him,” ujar Barbie yang sememangnya amat rapat dengan kedua ibu bapanya.
Menurut Barbie lagi, hubungan kekeluargaan sememangnya amat penting buat dirinya dan ia menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan yang dikecapinya kini.
“Barbie amat rapat dengan papa dan mama serta adik beradik. Malah Barbie anggap mama dan papa seperti rakan baik dan sentiasa berdiri di belakang Barbie untuk memberi sokongan dan dorongan dalam perniagaan.
Jangan tidak tahu, Barbie sebenarnya amat manja dengan papa. Papa banyak mendorong Barbie untuk berjaya seperti sekarang ini,” ujar Barbie.
Melihat penampilan dirinya yang mempunyai tubuh yang langsing, sudah tentu faktor pemakanan menjadi salah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh wanita cantik ini.
Mana tidaknya, sebagai beauty influencer, sudah tentu Barbie mahu mengajak pengikutnya mengamalkan diet seimbang untuk mengekalkan kecantikan.
“Barbie mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amat prihatin soal pengambilan makanan. Makan organik tanpa garam, gula dan minyak menjadi pilihan. Barbie juga lebih selesa mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet seharian,” jelasnya.
BARANG BERJENAMA
Melihat deretan tas tangan serta kasut jenama mewah miliknya, Barbie berkata ia merupakan sebahagian koleksi peribadi kesayangannya yang disimpan rapi di kediaman miliknya yang terletak di kawasan kejiranan elit di ibu negara.
Tambah Barbie lagi, antara jenama tas tangan kegemarannya termasuklah Hermes Birkin yang disifatkan sebagai so glamorous.
“Barbie suka tampil cantik dan menarik. Antara jenama pakaian kegemaran Barbie termasuklah Herve Ledger dresses,” ujar Barbie yang gemar mengunjungi London dan Paris sebagai destinasi untuk membeli-belah.
“Barbie jatuh cinta dengan kota glamor dan gaya hidup seperti London dan Paris. Ia merupakan destinasi wajib dikunjungi untuk membeli belah. Malah London sudah menjadi rumah kedua buat Barbie kerana setiap tahun wajib berkunjung ke sana,” jelas Barbie.
“Walau Sudah 2 KALI KEGUGURAN, Tapi Saya Tak Serik Nak Mengandung Lagi” Liza Talib

Melihat pasangan lain yang baru berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sedikit sebanyak menyentak hati seorang ibu yang masih menanti kehadiran bayi dalam hidupnya. Tangisan kecil dan tawa si manja menjadi igauan setiap wanita yang sudah bergelar isteri.
Namun bagaimana jika setiap kali disahkan mengandung, mereka diuji dengan keguguran?
Menghadapi keguguran adalah suatu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi kandungan yang dianggap sebagai penyeri itu sudah dinantikan sekian lama. “Saya berkahwin pada bulan Februari 2015. Sebaik sahaja pulang berbulan madu di Mekah selepas 4 bulan berkahwin saya disahkan mengandung. Hati gembira bukan kepalang.
Namun, ketika usia kandungan memasuki 6 minggu saya mula nampak kesan spotting. Tanpa berlengah saya pergi klinik dan doktor sahkan threatened abortion (kandungan terancam).
Kemudian saya pergi scan kat klinik pakar dan tak nampak kantung dalam rahim. Doktor suruh saya buat ujian darah untuk tentukan sama ada ectopic atau tak (7 minggu),” ujar Liza Talib yang bertugas sebagai Pengurus Bank ini.
Tambah Liza, “Doktor minta datang ke hospital sekali lagi untuk melakukan ujian darah selepas 2 hari. Keesokan harinya tiba-tiba lepas subuh sakit sangat kat perut dan bahu sampai tertidur atas sejadah.
Sejam lepas tu bangun terus ajak suami pergi hospital dan dapat keputusan ujian darah memang ectopic (HCG level meningkat tapi scan masih tak nampak kantung).
Di hospital saya buat pembedahan laparoscopy (tebuk 3 lubang di perut dan pusat) dengan bius penuh kerana boleh mengancam nyawa saya jika tiub tersebut meletus. Hasilnya tiub falopian kanan saya telah dibuang dan sekarang saya hidup dengan 1 tiub falopian sahaja.
Peluang saya untuk mengandung tidak secerah macam dahulu lagi. Keluar hospital saya berpantang macam biasa selama 2 minggu,” terang Liza yang mengalami momen sedih dalam hidupnya kehilangan anak pertamanya.
Setelah 3 bulan, doktor membenarkan Liza untuk mengandung lagi. Sudah tertulis rezekinya setelah 4 bulan pembedahan laparoscopy, dia mengandung lagi. “Saya pergi checkup dari minggu ke-5 sehingga minggu ke-9, scan tak nampak janin, hanya kantung. Saya diuji sekali lagi.
Kali ini doktor mengandaikan kemungkinan blighted ovum (kandungan tak jadi/missing) dan diberi tempoh 2 minggu untuk datang semula buat imbasan. Imbasan kali kedua tetap tidak menampakkan janin dan doktor mencadangkan saya buat D&C untuk cuci dan buang kandungan.
Kehilangan kali kedua ini benar-benar memberi kesan yang mendalam dan saya tidak sanggup untuk menghadapi jika berlaku keguguran sekali lagi. Saya sedih dan tidak sanggup menunggu lama kerana faktor usia, berkahwin lewat pada usia 34 tahun. Setelah enam bulan saya masih tidak mengandung dan menjadi risau.
Saya mula belajar dan menyertai kelab TTC (Trying To Conceive) luar negara dan belajar semua kaedah. Saya juga membuka akaun khas di Instagram untuk berkongsi tentang perjalanan untuk mendapatkan zuriat.
Saya cuba OPK (Ovulation Prediction Kit) untuk monitor ovulasi kerana kitaran haid saya tidak normal.
Kadang-kadang lewat beberapa hari dan tempoh paling lama pula hampir 60 hari. Selepas 6 bulan buat OPK saya mencuba pula kaedah BBT charting (Body Basal Termometer) iaitu catit suhu basal kena bangun pagi-pagi setiap hari sepanjang 1 tahun hanya untuk catit suhu dan rekod dalam fertility friend apps.
Kemudian saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan Pakar Sakit Puan. Hasil pemeriksaan doktor katanya, mungkin tiada ovulasi (anovulatory cycle). Doktor bagi saya ubat clomid untuk besarkan telur dan merangsang ovulasi.
Dalam pada itu, doktor mengesahkan saya ada PCOS (telur tak matang). 1st cycle failed to conceive as on fertile day pergi scan, telur hanya ada di sebelah kanan (tiub telah dibuang). Saya sedih dan tahu memang harapan sangat tipis untuk mengandung pada bulan itu.
Bulan kedua ambil clomid lagi tetapi dengan dos yang lebih tinggi 150mg selama 7 hari. Masa subur pergi scan dan doktor beritahu clomid tak begitu berjaya ke atas saya kerana hanya ada 1 telur besar. Tetapi kali ini telur besar itu berada di ovari yang ada tiub.
Kitaran hari ke21 saya perlu hadir ke hospital untuk membuat ujian darah bagi melihat progesteron. Tak silap saya bacaannya hanya 41 dan doktor cakap below expectation sepatutnya lebih 100. Tapi saya yakin bakal mengandung pada bulan itu.
Alhamdulillah, akhirnya saya mengandung. Namun, berita tersebut bukan hanya setakat itu sahaja, saya betul-betul all out untuk mengekalkan kandungan kali ini. Saya mengekalkan kecergasan diri dengan jogging dan zumba. Menjaga pemakanan dengan mengambil karbo rendah dan tanpa gula yang diganti dengan stevia. Bulan tersebut saya hilang 3kg.
Saya amalkan telur ayam kampung separuh masak setiap pagi untuk pastikan ovum yang 1 tu membesar dengan sihat dan cepat. Saya tak ambil produk lain selain clomid (cuba banyak produk di pasaran tapi tak ada kesan malah lagi teruk kitaran jadi lagi panjang).
Elak makanan sejuk dan makan banyak sayur hijau serta kacang badam. Lepas ovulasi saya makan nanas selama 1 minggu dan berhenti kerana kandungan bromelain pada nanas dikatakan boleh membantu mengukuhkan janin.
Kepada wanita lain yang masih berusaha untuk mendapat zuriat nasihat saya kena belajar pasal tubuh dan organ reproduktif sendiri, usaha (timed intercourse – sebab i track my ovulation guna OPK, BBT dan monitor cairan vagina).
Rajin membaca dan akhir sekali doa dan tawakal. Alhamdulillah my rainbow baby boy namanya Umar Iskandar dah nak masuk 4 bulan, sihat dan cerdik,” nasihat Liza. Hamizatul Maizan Mohamed