Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berusia 13 tahun ketika menyaksikan kediaman keluarganya diserbu oleh sepasukan anggota polis. Dalam usia yang sudah menginjak remaja, Nurul Nuha sudah faham apa yang sedang berlaku.
“Pada usia 13 tahun ketika itu, saya sudah tahu apa yang sedang berlaku. Keperitan dan kesedihan hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi berkat doa dan sokongan ramai, semangat kami adik-beradik tidak pernah luntur. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang figura bapa yang amat optimis dan exceptional. Selain itu, sikap mama yang penyayang, penuh kesabaran dan selalu bersifat positif juga menjadi nadi kekuatan kami. Kombinasi ini sememangnya luar biasa dan merekalah sumber kekuatan kami adik beradik,” jelas Nuha yang ternyata bangga mempunyai ibubapa yang penuh dedikasi dan tahap kesabaran yang tinggi.
“Mengenang kembali saat itu, pastinya meruntun hati tetapi ia adalah antara episod duka yang banyak mematangkan saya,” ujar Nurul Nuha yang menjadi insan hebat di belakang kakak sulungnya, Nurul Izzah.
BANGKIT BERJUANG
Bukan sekali, malah dua kali melihat bapanya dipenjarakan merupakan tamparan hebat yang harus dilalui oleh keluarga ini. Episod hitam kembali berlaku apabila Anwar dipenjarakan sekali lagi pada 2014. Tetapi Nurul Nuha bukan lagi ‘budak mentah’ yang hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa. Kebahagiaan bersama ayah yang hanya sempat dinikmati 10 tahun direntap sekali lagi. Usia 30 tahun sudah cukup mematangkan untuk dirinya berjuang mencari keadilan buat si ayah.
Ads
Nuha dengan sokongan ahli keluarga telah menggerakkan kempen March to Freedom setahun kemudiannya sebagai menyambung usaha Ketua Umum PKR yang dipenjarakan kerana kesalahan moral.
“Kempen itu sebagai manifestasi saya mewakili lima beradik lain sebagai satu perjuangan keluarga selepas papa ditahan akibat ketidakadilan dalam sistem kehakiman negara. Kempen March To Freedom adalah kesinambungan perjuangan selepas 17 tahun seluruh ahli keluarga menjalani kehidupan penuh emosi yang sukar digambarkan melalui kata-kata,” ujar Nurul Nuha yang mempunyai rupa para seiras ibu tersayang.
Tambah Nurul Nuha lagi, kempen yang dilancarkan pada 11 Februari 2015 telah digerakkan melalui platform media sosial termasuk di peringkat antarabangsa.
“Ia turut memberikan fokus kepada hak kemanusiaan untuk pembebasan Anwar dan paling penting memberikan kesedaran tentang hak kemanusiaan dalam sistem undang-undang,” ujar ibu kepada tiga cahayamata ini lagi.
Ads
“Pengorbanan seorang ayah yang menyayangi anaknya tak ada batasan, tambahan pengorbanan seorang pejuang terhadap negara yang dicintainya merangkumi segala batasan perjuangan.
“Saya amat menyayangi papa, terima kasih kerana mengajar kami untuk tidak mementingkan diri sendiri, tabah, mengasihi satu sama lain, berjuang untuk rakyat dan negara ini supaya kita semua dapat berkongsi impian yang lebih baik,” kata graduan dari George Mason University Amerika Syarikat ini.
SYAWAL NAN DINANTI
Ditanya mengenai sambutan Ramadan dan Syawal kali ini, Nuha memanjatkan rasa kesyukuran kerana dapat meluangkan masa dengan keluarga tersayang. Sambil berseloroh, Nuha berkata dia ingin menikmati pelbagai hidangan bersama keluarga kerana sudah lama tidak menikmati momen indah seperti ini.
Ads
“Alhamdulillah, kami dapat meluangkan masa dengan keluarga dengan harapan tak makan sampai sakit perut. Dengan nikmat begini, kami doakan dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang tidak dapat bersama keluarga supaya tabah dan mendapat ketenangan dan kesabaran InsyaAllah,” ujar Nuha sambil memandang adik-adik yang lain ketika sesi fotografi dijalankan.
Sambil bercerita mengenai kenangan musim perayaan yang lalu, tambah Nuha lagi dia menantikan detik indah dapat berkumpul bersama keluarga tersayang.
“Tahun lalu, Kak Izzah dan Iman memasak menu rendang dan tak sangka sedap dan menepati citarasa kami. Jadi tahun ini tidak pasti samada rendang istimewa ada dalam rancangan atau tidak. Persiapan Raya memang kelam kabut, tapi kepentingan itu lebih kepada meluangkan dengan keluarga”, sambung Nuha lagi.
Nurul Nuha turut melahirkan rasa kesyukuran kerana kesabaran dalam mengharungi liku-liku hidup telah berjaya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan bersama adik-beradik tersayang. Selain itu, perjuangan reformasi juga telah membuka mata mereka dan rakyat Malaysia khususnya untuk melalui pelbagai rintangan dan kesusahan.
“Papa dan mama senantiasa mengingatkan kami, ada kuasa yang lebih kuat dari apa sekalipun adalah ALLAH SWT. Jadi, sentiasa berzikir dan berdoa selepas tawakkal dan usaha. Doa menjadi rutin harian, cekal dan berazam agar mendapat ketenangan dan kemenangan,” ujar Nuha penuh makna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun suami tercinta pelakon terkenal tanah air namun Ezza Yusof selesa berdikari dan merupakan usahawan berjaya. Enggan menumpang populariti Remy Ishak, wanita berjiwa kental ini sudah pun mempunyai empayar perniagaan sendiri sebelum berkahwin dengan aktor kacak tersebut.
Kreatif mengemudi perniagaan, Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof yang berasal dari Pahang ini meniti usia 41 tahun.
Difahamkan suri hati Remy ini memiliki kelulusan bidang grafik dan multimedia serta pernah bekerja sebagai pereka grafik sebelum membina jenama 2morrow.
Minat mendalam Ezza terhadap pembuatan kasut mula bercambah sejak tahun 2012. Dia yang juga pengasas dan pengarah kreatif 2morrow berusaha keras mengembangkan legasi.
Sehingga kini, 2morrow sudah bertapak dalam industri fesyen kasut selama lebih sedekad. Bukan satu tempoh yang singkat tu!
Selain mereka kasut untuk gaya formal dan santai, kasut rekaan Ezza juga menerima tempahan untuk perkahwinan.
Uniknya, setiap rekaan kasut 2morrow ialah cetusan idea Ezza sendiri dan diperbuat dengan penuh kualiti serta handmade.
Tidak ketinggalan, jenama 2morrow juga menawarkan aksesori tote bag pelbagai warna.
Ezza Yusof sebelum ini pernah mereka kasut untuk beberapa selebriti tanah air termasuk Nad Zainal, Elvina Mohamad, Julia Ziegler dan ramai lagi.
Wanita cantik ini juga dilaporkan mula berkenalan dengan Remy Ishak pada tahun 2013 dan mengikat tali pertunangan pada Mei 2017.
Ezza sah menjadi isteri Muhammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak pada 21 Ogos 2021 selepas kira-kira sembilan tahun mengenali hati budi masing-masing.
Hampir tiga tahun melayari alam perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 27 Julai 2023. Genap tiga minggu menerima kehadiran zuriat sulung, Remy Ishak mengumumkan nama putera mereka iaitu Tuah Alam.
Sememangnya bersukan dapat membantu seseorang merawat penyakit yang dihadapinya. Ratu Atlet Gimnastik, Farah Ann mula berkecimpung dalam sukan gimnastik untuk meningkatkan fokus kerana merupakan kanak-kanak hiperaktif.
“Saya mula menyertai sukan gimnas pada usia yang sangat muda iaitu tiga tahun. Menurut ibu, pada mulanya beliau tidak berniat untuk menjadikan saya seorang ahli gimnas.
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Instagram @farahann94
Saya dahulu seorang hiperaktif dan doktor yang merawat mencadangkan agar ibu menghantar saya ke tempat yang boleh meningkatkan fokus.
Kawan ibu mencadangkan agar saya dihantar ke pusat gimnastik di Shah Alam. Bermulalah episod kehidupan saya sebagai ahli gimnas di situ.
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Instagram @farahann94
Kemudian saya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Bukit Jalil dan membuat latihan khusus di sana,” ucap Farah Ann yang mempunyai kakak merupakan atlet renang berirama negara, Katrina Ann Abdul Hadi.
Manakala atlet renang negara Welson Sim Wee Sheng, merupakan pengidap asma yang menggunakan kolam renang sebagai ‘rawatannya’.
Seperti yang dilaporkan MStar, perenang negara ini telah diperkenalkan sukan renang oleh ibunya sendiri bagi membantu melawan penyakit asma sejak usia 10 tahun.
Atlet kacak ini bukan sahaja mampu mengawal asma malah di usia 12 tahun Welson Sim berjaya mewakili negeri Sarawak dalam acara sukan renang. Keputusan untuk bertukar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil merupakan pilihan tepat buat anak muda ini memantapkan lagi kemahirannya di kolam renang.
Atlet berusia 24 tahun yang berasal dari Kuching ini telah beraksi dalam acara 200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki di Olimpik Tokyo. Walaupun gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya namun semangat kesukanan yang ada dalam diri atlet ini wajar disanjung tinggi.
Menurut jurulatihnya, Chris Martin, kegagalan ini mungkin disebabkan kecederaan di tangan atlet ini akibat kemalangan motorsikal pada bulan Mac lalu.
Welson Sim juga popular di platform media sosial China kerana ketampanannya. Ketampanannya menjadi trending di platform media sosial negara itu, Weibo. Walaupun memakai pelitup muka, netizen China tetap kagum dengan ketampanan Welson ketika upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 yang lalu.
Welson Sim mula menjadi perhatian sejak Sukan SEA Kuala Lumpur pada tahun 2017, apabila memenangi emas dalam kedua-dua acara berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya tema bunga-bungaan ni. Nampak elegan dan mewah! Menghadirkan tema bunga-bungaan atau floral pada interior rumah dapat mencetuskan suasana sejuk, segar dan feminin. Untuk menerapkannya tak semestinya perlu memasukkan tumbuhan hidup mahupun palsu tetapi juga boleh diadunkan dengan motif mahupun aksen bunga-bungaan segar.
Berikut bagaimana untuk mengaplikasikan tema bunga-bungaan dalam beberapa trik mudah. Ia pasti menyenangkan jiwa saat anda berada di rumah.
WARNA NEUTRAL
Sebaiknya pilih warna-warna neutral sama ada yang gelap atau terang. Tak semestinya perlu memilih warna-warna bunga yang cerah. Anda boleh menerapkan pola bunga dengan warna monokrom yang lebih memberi kesan santai serta tidak terlalu feminin.
PILIH WARNA SENADA
Pilih warna senada dengan perabot sedia ada. Atau, boleh juga memadankan dengan tema warna yang sudah diterapkan pada ruang tersebut. Ia akan membuatkan dekorasi rumah akan lebih seimbang.
UKURAN POLA
Pola bunga bungaan mempunyai banyak pilihan dari segi ukuran bermula dari yang kecil sehinggalah yang besar. Pola bunga berukuran kecil memberi kesan lebih feminin berbanding pola bunga berukuran besar.
MEMBERI KESAN SENI
Tak salah untuk memberi kesan atau sentuhan seni pada interior bertemakan bunga bungaan. Dengan sentuhan seni itu, interior ruang akan lebih kelihatan artistik. Contohnya, pola floral dalam bentuk lukisan atau aksen dekorasi tertentu.
KESAN MASKULIN
Agar tak terlalu kelihatan feminin, pola bunga bungaan boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai rekaan yang lebih maskulin. Contohnya dengan meja kopi yang berwarna neutral atau berunsurkan kayu.
RUANGAN PENUH BUNGA
Hadirkan seluruh ruangan dengan pola bunga bungaan melalui pemasangan wallpaper di sekeliling dinding. Ruangan akan menjadi semakin segar dan sejuk. Tema bunga bungaan yang diterapkan pada sekeliling ruangan juga dapat memberi efek yang menenangkan jiwa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.