“Ketika menulis lagu ‘Menanti’, ia seharusnya berkisarkan tentang cinta dan rindukan seseorang. Namun apabila liriknya ditulis, saya masih dalam keadaan sayu dan pilu dengan kehilangan arwah sepupu. Dan saat kawan-kawan saya mendengarnya, mereka juga rasa sedih dan teringatkan kehilangan orang tersayang…” YUNA

Dah lama tidak mendengar perkembangan seni Yuna, khasnya karya lagu baharu berbahasa Melayu. Kini selepas tujuh tahun, pemilik nama penuh Yunalis Mat Zara’ai dan isteri kepada Adam Sinclair itu tampil dengan lagu yang cukup menyentuh sanubari berjudul ‘Menanti’.

IKLAN

Sering tampil dengan fesyen turban dan bucket hat, transformasi gaya Yuna kini dilihat semakin edgy serta berani bereksperimentasi. Berusia 36 tahun, penyanyi yang kini aktif mencipta pengaruh di pentas antarabangsa itu juga kerap tampil sebagai penghias cover majalah di luar negara.

Dalam perkongsian terkini Yuna, beliau bercerita tentang inspirasi single ‘Menanti’ yang pada awalnya merupakan lagu tentang kerinduan mendalam terhadap seseorang yang jauh atau yang telah pergi, tetapi masih lagi terpatri di hati.

Rindu Pada Yang Tiada, Lagu Baharu Yuna Bikin Sayu & Jiwai Pemergian Arwah Sepupu!
Foto: Emman Montalvan

 

Rindu Pada Yang Tiada, Lagu Baharu Yuna Bikin Sayu & Jiwai Pemergian Arwah Sepupu!
Foto: Emman Montalvan

 

Rindu Pada Yang Tiada, Lagu Baharu Yuna Bikin Sayu & Jiwai Pemergian Arwah Sepupu!
Foto: Emman Montalvan

 

Rindu Pada Yang Tiada, Lagu Baharu Yuna Bikin Sayu & Jiwai Pemergian Arwah Sepupu!
Foto: Emman Montalvan

 

“Ilham dan karya yang baik itu selalunya mengambil masa untuk dihasilkan, malah tidak boleh dipaksa. Ia mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan dan hanya dirakamkan di rumah sahaja.

Susah hendak berjanji dengan peminat di Malaysia setiap tahun kerana komitmen yang tinggi di LA. Lagi pun saya tidak suka menghasilkan sesuatu secara sambil lewa kerana tidak adil untuk peminat.

Saya tidak percaya dengan kaedah multi-tasking kerana itu adalah kesalahan saya dulu. Kini saya lebih fokus terhadap satu-satu perkara sahaja.” Yuna

 

Dengar lagu Yuna di sini…

 

IKLAN

Karya tersebut juga menjadi jawapan kepada Yunationals (panggilan peminat Yuna) yang tertunggu-tunggu penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Dan Sebenarnya itu kembali menghasilkan lagu dalam bahasa Melayu selepas banyak tampil dengan karya berbahasa Inggeris.

Karya tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh Yuna sendiri bersama penyanyi rap antarabangsa, penggubah lagu dan penerbit muzik yang berpangkalan di Berlin, Jerman, Kenny J Macartney dan diterbitkan oleh Yuna Music.

“Selepas berakhirnya pandemik, sekitar Ogos 2021, saya dan suami pulang ke LA setelah lebih 18 bulan berada di Malaysia.

Kami kemudiannya pergi ke sebuah tempat bernama Joshua Tree untuk menulis beberapa buah lagu dan salah satunya adalah Menanti. Ketika itu, karya ini masih belum dihasilkan sepenuhnya dan hanya ada melodi sahaja.

Setelah membelek fail-fail lama pada Januari lalu, saya terjumpa melodinya semula dan kemudiannya menulis lirik. Mulanya saya mahu menulis dalam bahasa Inggeris tetapi apa yang keluar adalah bahasa Melayu.” Yuna

Rindu Pada Yang Tiada, Lagu Baharu Yuna Bikin Sayu & Jiwai Pemergian Arwah Sepupu!

IKLAN

 

Menurut Sinar Plus, ‘Menanti’ masih kedengaran signature bunyi Yuna, tetapi mempunyai pembaharuan dalam susunan melodi yang segar dengan elemen kemelayuan moden, sesuai dengan statusnya sebagai penyanyi antarabangsa.

Wanita berusia 36 tahun ini mengakui cabaran dan pengalaman hidup yang dilaluinya sebelum ini sedikit sebanyak membentuk keperibadiannya sekarang.

“Dulu saya terlalu mengambil serius perkara yang trivial tetapi kini lebih tenang. Saya telah kecap pelbagai perkara yang saya sendiri tidak sangka akan perolehinya.

Sebelum ini saya seorang yang terlalu bekerja keras dan sebenarnya ia tidak bagus untuk diri saya. Jadi kini saya lebih fokus dengan perkara yang lebih penting seperti kesihatan, keluarga dan kehidupan.” Yuna

 

**************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

**************

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI