Siapa sangka sambutan hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi beri kebahagiaan berganda buat Anzalna Nasir. Rezeki Syawal lagi, apabila selebriti ini bakal menimang cahaya mata kedua seperti yang dikongsikan oleh wanita cantik ini.

IKLAN
Rezeki Syawal Lagi, Anzalna Nasir Bakal Timang Anak Ke-2 Aidilfitri Nanti  
Foto: Instagram @anzalnanasir88

“Salam Ramadan. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripada-Nya.

Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another “Eid” baby. InsyaAllah. Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin. 8 Months Pregnant,” tulis Anzalna di laman media sosial milik peribadinya.

Rezeki Syawal Lagi, Anzalna Nasir Bakal Timang Anak Ke-2 Aidilfitri Nanti  
Foto: Instagram @anzalnanasir88

Tahniah! Anzalna dan suami bakal menimang anak kedua. Agak-agaknya apa nama pilihan anak kedua pasangan sama cantik sama padan ini nanti. Jika anak sulungnya mengambil sempena raya atau “Eid” iaitu Mohamad Eidrees Mohd Hanif, bagaimana pula anak kedua ini nanti.

Ini yang dikatakan rezeki Syawal lagi. Apa pun semoga proses kehamilan dan kelahiran nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Rezeki Syawal Lagi, Anzalna Nasir Bakal Timang Anak Ke-2 Aidilfitri Nanti  
Foto: Instagram @anzalnanasir88

Masih terbayang kegembiraan Anzalna bersama suaminya Muhamad Hanif Mohamad Zaki ketika sesi fotografi bersama NONA saat mengandungkan anak sulungnya dahulu. Suasana penuh ceria dan baik Anzalna mahupun suaminya gemar bergurau antara satu sama lain.

Suami Anzalna sempat berkongsi rasa syukurnya ketika isterinya mengandungkan anak sulung mereka dahulu. “Alhamdulillah, doa saya ketika mengerjakan umrah bersama Anzalna selepas perkahwinan kami telah dimakbulkan oleh Allah SWT.

Rezeki Syawal Lagi, Anzalna Nasir Bakal Timang Anak Ke-2 Aidilfitri Nanti  
Foto: Instagram @anzalnanasir88

Antara doa saya di depan Kaabah selain daripada kebahagiaan kami suami isteri, saya juga berdoa agar dikurniakan cahaya mata ketika kami berdua benar-benar bersedia.

Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur Allah SWT telah makbulkan doa kami berdua,” tutur Hanif sambil melihat Anzalna yang hamil anak sulung ketika itu setelah tiga tahun mendirikan rumahtangga.

IKLAN

Adat isteri sedang mengandung mesti dimanjakan oleh suami. Anzalna juga beruntung apabila dimanjakan oleh suami. “Memang Hanif manjakan saya ketika ini. Saya tidak dibenarkan masak di dapur dan segala tugas memasak terpikul di bahu Hanif.

Rezeki Syawal Lagi, Anzalna Nasir Bakal Timang Anak Ke-2 Aidilfitri Nanti  
Foto: Instagram @anzalnanasir88

Kalau nak tahu Hanif bukan seorang lelaki yang pandai masak dan pernah masuk dapur. Bekas garam pun tidak tak tahu kat mana. Tetapi, inisiatif dia masak untuk saya mengundang rasa sebak. Saya rasa bersyukur sangat dianugerahkan suami seperti Hanif,” cerita Anzalna ketika mengandungkan Mohamad Eidrees dahulu.

Apa yang Hanif masak? “Seperti biasa, dia akan tengok You Tube untuk masak, masa Hanif masak steak okay lagi, tetapi bila Hanif masak Salmon Grill, terhangus,” terlerai tawa Anzalna ketika sedang bercerita.

IKLAN
Rezeki Syawal Lagi, Anzalna Nasir Bakal Timang Anak Ke-2 Aidilfitri Nanti  
Foto: Instagram @anzalnanasir88

Sampuk Hanif, “Tapi, Anzalna memang isteri yang baik. Tetap makan walaupun dia tahu Salmon Grill saya hangit. Selepas habis makan baru dia cakap, lain kali kalau masak Salmon Grill warna dia kena macam ini dan macam itu,” kata Hanif yang sekarang mungkin dah pakar memasak di dapur.

Adat wanita mengandung pasti ada teringin makan sesuatu. Ketika mengandung anak sulung dahulu Anzalna teringin makan Limau Bali. Kali ini agaknya apa yang Anzalna mengidam kan.

Baca juga; Anzalna Nasir Rai Anniversary Ke-6, Masih Terbayang Gaun Mariposa Rekaan Arwah Putra Cosry

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI