Sedar tak sedar rupanya beberapa hari lalu, Anzalna Nasir sambut anniversary perkahwinannya yang keenam. Masih terbayang kejelitaan selebriti ini menggayakan gaun mariposa rekaan pereka fesyen terkenal tempatan, Putra Aziz.

IKLAN

Gaun perkahwinan Anzalna telah mencipta fenomena pada tahun 2016 dan sehingga kini masih ramai yang mengingati keindahan rekaan yang diinspirasikan daripada filem animasi Barbie; ‘Mariposa & The Fairy Princess’.

Anzalna Nasir Sambut Anniversary Ke-6, Masih Terbayang Gaun Mariposa Rekaan Arwah Putra Cosry
Foto: Instagram @cosryofficial

Meninggal dunia pada hari Khamis malam Jumaat (30 Disember 2021), pemergiaan pereka fesyen ini turut memberi kesan kepada Anzalna sendiri. Wanita yang mempunyai kacukan Cina-Punjabi ini turut mengimbas semula kisah di sebalik penghasilan gaun Mariposa yang begitu istimewa itu di laman media sosialnya.

Baca; Berita Laporan Putra Cosry Meninggal Dunia

“Baru kelmarin post baju pengantin Anzalna di IGS. Last night dapat berita abang Put sudah tiada. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Macam tak percaya! Hanya gambar jadi kenangan.

Tidak pernah lupa jasa Arwah abang Putra yang bertungkus lumus menyiapkan sampai bangun, pengsan, bangun pengsan dia cakap hanya kerana nak buat Anzalna happy. Sampai sekarang, dress Mariposa masih menjadi bualan.

Anzalna Nasir Sambut Anniversary Ke-6, Masih Terbayang Gaun Mariposa Rekaan Arwah Putra Cosry
Foto: Instagram @cosryofficial

Betapa bertuah Anzalna dapat menyarungkan wedding dress Mariposa hasil tangan abang Put and the team. Semoga abang Put ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah,” tulis Anzalna.

IKLAN
Anzalna Nasir Sambut Anniversary Ke-6, Masih Terbayang Gaun Mariposa Rekaan Arwah Putra Cosry
Foto: Instagram @anzalnanasir88
Anzalna Nasir Sambut Anniversary Ke-6, Masih Terbayang Gaun Mariposa Rekaan Arwah Putra Cosry
Foto: Instagram @anzalnanasir88

Setiap 21 Februari merupakan tarikh istimewa, Anzalna Nasir sambut anniversary perkahwinannya. Namun, sambutan ulang tahun perkahwinan tahun ini agak berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya sebagaimana perkongsian Anzalna di laman Instagramnya.

Its our anniversary today! Normally for our anniversary we will go out together for a candle light dinner but this year, Eidrees is joining us and we are spoiling one another with pressies.

IKLAN

Since Eidrees makes this family as complete as it can be, he deserves a pressie too!! Thanks for always spoiling us daddy. Youve been the greatest husband and daddy to Eidrees.

Alhamdulillah, may Allah shower our marriage with love, rezeki, happiness and protect us from anything that can harm our family,” tulis Anzalna.

Tanggal 17 September 2021 juga merupakan detik yang tak boleh dilupakan oleh seluruh peminat pelakon cantik ini apabila tampil dengan imej berhijab.

Anzalna Nasir Sambut Anniversary Ke-6, Masih Terbayang Gaun Mariposa Rekaan Arwah Putra Cosry
Foto: Instagram @anzalnanasir88

Sejak daripada itu, penampilan isteri kepada Muhamad Hanif Muhammad Zaki ini semakin manis dan sentiasa menerima pujian daripada peminatnya. Semoga pelakon Dendam Aurora itu terus istiqamah dan mencetus inspirasi buat semua wanita.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI