Pengacara Dayah Bakar hanya tinggal menghitung hari saja untuk diijabkabulkan dengan pilihan hati, Muhammad Hanif Hamidi, pada 29 Jun ini.
Apa yang menariknya, sebagai simbolik hari bahagia mereka, Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Abu Bakar, 29, turut mencipta lagu berjudul Imamku yang ditujukan khas kepada bakal suaminya itu. Lagu tersebut sebenarnya sudah dicipta gadis ini kira-kira empat tahun lalu. Rupa-rupanya dalam diam Dayah sudah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyanyi. boleh tahan juga suara Dayah Bakar ni.
Ads
Romantiknya juga kan bila boleh buat lagu untuk bakal suami. #feelinglove sangat! Apa yang dapat diulas, lagu Imamku ini sangat puitis dan liriknya pula menceritakan tentang impian seorang gadis untuk dipertemukan dengan lelaki yang mampu membimbingnya ke jalan kebaikan.
Ads
Jom dengar lagu yang dicipta sendiri oleh Dayah Bakar ni bersama.
Demikian kata pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall mengenai status dirinya selepas timbul banyak persoalan dalam kalangan warganet.
Siti Jamumall, 24, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami sudah bercerai dengan talak satu sejak tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.
“Perceraian ini sakit. Walaupun apa yang dilihat dan dilalui ini mengganggu emosi, saya simpan dan tak beritahu sesiapa kecuali keluarga dan rakan rapat saja. Dulu lagi saya jenis tak kongsi kisah peribadi terutama rumah tangga.
“Cuma sejak kebelakangan ini saja apabila saya buat sesi siaran langsung di Tiktok, ramai bertanya mana suami, lama tak muat naik gambar dan video bersama, jadi saya rasa ini masa terbaik untuk saya kongsikan perkara sebenar.
“Lagi pula saya pun dah habis edah dan simpan perkara ini lama. Dalam masa sama, nak elakkan fitnah berlaku. Jadi, saya tak nak lagi ada komen bukan-bukan. Sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya tak nak ada fitnah berlaku,” katanya.
Menurutnya, episod perceraian yang berlaku memberikan impak besar terhadap diri dan kehidupannya.
“Apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.
“Saya dari umut 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri.
“Jadi apabila bercerai, saya sedar ia sangat penting. Kalau contoh saya tak ada apa-apa, mungkin sukar untuk saya teruskan hidup dan besarkan anak-anak. Saya mencari rezeki untuk besarkan dua anak lelaki. Saya yakin ramai juga ibu tunggal yang kuat untuk membesarkan anak-anak.
“Saya buat berniaga dan buat sesi siaran langsung. Tujuan saya untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak. Saya tak baik mana, banyak jahat saya, saya tahu. Kalau anda tengok saya memekik dalam ‘live’, itu adalah kandungan yang dibuat semata-mata,” katanya.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4; dan Putra Aiman Zafran, 2.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini dah masuk hari yang ke-29 kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mungkin ada yang rindu nak keluar beriadah dan bersenam di luar. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi untuk menyedut udara segar.
Namun demi keselamatan dan nyawa kita bersama, akurlah dengan arahan kerajaan untuk duduk di rumah. Membeli alat penapis udara untuk dipasang di dalam rumah merupakan salah satu cara moden untuk mengurangkan pencemaran udara dalam rumah.
Namun bagi anda yang tiada alat penapis udara di rumah jangan bimbang. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang merupakan pencinta alam, gemar menanam tumbuhan hiasan dalam rumah.
Terdapat beberapa jenis tanaman hiasan yang bukan hanya dapat mencantikkan sesebuah rumah bahkan memberi manfaat kepada kesihatan. Antaranya membantu membersihkan udara sekaligus menjadi sumber kepada udara segar dalam rumah.
Namun yang penting rumah juga perlulah sentiasa bersih. Kalau rumah berhabuk pun tiada gunanya juga. Tanaman hiasan ini turut membantu menyerap udara beracun ketika anda menyedutnya semula.
LIDAH MERTUA ATAU SANSEVIERA
Boleh ditanam di sekitar halaman rumah. Ia memiliki daun yang keras, tegak dan runcing di hujungnya. Tumbuhan ini mudah menyerap pencemaran dan udara beracun yang dapat mengubah karbon dioksida kepada oksigen pada waktu malam. Pastikan ada sinaran matahari untuk tanaman cantik ini.
PAKIS BOSTON
Turut disebut sebagai pakis pedang. Tanaman hiasan ini tidak tahan panas dan mampu menyimpan serapan air yang banyak. Pakis Boston biasanya ditanam terus di atas tanah, di dalam pasu atau digantung. Ia dapat menyerap pencemaran seterusnya membersihkan udara sekitar rumah.
ENGLISH IVY
Warnanya pelbagai jenis dan tumbuh melata. Tanaman ini berbentuk superversatile iaitu dapat tumbuh sama ada digantung mahupun ditanam di atas tanah. Penjagaan dan rawatannya juga amat mudah, cukup sekadar menyiramnya sebentar setiap hari.
LADY PALM
Membantu membersihkan hawa berbahan kimia. Tahan serangga serta mudah dijaga. Potong hujung daunnya yang bertukar menjadi kecoklatan yang disebabkan oleh pengumpulan garam serta mineral.
BUNGA ASTER GERBERA
Sesuai buat mereka yang mengalami insomnia atau gangguan pernafasan ketika tidur. Kemampuannya menghasilkan oksigen sangat banyak serta dipercayai dapat membantu menjadikan tidur lebih nyenyak.
BUNGA PEACE LILY
Umumnya berwarna merah dan putih. Daunnya panjang dan berwarna gelap. Tidak memerlukan banyak sinaran matahari maka sesuai diletakkan di dalam rumah. Selain itu, ia juga membantu menyerap pencemaran di dalam rumah. Namun, lebih baik ia diletakkan agak jauh dari kawasan yang terkena matahari atau tingkap agar hayatnya tahan lebih lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada saat nilai hartanah semakin melambung tinggi, usaha kerajaan menerusi projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) seakan memberi nafas baru kepada rakyat khususnya penjawat awam. Terbaru, menerusi iklan yang terpapar secara meluas di Internet tentang PPA1M Brickfields nyata satu tawaran memiliki rumah sendiri yang cukup menarik.
Sudahlah lokasi pembinaan terletak di pusat tumpuan Kuala Lumpur malah harga yang ditawarkan juga berpatutan. Mana hendak dapat harga sebegitu lebih-lebih lagi di kawasan strategik di Brickfields.
Berikut ringkasan projek PPA1M Brickfields yang membabitkan sebanyak 913 unit yang kini sedang dalam proses pembinaan. Ia terdiri daripada 2 blok 47 tingkat pangsapuri yang terletak di Jalan Ang Seng, Brickfields dengan empat jenis keluasan iaitu 900 kaki persegi, 1, 000 kaki persegi, 1002 kaki persegi dan 1, 500 kaki persegi. Setiap unit ini juga merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.
PPA1M Brickfield dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti tadika, dewan serbaguna, surau, kawasan permainan kanak-kanak dan sebagainya. Lebih menarik, perjalanan dari Nu Sentral serta stesen KL Sentral hanya 10 minit. Begitu juga untuk ke pusat beli-belah, Midvalley Megamall.
Tiga jenis apartment iaitu C, D dan E turut tersedia dengan 1 ruang tempat letak kereta yang masing-masing bernilai RM90, 000, RM 150, 000 dan RM228, 000. Manakala Apartment Jenis F ditawarkan pada harga RM300, 000.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aleeya Zailan membuktikan kejayaan boleh dicapai tanpa cheap marketing. Ketahui perjalanan pengasas Avenys Malaysia daripada penjual sambal kepada CEO yang menjadi inspirasi wanita Malaysia.