SELEBRITI BERGELAR DATIN RAYA 2021

Sambutan Aidilfitri dalam suasana norma baharu tetap meriah bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Meskipun berdepan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia sedikit pun tidak menjadi penghalang untuk meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Tidak terkecuali, tiga jelitawan berstatus Datin ini yang ceria dan meriah menyambut lebaran. Sebagai selebriti dan kenamaan, pastinya Aidilfitri mereka menjadi tumpuan para peminat. Apatah lagi, kesemuanya dikurniakan rezeki anak ramai.

IKLAN

DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN & DATIN SERI ZIZIE IZETTE

Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu!

Raya tahun ini, isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan ini memilih rona sedondon biru untuk seisi keluarga. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada tahun 2017 dan anak perempuan, Alisa Belle Izette pada tahun 2019. Datin Seri Zizie turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Berkongsi beberapa foto di pagi Syawal, anak seni ini turut memberi ucapan ringkas sempena lebaran. “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin from my family to yours.”

DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR & DATIN DR HALINA

Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu!

Syawal tahun ini nyata cukup bermakna buat angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga. Mana tidaknya, beliau dan isteri Datin Dr Halina baru sahaja menyambut kehadiran sepasang anak kembar pada November 2020 yang diberi nama Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina sebelum ini mempunyai anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Selain Adam dan Noah, pasangan ini turut dikurniakan dua anak perempuan iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha.

Sambut raya dalam keadaan serba sederhana, pasangan ini memilih persalinan merah untuk seisi keluarga.

DATUK NOR AZAM & DATIN REBECCA NUR AL-ISLAM

Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu!

IKLAN

Keluarga usahawan dan pelakon cantik Datin Rebecca Nur Al-Islam sememangnya meriah dengan kehadiran lapan anak. Walau sudah bergelar ibu, beliau tetap menawan dan langsing!

Lebaran tahun ini, Datin Rebecca memilih busana rona terang jingga untuk ahli keluarga besarnya. Lebih istimewa, beliau turut menyediakan baju raya sedondon untuk kesemua pembantu rumah. Baiknya hati Datin Rebecca!

Menyarung persalinan Syafieq Ayman, aktres ini turut memberi ucapan pantun raya. “Raya pertama bertema orange, busana orange dikenakan satu keluarga, cinta sejati datangnya dari keikhlasan jiwa, sepuluh jari disusun, ampun maaf dipinta.”

DATUK MOHD SUMALI & DATIN ANNE NGASRI

IKLAN

Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu! Rezeki Anak Ramai, Meriahnya Syawal 4 Jelitawan Berstatus DATIN Ini Dalam Norma Baharu!

Raya turut meriah bagi seisi keluarga, Datin Anne Ngasri dan suami tercinta, Datuk Mohd Sumali. Walau sekadar beraya di rumah, tetap tampil sedondon dan ceria dalam persalinan raya emerald!

Bersyukur dengan nikmat Hari Raya tahun ini bersama keluarga tersayang, pelakon yang pernah popular dengan siri Cili Padi ini turut mengucapkan salam lebaran buat semua yang mengenali dirinya.

“Inilah keluarga kecil saya dan berbagai-bagai aksi bila nak ambil foto. Tak terkawal dan asal ada lengkap semua. Di kesempatan ini saya dan keluarga ini memohon maaf zahir dan batin dan selamat hari raya dari kami sekeluarga.

InshaAllah semoga di bulan yang baik kita sama-sama dapat mengumpul amalan yang baik dan semoga ia akan menjadikan kita semua manusia yang lebih baik di hari-hari mendatang. Aminnn.”

 

Kredit foto: Instagram Zizie Izette, Rebecca Nur Al-Islam, Anne Ngasri, Dr Halina

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI