Sudah agak lama tak bersua Anzalna, sekadar mengikuti perkembangan dirinya melalui media sosial. Ibu jelita berusia 34 tahun itu khabarnya berbadan dua dan lebih menggembirakan, sudah berhijrah memakai hijab sepenuh masa.

Hendak dijadikan cerita, akhirnya berjumpa juga Anzalna dalam majlis pelancaran kempen Rantaian Kasih di Pavilion Bukit Jalil. Siap berbaju raya serba hijau lagi, selari tema beraya di desa seperti di bilik pameran HABIB.

IKLAN

Masih menawan, mesra dan menyenangkan, Anzalna muncul dengan perut yang sudah sarat 8 bulan. Memasuki trimester ketiga, isteri kepada Hanif Zaki ini dijangka bakal bersalin menjelang Hari Raya nanti.

Patutlah makin berseri-seri, Eidrees bakal dapat adik rupanya…

 

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!

 

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!

 

“Anzalna pun terkejut sebenarnya apabila dilamar oleh HABIB menjadi duta mereka. Siap tanya lagi, betul ke nak ambil ibu hamil ni?” Anzalna

Bukan Anzalna sahaja, malah ibunya iaitu Puan Azlina turut dilamar membarisi senarai duta selebriti raya tahun ini, disamping seorang usahawan yang juga ‘influencer’ fesyen, Erin Adlina.

Rupa-rupanya Anzalna adalah salah seorang pembeli setia HABIB sejak dulu lagi. Personaliti keibuan beliau yang sukakan emas berlian, menepati tema jenama barangan kemas itu.

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!
Barisan model dan duta selebriti bersama Dato’ Sri Meer

 

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!
Erin Adlina, Dato’ Sri Meer, Anzalna

 

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!
Datin Sri Zarida dan Dato’ Sri Meer

 

Pelancaran kempen Rantaian Kasih ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, diiringi Datin Sri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB.

Acara ini menampilkan koleksi hari raya HABIB yang terbaru serta penampilan barisan duta selebriti hari raya. Personaliti jemputan istimewa, Abu Shaef, seorang stylist selebriti Malaysia yang cukup popular turut menambah keterujaan.

“Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa di mana ramai di antara kita mengambil peluang untuk bersama keluarga. Dari ke terawih, ke bazar ramadan, bersahur dan ber’shopping’ semuanya indah dilakukan bersama.

Di bilik pameran HABIB pula, pada bulan Ramadan kita dapat berkenalan dengan seisi keluarga pelanggan. Ibu, kakak, adik, mertua dan seluruh keluarga akan membeli belah bersama.

IKLAN

Ini adalah suasana yang amat menyeronokkan kerana kami dapat memberikan pengalaman yang gembira untuk pelanggan, dan dari sini lah, tema Rantaian Kasih dikekalkan.” Dato’ Sri Meer

 

KOLEKSI TERBAHARU

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!

 

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!

 

IKLAN

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!

 

DUIT RAYA NORMA BAHARU

Pada tahun ini, raya pastinya lebih meriah kerana kita sudah boleh pulang ke kampung halaman. Selain bersalam-salaman di pagi Syawal, pemberian duit raya adalah yang paling dinantikan oleh segenap golongan usia.

Oleh itu, HABIB menampilkan syiling wafer emas 999 edisi terhad dengan rekaan rumah tradisional Malaysia.

Rekaan rumah tradisional ini bukan hanya mengingatkan kita pada kampung halaman tetapi boleh memperkenalkan asal usul rumah tradisional di Malaysia terutamanya kepada golongan muda.

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!

 

Rezeki Ibu Mengandung, Anzalna Nasir Dilantik Duta Barang Kemas Walaupun Sarat Hamil 8 Bulan!

 

Syiling wafer emas 999 ini dipakej sempurna dengan bungkusan yang diilhamkan dengan motif songket. Ia sesuai dijadikan sebagai hadiah mahupun pengganti duit raya. Boleh didapati secara individu dengan harga RM118 mahupun dalam set berharga RM590 dengan lima rekaan rumah tradisional Malaysia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI