Nampaknya bahang lebaran sudah semakin terasa apabila kebanyakan pereka fesyen tempatan mula mengeluarkan koleksi lebaran mereka.

IKLAN

Terbaharu, Samm Republic membawakan koleksi lebaran “Gelombang Raya” yang menampilkan rekaan busana tradisi yang diberi sentuhan moden dan malar segar.

Rezeki CHE PUAN SYAMIM FARID Terpilih Sebagai Muse Koleksi Lebaran Jenama Terkenal

Koleksi ini turut menampilkan Che Puan Syamim Farid sebagai wajah atau muse untuk koleksi berkenaan. Berkongsi berita tersebut di laman Instagram miliknya, isteri kepada Yang Mulia Bentara Raja Tengku Ezzudean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini melahirkan rasa gembira dan menzahirkan ia sebagai satu penghargaan untuk dirinya menjadi muse untuk koleksi Samm Republic RTW Gelombang Raya 2023.

Rezeki CHE PUAN SYAMIM FARID Terpilih Sebagai Muse Koleksi Lebaran Jenama Terkenal

FACE OF SAMMREPUBLIC RTW 2023 ❤️

It’s such an honour to be the muse for @sammrepublic.rtw Gelombang Raya 2023.

Big love to everyone who was part of this campaign. Thank you so much for having me 🥰

The collection is now online at www.sammrepublic.com 🛍

koleksi Samm Republic RTW Gelombang Raya 2023  tampak mewah dan anggun apabila digayakan oleh Che Puan Syamim Farid. Meskipun ia merupakan koleksi ready-to-wear, namun setiap rekaan ternyata memiliki sentuhan eksklusif untuk menampakkan sisi elegan buat si pemakai.

IKLAN

Rezeki CHE PUAN SYAMIM FARID Terpilih Sebagai Muse Koleksi Lebaran Jenama Terkenal

IKLAN

Rezeki CHE PUAN SYAMIM FARID Terpilih Sebagai Muse Koleksi Lebaran Jenama Terkenal

Tidak hairanlah mengapa naib juara Dewi Remaja 2014/2015 ini tampil elegan dalam busana Samm Republic RTW Gelombang Raya 2023 ini. Koleksi ini bakal menjadi pilihan untuk anda yang inginkan gaya elegan dan nampak mewah lebaran ini!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI