Dalam melalui kesibukan tugas dan tanggungjawab harian adalah amat senang untuk mengambil jalan mudah dengan mengabaikan perkara yang kita rasakan remeh seperti hubungan antara suami isteri.

Kedua-dua pihak sering mengambil pendekatan mudah bahawa hubungan suami isteri tidak perlu diberi keutamaan lagi kerana sudah memadailah dengan pemahaman gelaran sebagai suami isteri itu.

IKLAN

Ya, amat mudah untuk take each other for granted. Tanpa disedari, keretakan hubungan berlaku dan kasih sayang di antara si suami atau si isteri mula pudar.

Sebagai contoh, kita lupa akan kata-kata manis dan perbuatan-perbuatan yang kecil yang menunjukkan kita mengambil berat terhadap pasangan kita.

Baiklah, kalau selalu kita pertikaikan drama Melayu… kononnya ‘Eh, wujud ke husband sweet macam tu?’, jawapannya ADA. Anda berdua pun boleh jadi manis bersemut-semut kalau praktikkan cara ni.

Cara Kembalikan Sweetness

(a) Ringan Mulut Ucap Sayang

Benar, perbuatan itu adalah lebih menonjol dan lebih memberi makna daripada ungkapan kata-kata manis yang kosong.

Walau bagaimanapun, kata-kata itulah adalah lebih senang difahami daripada perbuatan – words often speak more clearly than actions. Ambillah masa untuk memberitahu pasangan anda tentang perasaan cinta anda terhadapnya.

Ungkapan mudah I love you atau You adalah segala-galanya bagi I boleh menjadikan pasangan anda merasakan lebih penting, disayangi dan secure dalam hubungan.

(b) Tunjukkan Kasih Sayang

Sentuhan yang kecil kadangkala adalah lebih penting daripada perhubungan intimasi secara seksual.

Perbuatan-perbuatan intim yang kecil seperti menyentuh pinggang pasangan anda sambil berjalan dan berpegang tangan ketika berjalan akan mewujudkan perasaan yang mesra dan menyampaikan mesej cinta dan kasih sayang terhadap pasangan anda.

(c) Beri Penghargaan

Katakan kepada pasangan anda secara kerap apa yang anda suka mengenainya, apa yang anda admire mengenainya, kenapa anda bangga dengannya, apa-apa ciri dalam diri mereka yang anda hargai dan seumpamanya.

IKLAN

Setiap orang perlukan kata-kata semangat dan sokongan yang kuat di antara kedua-duanya dalam membina kehidupan bersama. Ikhlaslah hati untuk memberi yang terbaik untuk pasangan anda.

(d) Berkongsi Diri Anda

Jangan pendamkan perasaan anda dengan pasangan anda sama ada yang baik atau sebaliknya. Berkongsilah impian, kesangsian, kejayaan dan kegagalan anda. Sekiranya perkara itu adalah penting bagi anda, berkongsilah dengan pasangan anda.

Pastikan anda berkongsi lebih banyak dengan pasangan anda daripada dengan orang lain. Walaupun perlunya personal space atau ruang untuk bersendirian dalam mana-mana hubungan sekalipun, berilah sebanyak mana yang mungkin dari segi masa dan diri anda kepada pasangan anda.

(e) Berilah Hadiah Walaupun Kecil

IKLAN

Ambillah peluang untuk memberikan hadiah-hadiah yang kecil seperti buku, kuih kegemaran pasangan anda, baju atau barang kemas yang anda rasa pasangan anda akan suka yang menunjukkan anda mengingatinya.

(f) Respons Secara Baik Terhadap Kekurangan Satu Sama Lain

Apa yang boleh merosakkan mana-mana hubungan adalah ekspektasi yang tidak munasabah. Melainkan anda telah mengahwini seorang robot, pasangan anda semestinya mempunyai kelemahan dalam dirinya seperti juga dalam diri kita sendiri.

Janganlah membesar-besarkan kelemahan pasangan anda dan jangan sekali-kali memalukan pasangan anda dengan menceritakan kelemahannya di hadapan orang lain. Ini akan membuatkan pasangan anda merasa kecil hati dan merosakkan perasaan cintanya terhadap diri anda.

(g) Beri Ruang Untuk ‘Our Time’

Walau sesibuk mana pun, berilah komitmen sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu untuk berdua-duaan. Alamilah pengalaman-pengalaman baru berdua, berkongsilah cerita dan secara amnya, ambillah masa untuk menikmati hubungan dan perasaan cinta anda bersama.

(h) Wujudkan Perhubungan Dua Hala

Pastikan anda mematuhi the Golden Rule dalam hubungan anda; Layani pasangan anda sebagaimana anda mahu dilayani. Sentiasalah bekerjasama membantu antara satu sama lain untuk meringankan beban masing-masing. Ingat bahawa anda dan pasangan anda adalah sepasukan. Kejayaan pasangan anda adalah kejayaan anda dan sebaliknya. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI