Meluangkan masa untuk penjagaan diri atau ‘self-care’ adalah amat penting. Bagi kebanyakan orang, ia bermaksud mempunyai satu ruang yang dapat mencetuskan inspirasi mereka, atau dikelilingi benda atau orang yang menenangkan hati dan jiwa mereka.

Gandingan terbaharu IKEA dan syarikat reka bentuk Finland, Marimekko meraikan ritual penjagaan diri dengan koleksi edisi terhad baharu, BASTUA yang terdiri daripada pelbagai produk, baik perabot mahupun objek kaca serta tekstil dalam cetakan dan corak yang berinspirasikan kesejahteraan ala Nordic meraih perhatian.

IKLAN

BASTUA merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sauna di Småland, iaitu wilayah di selatan Sweden. Di samping itu, budaya sauna Nordic melambangkan titik permulaan satu kolaborasi yang menyatukan kepakaran kelengkapan rumah IKEA dengan seni cetak Marimekko.

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

 

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

 

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

Corak yang berani dan cantik yang ditonjolkan dalam koleksi BASTUA mencerminkan alam semula jadi dan landskap Finland.

Salah satu cetakan yang mencuri perhatian termasuk daun rhubarb hiasan gergasi yang biasanya tumbuh di sebelah pondok sauna di Finland. Motif ini digunakan dalam kebanyakan item koleksi IKEA termasuklah beg FRAKTA yang ikonik.

Koleksi ini terdiri daripada pelbagai barangan termasuklah jubah, tuala dan baldi sauna yang lazim digunakan di sauna, serta produk-produk untuk melengkapkan ritual penjagaan diri anda di rumah – seperti kusyen lantai untuk memberi keselesaan kepada anda, atau lilin untuk menyegarkan ruang anda dengan haruman bunga elder.

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

 

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

 

IKLAN

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

 

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

 

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

IKLAN

 

Rangkaian ini turut menampilkan barangan yang berinspirasikan reka bentuk perabot Nordic. Bercirikan reka bentuk binaan yang kemas dan ringkas, ia sesuai untuk menyuntik keunikan Nordic ke rumah anda.

Minumlah segelas air dan bayangkan riak-riak air di tasik yang jernih dan indah permai. Meja sisi klasik adalah pelengkap yang paling serasi dengan dulang dan objek kaca, serta untuk menikmati snek sambil berisirahat selepas penat bekerja seharian.

Di samping itu, bangku serba guna koleksi itu amat sesuai untuk saat-saat bersantai, dan tentunya menjadi tambahan menarik kepada mana-mana ruang. Memang cantik dan unik!

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

 

Rumah Berinspirasikan Sauna, Tengok Gelas & Jag Pun Tenang! Uniknya Ilham Ikea & Marimekko Ni

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI