Itulah plot akhir cerita dongeng Puteri Disney yang Nona yakin, diingati oleh semua orang.
Alkisah puteri Disney telah diceritakan kepada kita sejak kecil lagi. Sama ada melalui buku yang dibacakan sebelum tidur atau filem-filem kartun yang ditonton, watak-watak seperti Cinderella, Belle dan Snow White sememangnya cukup dekat di hati.
Tapi cuba bayangkan jika puteri-puteri Disney itu benar-benar hidup pada zaman ini. Bagaimanalah agaknya wajah dan pakaian mereka?
Teka-teki ini mendorong artis digital, Fernanda Suarez ‘menjelmakan semula’ watak-watak legenda Disney mengikut arus fesyen semasa. Jaket denim, off shoulder tops, aksesori tribal dan solekan neutral berjaya ‘menukar’ karakter biasa mereka.
Agaknya kalau mereka ‘hidup’ di dunia realiti, tentu jadi social media influencer, kan. Jom tengok 7 ilustrasi Suarez yang hebat ni. Mana satu kesukaan anda? Norzalina Mohd Alias
Walau bergelar selebriti popular tapi Zara Zya seorang yang mesra dan ‘humble’. Memang mudah bekerjasama dengan Zara kerana selain menepati masa dan berdisiplin, dia juga berbakat besar.
Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin ini berani mengembang potensi diri sebagai usahawan.
Di samping meminati dunia seni dan lakonan, Zara juga sebenarnya pandai masak serta suka menghabiskan masa di dapur. Bagi sesetengah orang, masak ni terapi.
Buktinya, Zara selesa menggunakan platform media sosial untuk menjual pelbagai juadah air tangan. Malah pernah mengusahakan restoran sendiri sebelum ini.
Terbaharu, aktres jelita ini tidak melepaskan peluang berniaga di Bazar Ramadan. Biarpun panas memanggang daging kambing di bawah khemah jualan dan dalam keadaan berpuasa, dia tetap mengukir senyuman melayan pelanggan dan peminat yang datang membeli.
“Siapa belum rasa lagi Perap 99? Mehlah datang bazar Ramadan Jalan Kebun Shah Alam. Alhamdulillah, semalam tak menang tangan.
Terima kasih pada anda semua yang support Perap 99. Ramai yang repeat order. Jumpa saya di Bazar Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam.”
Penampilan pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin yang sopan berbaju kurung dan bertudung ketika berniaga turut meraih pujian. Cantik manis je orangnya!
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, dia memberitahu, “Bila saya nampak barang-barang basah dekat pasar, saya mesti hendak beli dan balik rumah masak.
Memang masak ni terapi bagi saya. Yang penting bila nak masak jangan waktu kita stres. Mood kena tenang dan confirm makanan yang dimasak nanti sedap.”
Semoga Zara Zya sukses dalam bidang yang diceburi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang penampilan suri hati Tengku Mahkota Kelantan, Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson ketika bertemu masyarakat baru-baru ini. Meskipun belum sampai lima hari menjadi isteri kepada Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra… namun Che Puan Sofie bijak menyesuaikan diri dan tampil menawan di hadapan khalayak.
Lebih manis, penampilan sopannya menggayakan persalinan tradisional baju kurung biru dan berselendang polos warna senada mencuri perhatian ramai.
Bukan saja dalam kalangan rakyat Kelantan bahkan seluruh rakyat Malaysia turut terpaku dengan gaya anggun penuh ketimuran milik Che Puan Sofie.
Biarpun masih bergelar pengantin baru, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan tidak mengambil masa lama untuk membawa Che Puan Sofie menyelami kehidupan rakyat jelata dan membiasakan diri dengan keadaan di Kelantan.
23 April lepas, baginda berdua berkenan berangkat menziarahi pesakit ketumbuhan dalam kepala, Hakim Danial Razali di kediamannya di Kampung Bechah Temalang Delima, Wakaf Bharu, Tumpat.
Bersempena kunjungan diraja itu ke jajahan Tumpat, Che Puan Sofie turut mencuba bakat melukis corak batik semasa lawatan ke Pusat Batik & Kraftangan Ayu, Kampung Talak, Tumpat.
Keberangkatan baginda berdua diiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Haji Ahmad Yakob, Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Exco Kerajaan Negeri Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, ADUN Wakaf Bahru Haji Rusli Mohd dan beberapa pemimpin lain.
Sesungguhnya seluruh rakyat Kelantan teruja dengan kehadiran Che Puan Sofie kerana telah hampir 10 tahun negeri Kelantan Darul Naim bergantung kepada aura Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima dan Tengku Mahkota sahaja.
Kini, dengan adanya Che Puan Sofie… keadaan lebih berseri dan ceria.
Pasangan diraja ini telah selamat melangsungkan pernikahan pada Jumaat malam, 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan. Semoga Allah SWT memelihara rumah tangga Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Sofie.
Sumber : Instagram Koleksi Sultan Muhammad V
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkongsi keterujaan parents-to-be SM Faliq dan isteri, Chryseis Tan, sebuah majlis baby shower & gender reveal telah dianjurkan dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat mereka sebentar tadi.
Meskipun diadakan kecil-kecilan dan secara tertutup di sebuah hotel penginapan lima bintang di Kuala Lumpur, namun ia dihias indah bertemakan belon-belon putih, baby pink dan baby blue.
Sebelum bermula, tetamu diminta meneka jantina bayi terlebih dahulu dengan cara memasukkan undi mereka di dalam dua beg Gucci yang disediakan. Beg baby blue untuk baby Faliq (bayi lelaki) dan beg baby pink untuk baby Chrys (bayi perempuan).
Selain itu, tetamu juga diminta mengundi mengikut warna donut baby blue atau baby pink. Agak-agaknya bayi lelaki ke bayi perempuan ya?
“Yes, it’s baby Chrys! To the 98 percent of my family and friends who guessed it was a baby boy; sorry to disappoint you all but mummy & daddy can’t wait to meet our baby girl!” Chryseis
Tengok tu, meriahnya majlis baby shower ni! Pendedahan jantina bayi Faliq dan Chrys iaitu bayi perempuan sesungguhnya disambut dengan rasa gembira oleh semua pihak. Bila dah tahu jantina, senanglah nak cari baby gift nanti.
Turut hadir tentunya ibu bapa kedua pasangan ini iaitu Puan Sri Zaleha Ismail serta Tan Sri Vincent dan Puan Sri Esther Tan. Kelihatan juga adik-beradik Faliq dan Chrys memeriahkan majlis baby shower tersebut sebagai tanda kegembiraan.
Pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 lalu.
Chrys yang kini sarat 34 minggu dijangka bakal melahirkan anak sekitar akhir Jun atau awal bulan Julai nanti.
Nona doakan semoga Mummy Chrys selamat melahirkan serta dipermudahkan segala urusan kelahiran nanti. Tahniah Faliq & Chrys!
Suasana yang indah dan penuh keriangan. Jom intai dekorasi majlis dan table décor majlis baby shower yang eksklusif ni!
Kredit: Instagram @chrystan_x & @polinasamoy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.