Bimbang dilabel terlalu menjaga kebersihan diri anak-anak membuatkan ada di kalangan ibu bapa terpaksa berlakon seolah-olah mereka tidak ambil kisah dengan keadaan persekitaran. Realitinya, sebagai ibu bapa yang pasti mahukan yang terbaik buat si comel, anda harus segera mengubah persepsi itu. Ketepikan kata-kata sinis orang sekeliling tentang cara anda menjaga anak asalkan tindakan tersebut tidak keterlaluan.

IKLAN

Insiden kanak-kanak dijangkiti penyakit ketika berada di tempat awam kini makin hangat diperkatakan. Beberapa bulan lalu, seorang ibu berkongsi kesihatan anak kecilnya di media sosial yang mengalami kegatalan agak teruk di bahagian kulit semasa meletakkan anak kecilnya di kerusi bayi sebuah restoran.

Situasi hampir sama turut pernah dialami seorang ibu di Australia tahun lalu bersama anaknya yang berusia 10 bulan ketika itu. Menurut laporan Daily UK, bayi berkenaan mengalami demam teruk dan dijangkiti bakteria berbahaya selepas diletak dalam troli pasar raya.

Bayi 10 BULAN Alami Jangkitan TERUK Hingga Dimasukkan Ke ICU, Ibu Bapa Take Note Bila Bawa Anak Ke Tempat Awam!

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan ibu mangsa, 24 jam selepas pulang dari pasar raya itu anaknya, Logan terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan serangan penyakit bawaan bakteria termasuk meningitis. Hasil siasatan, doktor mengesyaki mangsa mendapat jangkitan bakteria itu dari troli pasar raya pada hari sebelumnya.

Berikutan kejadian itu, ibu mangsa, Vivienne Wardrop menasihati orang ramai agar sentiasa membersihkan bahagian tempat duduk kanak-kanak pada troli pasar raya sebelum meletakkan si kecil di dalamnya. Katanya lagi, selepas pulang dari pasar raya Logan mula muntah dan lebih teruk lagi mengalami demam panas dan cirit-birit.

Bayi 10 BULAN Alami Jangkitan TERUK Hingga Dimasukkan Ke ICU, Ibu Bapa Take Note Bila Bawa Anak Ke Tempat Awam!

“Dia cirit merata-rata. Bila saya cuba beri dia minum susu, dia muntahkan semua.”

IKLAN

Melihat keadaan Logan yang semakin lesu, Vivienne segera membawanya ke hospital namun disuruh pulang kerana pegawai perubatan mengatakan ia hanya jangkitan virus. Keesokkan hari, anak kecil itu masih tidak menunjukkkan sebarang perubahan malah lebih teruk dan dehidrasi.

Bayi 10 BULAN Alami Jangkitan TERUK Hingga Dimasukkan Ke ICU, Ibu Bapa Take Note Bila Bawa Anak Ke Tempat Awam!

Mula merasakan sesuatu yang aneh menimpa anak kecilnya, Vivienne sekali lagi ke hospital untuk rawatan lanjut. Logan akhirnya dimasukkan ke wad dan di bawah pemantauan pihak hospital selama 10 hari (8 hari dalam ICU).

IKLAN

Sepanjang berada di hospital, doktor turut mendapati bayi itu dijangkiti adenovirus, rotavirus, salmonella dan meningitis. Dalam usia 10 bulan, ia nyata bukan mudah bagi anak kecil ini untuk melawan penyakit.

SIMPTOM

Menurut Pusat Kawalan Penyakit, bayi sangat mudah dijangkiti meningitis. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlu mengetahui simptom penyakit ini iaitu mengalami:

  • Demam
  • Pening kepala
  • Leher kaku
  • Ruam
  • Kurang selera makan
  • Kurang aktif

Selepas kejadian yang berlaku terhadap anak kecil ini, Vivienne rasa bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain mengenai hal tersebut. Jika selepas ini ada ibu bapa yang ingin menggunakan troli pasar raya, pastikan tempat duduk kanak-kanak dalam troli dan sekitar kawasan dibersihkan terlebih dahulu menggunakan tisu anti bakteria atau jika larat, dukung saja anak-anak anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI