Lebih RM300,000 diperuntukkan jenama fesyen lokal terkenal, Rizman Ruzaini untuk kempen RR Beli dan Menang yang berlangsung dari 18 Mac sehingga 18 Mei 2023 bersempena perlancaran Koleksi RR Raya 2023. Dengan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, mereka sememangnya mahu pelanggan setia RR yang digelar RR Royalties menikmati suasana Aidilfitri yang mengujakan bersama mereka.
“Bukan sekadar mahu RR Royalties beraya dengan rekaan Rizman Ruzaini, malah kami juga mahu meraikan mereka di Hari Raya ini dengan penghargaan berupa hadiah istimewa sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan RR Royalties sehingga membolehkan jenama ini bertahan selama lebih 17 tahun dalam industri,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.
Tambahnya lagi, jenama Rizman Ruzaini sangat sinonim dengan baju raya. Inilah antara faktor utama mengapa mereka memilih bulan Syawal untuk menawarkan hadiah-hadiah menarik ini. “Bukan soal harga hadiah tapi ia tentang nilai menghargai dan berkongsi yang menjadi identiti syarikat kami sendiri,” kata Rizman.
Ads
Antara hadiah yang pastinya menjadi rebutan semua ialah sebuah kereta Proton X50 yang ditawarkan sebagai Hadiah Utama. Menariknya, kereta ini akan mendapat pengubahsuaian (custome made) hasil sentuhan Rizman Ruzaini sendiri. Pemenang akan menjadi satu-satunya individu di dunia yang memiliki kereta sentuhan Rizman Ruzaini secara eksklusif.
Selain Proton X50, kempen ini juga menawarkan hadiah-hadiah hebat lainnya seperti Vespa yang juga akan mendapat pengubahsuaian khas daripada Rizman Ruzaini untuk Hadiah Kedua, iPad Pro untuk Hadiah Ketiga, iPhone 14 untuk Hadiah Keempat, Apple Watch untuk Hadiah Kelima dan lima hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM1000 untuk pembelian barangan RR.
Ads
Para pemenang akan diumum secara rasminya pada 20 Mei bersamaan 30 Syawal yakni hari terakhir sambutan Aidilfitri. Sesi penyerahan hadiah akan dibuat pada majlis Rumah Terbuka RR.
Bagaimana cara untuk menyertai Kempen RR Beli dan Menang?
Teruja untuk menyertai kempen ini? Caranya mudah sahaja. RR Royalties hanya perlu membuat pembelian koleksi RR Raya 2023 sebanyak minimum RM500 dalam satu resit. Pembelian boleh dibuat di semua platform Rizman Ruzaini. Simpan resit sebagai bukti pembelian.
Kemudian, gayakan koleksi yang dibeli itu dan muatnaik gambar/video/reels anda di platform Instagram anda bersama sambungan kapsyen, ”Saya memilih untuk Raikan Raya saya Bersama Rizman Ruzaini kerana……” bersama hashtag #RRBELIDANMENANG dan #RRRAYA2023.
Ads
Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar/video/reels yang kreatif dan sambungan kapsyen yang menarik. Rizman Ruzaini mengalu-alukan seberapa banyak penyertaan anda dan dengan ucapan semoga berjaya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Guardian Malaysia telah memperkenalkan rangkaian set hadiah istimewa yang menarik seiring dengan trend global terkini bagi memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan produk yang memberi inspirasi untuk musim perayaan yang bakal tiba.
Set-set hadiah eksklusif ini yang terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan telah dipilih dan dipek dengan teliti bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan Guardian.
Kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. Guardian sangat bangga dengan produk jenama sendiri kerana ianya menawarkan kualiti pada nilai hebat! Dan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk sentiasa berdaya saing, Guardian berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat berpatutan.
Perniagaan Guardian adalah berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-prouk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Sejak Guardian bermula, ia dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang.
Produk penjagaan diri dan solekan dalam set-set hadiah tersebut telah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah dan Asia. Ia telah digabungkan ke dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.
Guardian Malaysia, percaya variasi set-set hadiah itu cukup untuk memenuhi selera pengguna, sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermula petang tadi kelihatan ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berpusu-pusu menyeberangi Tambak Johor ekoran implikasi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia mulai 18hb Mac hingga 31hb Mac 2020.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengisytiharkan bahawa Malaysia mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa 18hb Mac hingga 31hb Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19. Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu yang diumumkan Perdana Menteri secara langsung menerusi media elektronik dan media sosial pada pukul 10.00 malam.
Menerusi perkongsian Khaty Ahmad Feraal, seorang warganegara Malaysia yang setiap hari ulang alik ke Singapura untuk bekerja ini, kelihatan ramai rakyat Malaysia tidak sanggup lewat tiba di Singapura telah mengambil keputusan berjalan kaki sambil mengusung beg pakaian menyeberangi Tambak Johor. Ini berlaku ekoran kesesakan yang luar biasa di sana.
Khaty Ahmad Feraal
Kongsi wanita yang bekerja di sektor perkhidmatan Singapura ini, “Saya dalam perjalanan pulang dari Singapura ke Johor Bahru tadi. Kelihatan memang ramai yang berjalan kaki tadi untuk menetap di Singapura selama 14 hari.
Mereka mengambil keputusan untuk jalan kaki mungkin sebab jalan raya begitu sesak sehingga langsung tak bergerak. Mungkin mereka takut tak sempat kalau tunggu bas. Sekarang saja dah pukul 8.00 malam,” kongsi wanita ini yang bersyukur apabila syarikatnya membenarkan untuk bekerja dari rumah.
Menurut BERNAMA, majikan di Singapura telah menyediakan penginapan sementara untuk pekerja-pekerja Malaysia. Menteri Perdagangan dan Industri Republik itu, Chan Chun Sing berkata majikan pekerja Malaysia yang perlu menempatkan kakitangan mereka di penginapan sementara itu boleh mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan dan persatuan perdagangan.
Menurut laporan, Chan Chun Sing berkata, Singapura telah membuat pelan luar jangka sekiranya berlaku gangguan bekalan makanan barangan keperluan dari Malaysia. Singapura mempunyai bekalan karbohidrat seperti beras dan mi untuk tempoh melebihi tiga bulan di peringkat nasional.
Sementara itu Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura dalam laman sesawangnya berkata banyak syarikat berusaha untuk menyediakan penginapan kepada pekerja yang sering berulang-alik di antara sempadan Singapura dan Malaysia.
Menurut MOM syarikat juga boleh menggalakkan pekerja terlibat untuk tinggal bersama saudara-mara, rakan-rakan atau kawan sekerja yang sudi menyediakan penginapan kepada mereka untuk sementara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pandemik Covid-19 amat membimbangkan di negara-negara Eropah namun ia tidak sedikit pun menjejaskan keterujaan bintang Liverpool ini untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan. Menyedari ia merupakan bulan paling dinanti-nantikan seluruh umat Islam di serata dunia, Mohamed Salah mengambil peluang ‘lockdown’ untuk menghias kediaman sempena meraikan bulan penuh keberkatan ini.
Yang pastinya, kesempatan tersebut juga digunakan Salah untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan isteri tercinta. Alahai, seronok tengok Salah hias rumah, dah macam hendak raya pula gamaknya!
Pemain bola sepak kelahiran Mesir ini memuatnaik gambarnya yang sedang sibuk mengemas dan menggantung hiasan di ruang rumah pada 1 Ramadan lalu. Mengintai Instagram Salah, dia turut melakukan rutin senaman seawal mungkin berbanding waktu kebiasaan ketika bulan Ramadan ini.
Memetik laporan Daily UK, Salah mula bersenam seawal jam 2.40 pagi demi mengekalkan kecergasan dan stamina sepanjang mengerjakan ibadah puasa. Biarpun menetap di negara yang majoritinya bukan terdiri daripada umat Islam, tetapi Salah tetap bersemangat meraikan Ramadan.
https://www.instagram.com/p/B-hmxQYh22i/
Di samping isteri tercinta, Magi Salah
Salah memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak pada tahun 2010 dan memutuskan untuk berkahwin dengan wanita idaman juga kelahiran Mesir iaitu Maji Mohammed Sadiq atau lebih dikenali sebagai Magi Salah. Pasangan ini bergelar suami isteri pada tanggal 17 Disember 2013 di Ngrid, Mesir.
Setahun kemudian, Magi selamat melahirkan bayi perempuan di Westminster Hospital, London dan menamakan anak mereka Makka, simbolik kepada nama kota suci umat Islam iaitu Mekah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.